Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cuti#ramadhan kedua

Assalamualaikum w.b.t. Tangga rumah lama kami sudah tidak kelihatan sepertinya, apa mungkin bisa kaki jejak ke beranda? Di situlah, menghampiri azan maghrib, seingatku bapa memukulku buat pertama kalinya selepas pemergian adik Ilmi. Mungkin, ada episod lain tapi ini yang kekal di ingatan sampai sekarang. Ramai yang menyangka kalau anak tunggal, ditatang bagai minyak yang penuh. Tentulah tidak. Didikan mak dan bapa tidak berdasarkan kuantiti tetapi kualiti. Kerana itu, aku kerap kali mengeluh menjadi anak tunggal, satu-satunya dimarahi. Setidaknya, apabila berbuat salah, hukuman dapat diagihkan, emosi dan jasmani sesama adik-beradik. Petang itu, aku kelewatan balik dari bermain di rumah jiran, rumah mak Jumi dan mungkin juga dari rumah Puang Mansur. Aku faham sangat kalau aku dihukum kerana kesalahan sendiri. Sampai sekarang, aku bersyukur wajar benar aku dihukum saat itu kerana pedulinya bapa tentang masa depanku. Tetapi bukan sekadar kisah ini ingin ku kongsikan. Dahulu, kami ada ...

Cuti#ramadhan pertama

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, masih diberi nyawa untuk menemui ramadhan. Ramadhan yang pertama kalinya tanpa bapa disisi. Apabila seseorang yang selalunya ada tetapi kini tiada, kita pasti akan tercari-cari bayangannya. Begitulah aku. Mujur aku sudah cukup memahami kalau ketiadaan bapa itu tidak perlu dipersoalkan lagi. Mujur juga mak seorang yang pandai menyembunyikan tangis, sahur tadi kami makan seperti biasa walaupun hati kami tidak berkondisi seperti zahirnya. Kelmarin, aku ringankan kaki melangkah ke laman rumah lama kami, tegaknya tinggal menunggu masa menyembah bumi. Menemani mak,katanya mahu petik daun picing. Maaf, aku tidak arif apa nama Melayu daun tersebut. Dalam bahasa bugis, kami panggil daun picing. Aku tersenyum memandang gelagat mak yang memetik daun. "daun yang baru-baru ambil mak, sudah dimasak, ndak?" "Belum." "Abis tu, diambek lagi.haha" "Biarlah. Boleh simpan dalam esbok" Ya, dalam otak ku berkata, semua benda ...

Rumah-cuti#1

Assalamualaikum w.b.t Cuti semester sudah bermula, 2 minggu sudah ku lewati. Tiada apa yang mengujakan melainkan dapat bertemu mak. Hidup sebagai anak tunggal, beginilah. Bosan. Aku tidak sakit mahupun jemu dengan kebosanan kerana sudah terbiasa sedari kecil, sewaktu adik Ilmi pergi temui Tuhan. Cuma aku tidak betah, tanpa apa-apa dipelajari, dikaji. Kerana separuh hidupku, aku luangkan di kamar kecil, pagi ke kelas, malamnya berehat. Aku kira, inilah bezanya pelajar aktif di kampus dan pelajar pasif. Sampai ke rumah juga, aku masih tidak betah hidup bermasyarakat. Menyumbang apa-apa yang termampu untuk masyarakat. Pelajar pasif, cutinya cuma di rumah. Menanti semester bermula dan menumpukan perhatian pada pelajaran selama 4 bulan. Akulah pelajar pasif itu. Setelah aku melimitkan waktu menonton drama korea selama setahun, cuti kali ini terisi dengan drama-drama yang tak termenangkan. Walaupun, aku masih bias kepada k-drama, setidaknya bukan aku sumbernya. Ya, hidup ini umpama roda....

#ketika bengang

Assalamualaikum w.b.t. Aku tidak mengerti, Anganmu selalu ingin dimengerti. Hidup sendiri, Tidak bisa kau jalani? Sampai bila memburu cinta Sedangkan hidup ini penuh cinta Jangan klasifikasi cinta Nanti buatmu tiada cinta. Apabila difikiran cuma dia Dalam khalayak bisa kesepian. Kamu, Ternyata guru salah ajarkan begitu, Mengejar bahagia dalam hidup Padahal derita tidak pernah tiada Ajarilah kami Kalau hidup ini, punya dua, Positif juga negatif Sabarlah bersendiri, Sampai masa berdua, syukuri.

Kesempatan

Assalamualaikum w.b.t Beberapa hari yang lalu, mak mengadu kepadaku. Katanya, "Ela, tadi mak ngaji. Allah,,, satu ayat tu, payahnya mak hendak abiskan." Aku, kelu sekejap. Minggu lalu aku menangis teresak-esak dekat mak. Entah. Aku sebenarnya bukan jenis yang kuat mengadu masalah, tetapi semenjak pemergian bapa, kalau ada waktu yang memang aku tak tahan rindukan dia, aku telefon mak, nangis. Selepas tu, baru rasa ringan sikit, ya, mak saja la setakat ni tempat aku ngadu. Bukan tiada kawan,tapi mak la kawan terbaik yang aku ada. Dahulu, sindrom aku kalau serabut dengan tugasan  sekolah, telefon bapa minta dibacakan yaasin. Tak hairan kalau aku nangis-nangis minta dibacakan Yaasin. Dan memang itupun rutin arwah bapa semenjak aku sekolah menengah lagi. Sekarang, setelah pemergian bapa...semua amalan itu turun kepada mak. Ya, itulah yang mak adukan. Katanya, sekarang dia cuma dapat bacakan Yaasin sahaja. Al-Quran tu dia baca sikit-sikit. Apa yang meruntun hatiku saat dia berk...

Bukan cinta dan rindu

Perlu kau tahu Meski tiada rindu Tapi hati selalu, Selalu saja bersyukur Kerana tahu kamu ada di situ. Bicara kita membisu Senyum kita membeku Rasa dan cerita seumpama dulu Terbiar senyap tanpa usul Wajar, kasih kita belum menyatu. Hari demi hari, waktu Mendekati sisa hidup Pinta hati agar dia adalah kamu Meski bukan, kamu tetap tunggu Nyata aku bisa pilu jika dia benar bukan kamu. Ini bukan cinta dan rindu Bukan sungguh. Tapi kalau benar ada cinta dan rindu, Maaf lafaznya tidak butuh Zahir begini waktu. Perlu kau tahu Susunilah istimewa tiap satu Pilihanku tetap kosong di situ Kerana seperti kamu itu cuma satu. (Terima kasih kematangan, tanpa paksaan, kepercayaan, kesetiaan, dan pemahaman- tanpa cinta dan rindu, aku bisa zahirkannya kalau kamu bisa bertahan menunggu, meski aku tidak tahu di mana penghujungnya)

CMC LINE 2014 #Part 3

Assalamualaikum w.b.t Semasa kawan-kawan lain mengambil subjek computer mediated comm (CMC), aku tertanya-tanya, why we need to get LIKE on fb? Kenapa nak guna social network as platform indikator markah? After that, I know... semutu manapun produk kita kalau tak promote pun tak jadi. Sebaliknya, seburuk mana pun produk kita, kalau rajin promote, tiada masalah. Okey, I need to explain one by one, nanti kawan-kawan boleh salah faham. Padahal aku tiada niat nak offend sesiapa. Sungguh! Apabila produk kita itu bermutu, alhamdulillah, aku tidak segan hendak promote. Di semua celah aku hendak masuk. Keyakinan. Kalau produk ok, promote ok, maka tiada masalah dengan jumlah LIKE yang hendak diraih. Malah kalau orang hendak promote,  aku dengan lapang dada kata "silakan.terima kasih." Atau aku sendiri yang pinta mereka berbuat demikian. Dua tugasan kami bukanlah yang terbaik. Ada part yang lebih ada part yang kurang. Bukan hendak kata tak bermutu, cuma kurang sikit daripada ...