Bangkit dari tidur matahari sudah di tempatnya
Cahaya pagi dan suara unggas
Cuma aku segan menyapa dunia
Semakin hari semakin resah
Langkah kaki ke depan
Tidak pernah menyalahkan
Kerna pegun saja juga tidak boleh
Demi masa yang tidak menoleh
Tapi melangkahlah dengan jasad dan hati
Sampai masanya jasad akan dimamah bumi
Aku mendengar kokokan ayam jantan
Ia jerit kesyukuran menyambut pagi
Ia jerit keriangan kerana sebiji telur
Ia jerit ketakutan kerana seekor anjing
Meski hari-hari
kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Oh, masaku sudah dicuri
Pada mimpi yang fantasi
Dan nyaring kokokan ayam
Ulasan
Catat Ulasan