Assalamu'alaikum dan selamat malam Baru-baru ini, aplikasi yonder musikku buat hal lagi. Jadi seperti kebiasaannya, aku cuba 'reset' hp tetapi tetap juga masalah tidak selesai. Solusi terakhirku, sign out yonder muzik. Semenjak kena update, kalau disign out, semua playlists akan terhapus. Aku fikir selepas latest update problem ni sudah diatasi, rupanya tidak. Cuma, bezanya, selepas aplikasi diupdate(selepas perubahan wajah, yonder sudah update sekali-sekarang sudah ada mode malam) playlists masih ada cuma bila kita sign out tu ia akan terhapus. Aku memang hendak bersihkan senarai yang aku ada tapi tidaklah pula padam semua sekali. Oleh sebab aku sudah banyak kali hadapi masalah ni, aku pun dengan diam muat turun balik lagu yang aku hendak dengan harapan pihak yonder team boleh selesaikan masalah ni. Bila jenguk google play, banyak lagi report dan tidak puas hati daripada pelanggan lain. Btw, aplikasi ni tidaklah teruk sangat, tidak jugalah baik sangat. Sederhana? Banya