Assalamualaikum dan selamat malam.
Ingatkah satu ketika dahulu, ketika idea menulis dan semangatnya tidak bersatu, aku selalu mencari ruang baru agar tetap terus menulis. Sampai sekarang aku masih belum move on bahawa Yonder Music dibawah seliaan Celcom sudah lama ditamatkan khidmatnya.
Aku tanpa paksaan terpanggil untuk berkongsi kecenderunganku terhadap aplikasi itu dahulu . Serius, sesuatu kesempatan yang terbiar... Semoga aplikasi itu bisa dimajukan semula. Aku pasti akan menjadi pengguna setia ya.. Sungguh!
Semenjak Yonder Music sudah tiada, aku cuma bergantung kepada aplikasi YouTube sebagai media halwa telinga.
Berikut adalah senarai terbaruku bagi bulan Julai 2020. Untuk senarai lagu sebelum tahun 2020, mungkin boleh rujuk entri terdahulu. Cubalah luangkan masa, mungkin ada beberapa lagu yang memikat hati dan pendengaran kalian.
1) Yoon Jiyoung - Shame
Aku agak pemilih bila terkait penyanyi perempuan. Tapi Jiyoung ni, aku rasa suara dan tune lagu ini seiring menyebabkan aku tidak berfikir panjang untuk meletakkannya dalam senaraiku. Cuma, cubalah liriknya punya terjemahan, mungkin ia lebih memudahkan aku untuk menyusun entri kali ini. (?)
2) Sik-K - Darling (feat Crush)
Aku yakin Sik-K merupakan antara artis yang lagunya sentiasa dalam rekomendasiku. Boleh rujuk entri senarai Yonder Muzik yang aku tulis sebelum ni. Pertama kali dengar Darling ni aku senyum sendiri. Perasaan tu kan, macam real, penantian kepada si dia peneman hidup yang tidak tahu bila berkunjung tapi excited betul. Hahahahaha oh Darling! Walaupun Sik-K popular dengan auto tune, aku tetap utuh menjadi peminat setia nyanyiannya.
3) Lim Young Woong - Trust In Me
Pertama kali dengar lagu ni tanpa translasi, aku sebak. Melankolik yang memberi pengharapan, seperti tajuknya. Misal kata rentetan daripada pencarian tadi (lagu Darling) , kronologi sekarang, sesuatu yang selama ini dicari adalah peneman perjalanan yang mana, kita memerlukan seseorang sebagai sandaran suka dan duka. Itu tafsiranku untuk lagu ini dan masih lagi dengan prinsip untuk tidak mencari terjemahan liriknya. Mahuku abadikan rasa sebak itu selama yang ku mampu.
4) Eunji Apink - Aloha (cover)
Lagu asal oleh Cool dan ia juga merupakan OST bagi drama Hospital Playlist. Manis yang amat. Romantis. Pada kepercayaan untuk Sama-sama menempuh hari mendatang.
5) Jooyoung - Here We Are
Tidak semua indah dalam perhubungan. Masih kukenang drama Find Me In Your Memory, bagaimana menempuh hari menuju destinasi yang sama dengan perbezaan yang masing-masing punya. Apakah saling mendukung atau melepaskan atas alasan demi kebahagian yang satu pihak lagi. Aku pun dilema.
6) Hoppipolla - Enough
Selalu ego hadir saat kita perlu belajar mencintai. Dan selalu saja peluang yang disiakan akan berakhir dengan penyesalan kerana gagal menghargai. Rasa ingin kembali tapi semuanya sudah berakhir. Ini translasi lagu ini bagi aku.
7) Bandage - Invisibles
Aku suka suara vokalis ini. Serius. Band ni punya lagu terbaru tapi aku lebih menyukai lagu mereka yang satu ini. Post broken relationships. Inilah yang aku rasa. Terlalu banyak hal yang tidak terlihat pada satu-satu perpisahan.
8) Shin Seung Hun - Like The First Goodbye
Kalau tengok mv lagu ni, lepas tu dengar time hujan-hujan.... Sedih sungguh! Sampai aku yang bukan dalam relationship pun terikut merasa heart break. Nama juga penyanyi legend.
9) Ash Island - Error (feat Loopy)
Aku suka semua tentang lagu ini. Penyanyi kedua selepas Sik-K yang menggunakan Autotune yang aku suka. Aku pun nda pasti kalau sebelum ni aku pernah kata yang aku merupakan peminat Loppy, bagi aku range suaranya unik. Saking minat terasa singkat Benar lagu ini.
10) Onestar - Hello
Pertama kali mendengarkan suara Onestar, aku terus terpukau. Dan syukur juga ada translasi lagu, aku sentiasa berharap agar pada setiap penghujung perhubungan akan berakhir seperti mana yang dinyatakan dalam lagu ini. Semoga, satu hari nanti apabila kita bertemu semula, anggap saja kita tidak kenal dan semoga yang kamu temui bukanlah aku, dan sapalah, hello.. Anyyeong.
11) J_ust - WILL Be Happy
Dengar malam-malam ni boleh nangis. Sedih oh. Terasa dekat kisahnya dengan diri.
12) LUCY - Flowering
Aku suka band ni sebab ada violin.
13) Junny - THANK YOU
sangat rekomen lagu ini dan lagunya yang lain untuk didengar.
Sekian. Panjang pula ni entri.
Ulasan
Catat Ulasan