Langkau ke kandungan utama

Catatan

Mengejar bahagia

Assalamu'alaikum dan selamat malam Aku fikir perjalanan liku ini akan berakhir pada masa terdekat. Rupanya ia selekoh panjang yang jalan lurusnya tidak kelihatan. Destinasi yang tidak kunjung tiba. Aku cuba untuk tidak membicara dan mempersoal walaupun kadang-kadang emosiku terumbang-ambing. Kerana kata yang bakal terluah bukanlah sebetulnya lahir dari hati cuma pelepas lelah. Dan aku tidak suka bila orang berteka lelahku puncaknya di mana. Itu rahsia. Ketika menulis catatan hidup sendiri, yang terlihat di mata seringkali kehidupan dan bahagia orang lain. Meskipun, kita sibuk membilang angka bahagia kita dan kemudian dijajah ke muka dunia, kita sebenarnya sedang tewas. Kita kata kita bersyukur tetapi sejauh mana syukur tanpa mengukur dan membanding dengan hidupnya orang lain? Laku bahagia itu bisa sedetik dan sekecil tanpa sempat kita klaim, "ah, aku bahagia!" Dimana dan kapan pun. Dalam duka pasti terselit suka, cuma kerna kita sibuk mencari solusi, kita lalai kala...

Catatan dan menanam

Assalamu'alaikum dan selamat malam Sudah lama ndak menulis di sini. Sedikit sibuk dengan projek tanaman bunga. Mulanya aku berfikir bahawa aku menanam kerana keluangan masa. Sebetulnya memang begitu cuma lama-lama aku rasa ia merupakan 'naluri'ku. Aku membesar dengan melihat bapa menanam pelbagai jenis sayuran. Ketika dia tiada, aku rasa lain bila tanah yang dulu berisi menjadi kontang. Meskipun ruang sayur bapa belum boleh dibilang berpenghuni, tapi nampak jugalah dijaga. Tidak terbiar. Aku bukannya tidak mencuba, tetapi seringkali menemui kata gagal dan belum punya cukup motivasi untuk istiqamah menanam sayur. Aku belum menjiwai dan communication antara aku dan sayuran belum terjalin. Berbanding dengan menanam bunga, sikit demi sikit aku sudah rasa rentaknya. Walaupun belum bisa dikatakan expert, tapi interaksi antara aku dan tanaman bunga itu sudah terikat. Ada linknya. Hahaha. Bunyi macam desperate kan aku menanam. Kerana aku bukan sekadar menanam, aku sedang mel...

Catatan

Batang kecil dan hijau. Daun dua lembar. Itulah permulaan hidup tumbuhan. Di pasu kecil itu, ada beberapa batang anak pokok bunga usaha membesar. Pagi dan petang tubuhnya disiram. Siangnya dihangat mentari, malam pula diselimuti embun. Waktu ini, mereka tumbuh dengan wajah dan ekspresi yang sama. Semangat menjelajah alam. Semangat tumbuh besar dan bersama. Bila angin dan hujan menduga, basah dan dingin diterima. Kadang-kadang ada yang tumpas. Satu demi satu jumlah batang di pasu tadi kurang. Pun begitu, selagi hidup dikandung badan, liku pun dilalui. Sampai beberapa waktu usia dewasa menyapa. Kalau dulu daun dua lembar sekarang daun sudah rimbun. Bunga dan buah pun ada. Dulu batang hijau dan lembut, sekali dicubit patah la ia. Sekarang, coklat yang keras, selepas menghitung hari berhadapan dunia dan seisinya. Kawan yang sama-sama sempat bolos ujian hidup, juga serupa. Punya tanggungjawab dan cerita sendiri. Meski pohon sudah tumbuh cantik dan gah, ekspresi sudah berubah wajah: hi...

Aster telah pun berbunga!

Assalamualaikum dan selamat pagi Beberapa hari ni busy dengan bunga. Tapi tidak juga busy betul cuma sentuh-sentuh manja sebab bunga boleh jak just diletak di bawah matahari dan jaga siramannya pagi dan petang. Tapi, it's better to give a touch. Akhirnya batch pertama tanaman bungaku dari benih (terdiri daripada: aster, impatiens, gypsophila & petunia) sudah pun berbunga semuanya. Yeay! Alhamdulillah! Aster kini makin ligat menghasilkan bunga walaupun pokoknya agak.... kecil? Pokok pertama berbunga pink. Pokok kedua belum lagi kembang bunganya tapi sudah nampak kuntumnya berwarna ungu. Mostly, tiap jnis cuma berwarna dua warna ini. (Petunia: pink & ungu gelap, gypsophila:pink, aster: pink & ungu, impatiens: pink gelap & pink pudar). Aku beli yang mix jadi warnanya sepatutnya random. Aku sudah mulai batch kedua dengan jenis cosmos, dahlia, zinnia dan marigold. Semuanya terkenal dengan tahan panas dan mudah tumbuh. Jadi batch kali ni kita santai2 saja. &#12852...
Terlalu banyak perkara yang dikejar, Riuh dan asing. Berapa jauh harus melangkah dan pulang Atau berdiri diam? Hidup sedang berbicara tentang jiwa Cerita kita yang sudah sekian lama ditinggal. Tertinggal tanpa sedar. Berlari jauh dan berhenti. Berjalan pulang sambil menangis. Ya Rabb, hati siapa yang aku bawa ini?

Surat buat akasia

Kerna kita kenalan lama, maka aku berusaha menulis buatmu. Walaupun kita tidak pernah rapat dan aku tidak biasa. Masa kecik dahulu, aku dan adikku, Ilmi memanggilmu hutan. Tiada yang pamit, tiada yang peduli. Kau mungkin lebih tinggi dari tubuh kecil kami tapi kami berhenti mendongak. Ketika aku memerlukan Ilmi, aku berdiri di depanmu. Menatap kau yang tinggi ke langit, membayang hari esok yang belum pasti. Mengukur impian dan harapan. Tanpa aku sedar, sejauh mana pun aku melangkah, tidak mungkin ku samai puncakmu. Dan menangislah aku sendirian kerna lelah dan juga kecewa. Tapi, apa yang lebih menyedihkan adalah setiap kali aku menghadapmu bersama impianku, aku berasa kerdil. Padahal dahulu, sewaktu kecil, kau itu umpama pulau bagi aku. Kelihatan namun jauh. Aku fikir, mungkin kerna aku selalu hadir dan membanding hidupmu dengan hidupku, maka aku terpengaruh dengan ideologimu. Kenapa kau curi hidupku? Pergilah kau bersama kekesalanku. Pergi membawa kenangan seorang anak kecil yan...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...