Langkau ke kandungan utama

Catatan

3 khabar

Baru kelmarin aku dikhabarkan 3 kematian. Sudah acapkali menerima khabar sebegini tetapi hari ini aku agak lemah sedikit. Buat sekian kalinya, aku menangis teresak-esak, menelefon mak. Dan mak, buat sekian kalinya memujuk. Agak sulit menceritakan satu-satu tapi situasi ini memberi aku gambaran hidup di dunia. Satu hari kamu adalah penyokong kuat kepada kesusahan orang lain, tapi hari lainnya belum tentu ada sesiapa yang bakal memujukmu. Di hari kamu benar-benar memerlukan kata semangat. Hari ini, kamu menghadiri majlis kematian kerabatmu. Esoknya si pulan pula. Dan seterusnya. Ada waktunya saat muda, kamu sama-sama berjuang mencari sesuap nasi dan akhirnya, tempat kamu berkumpul-kumpul semula saat menerima khabar kematian. Bila ada keramaian kahwin, kamu berkata, masih ada keluangan lain tapi bila tiba penghormatan terakhir, kamu pun besegera hadir. Kadang kita terlalu suka menyangka bahawa akan ada waktu bahagia lain muncul bilamana titiknya sebuah perpisahan selalu diisi dengan ma...

Langkah Pertama

Duduk di atas sofa, berlatarkan kayu sambil mendengar titis-titis hujan yang diselang-selikan deru angin...petang ini bumi Malua dirahmati lagi. Kucing sudah berkeliaran, mundar-mandir menggeledah rumah; ada yang memanjat meja makan, ada yang ambil posisi di tengah rumah, ada yang menghidu sinki, ada yang duduk menjeling di bangku kayu. Tidak kurang yang datang menyapa 'meow' ke arahku. Menyendol kaki. Bila tiada responku, berlalu pergi. Kadang-kadang, mungkin melepas geram, digigit ibu jari kakiku lalu pamit dengan 'meow' yang pendek. Kenapa hari ini? Entahlah. Aku sebenarnya tidak pernah menetapkan tarikh untuk menulis. Yang aku pasti, salah satu sebab aku 'meringankan' diri untuk ke sini adalah dengan harapan, bermulanya episod menjadi seorang penulis. Walhal, aku sudah lama memulai menulis. Tanggal 5 bulan Januari 2018. Hari pertama aku memasuki Ladang Malua yang dulunya dikenali Ladang Pintasan 8. Jawatanku, kerani biasa. Aku pemegang ijazah sarjana muda...

Catatan: hargai

Assalamu'alaikum dan salam subuh Sudah lama tidak berkongsi rasa di sini. Terlalu banyak yang mahu kuceritakan tapi selalu saja tersekat dipertengahan penulisan. Kadang-kadang emosi lebih menguasai. Baru-baru ini, jiwaku kembali kacau. Depresi. Tapi bila aku belek-belek kembali... biasalah tiada manusia sempurna. Ada hikmah aku keluar daripada zon selesaku. Tetapi ternyata dunia yang dulunya asing kini menjadi lorong selesaku pula. Attachment. Kawan-kawan, memori,... perkara yang paling aku hargai saat ini. Bilamana berpegang pada attachment ini, sepertinya hari besok biar tiada apa yang bisa memisahkannya dengan diriku. Betul-betul zon selesa. Maka, muncullah suara-suara halus yang membisikkan kata-kata curiga dan kecewa. Kadang-kadang hati menurut dengan cuba-cuba untuk menjauh... tetapi kenapa harus diturut? Lumrah dunia sementara, tiada yang kekal. Setiap pertemuan ada perpisahannya. Jadi, sebelum saatnya berlaku, gunakan masa yang ada dengan perkara-perkara yang menyena...

Hari demi hari

Assalamualaikum dan selamat malam. Tulisan  pertama untuk tahun 2018. Alhamdulillah sudah memulai buku baru. Kerja baru, suasana baru dan kawan baru. Aku selalu berfikir bahawa bila ada sesuatu yang perlu dibuat, maka hidupku akan hilang fokus. Fokus untuk mengakhiri hidup di dunia. Tapi ternyata tiada apa yang berubah. Kadang-kadang aku sendiri keliru kalau sebenarnya aku sudah mati hati dengan hidup di dunia ini. Cuma mengisi peluang nyawa yang diberi sama Tuhan. Aku berharap agar aku terus bertahan melalui hari demi hari, belajar dan memerhati makhluk dan kehidupan lain. Aku kagum dengan cerita dan jalan hidup yang dipilih oleh orang lain, bagaimana mereka bisa terus-terusan bercita-cita di dunia ini. Cita-citaku ringkas. Di mana pun aku berada, siapa pun aku, semoga aku kembali dengan hati penuh rindu padaNya. Hari-hari akan bertambah rindu untuk kembali kepada penciptaKu. Dunia hanya sementara. Sakitnya sementara. Deritanya sementara. Duka yang dirasa hari ini sikit demi ...

Selamat menempuh tahun 2018

Assalamu'alaikum dan selamat petang Aku melalui episod getir di penghujung 2017. Boleh dibilang aku menghabisi setahun dengan berehat. Aku kira ia merupakan plan ku sejak mulai dari awal lagi tapi tidak ku akui secara formal. Jauh di sudut hati aku benar-benar memerlukan satu tahun itu untuk memuhasabah diri dan merencana semula jalan hidupku. Emotional suicide. I've attempted several times of emotional suicides. It's better than commiting a real one. Sepanjang tempoh ini, aku masih seperti selalu, meminta nasihat kepada yang benar-benar percaya. Aku bukanlah orang yang bisa menyimpan ramai kenalan dalam satu-satu masa. Aku akan pilih yang benar-benar bisa persuade dan convice aku bila mana aku perlukan nasihat mereka. Aku fikir, egoku tinggi. Setidaknya, aku sedar bahawa aku seorang yang ego dan bukan semua view orang bisa aku angguk dan hadam. Biasanya aku angguk kerana hormat. Aku hadam bila aku jujur bermaksudkannya. So.... aku rasa inilah post terakhirku untuk tah...

Episod Jalan berbatu merah dan tanah

Kelmarin sewaktu dalam perjalanan menjemput mak di rumah orang kenduri, aku ternampak dua orang kanak-kanak lelaki sehala denganku ditemani seekor anjing (harus kuingatkan kami tinggal di kawasan kebun sawit). Seorang mengayuh basikal, seorang lagi dan si Anjing berjalan kaki. Jalan ini merupakan jalan yang aku lalui sejak tahun 1999 ketika keluargaku memutuskan untuk berpindah ke kebun selepas kami melalui kehilangan besar, ahli termuda kami iaitu Ilmi. Hari-hari sekolah rendah sesi petang (darjah tiga dan empat) aku harus berjalan kaki sejauh tiga batu ke tempat kami berkumpul kemudiannya kami menaiki van ke sekolah. Sepanjang dua tahun itu, kakiku menginjak jalan berbatu merah dan tanah ini tiap-tiap pagi (9-11 pagi). Waktunya tidak menentu. Kerna kadang-kadang kami berkejar waktu menonton ceritanya Warkop yang mana saat mulai kami nonton, harus menahan kencing sampai cerita habis kerana bila bergerak sedikit CD player, maka berpinar-pinarlah kaca televisyen itu. Almaklum rumah ka...

Kesimpulan 2017

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Aku seorang yang suka terperap di dalam bilik ditemani buku dan kucing. Tetapi selepas melalui episod 'depression' yang melampau, aku tutup buku-buku ku dan mulai merawat dan meluangkan masa dengan diri sendiri. Meskipun hanya sekadar baring dan celik mata. Sudah berapa bulan aku tidak menyentuh buku. Tidak perlu bersusah-payah. Take your time. Walaupun belum sepenuhnya pulih, tapi aku berharap ia merupakan perubahan yang baik. Hopefully. There is no solid reason. Or there was. But I denied its existence. Dunno. Some people think that I am an introverted person. True but not fully true.  Aku merupakan seorang yang sukakan komunikasi, bergabung dan berbagi dengan society. Mungkin sepanjang 2017 hampir seluruhnya aku habiskan di dalam bilik. Berbaring di atas katil dan tidak berbuat apa-apa. Mulanya membaca buku tapi melewati akhir tahun, aku berhenti membaca. Things getting hard. Sebab bagi aku, itu adalah kebahagiaan. Tiada yang perlu...