Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

~::*Kisah Masyitah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan selamat malam.... Kali ini,saya ingin berkongsikan mengenai  kisah Masyitah yang dipaparkan dalam perjalanan Rasulullah s.a.w. ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah s.a.w. melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi.Baginda bertanya kepada Jibril,daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab:"Itulah makam Masyitah,seorang wanita penghulu syurga."Dia adalah pengasuh anak firaun,pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman yang kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun.Kerana kekejaman Firaun,dia dan lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari,ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun,tiba-tiba sikat itu terjatuh.Dengan tidak sengaja,dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya,bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu?Masyitah awalnya enggan menjawab,tetapi setelah didesak berk

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

~::*Diperlihat 10 Seksaan Wanita*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum..dan selamat malam...^^ Baru-baru ini,saya telah menjalani facial ...huhuhu...sakit tak tertahan semasa proses 'mengeluarkan jerawat'...meskipun telah berkali-kali menjalaninya,ternyata saya masih tidak dapat menganggapnya sebagai satu 'kelaziman'.Sakit sehingga meleleh air mata saya kat tepi mata.Ikutkan hati nak saja saya menjerit kat room kecil itu.Saat tu,hati saya terdetik,ini baru sakit di dunia..di akhirat kelak lagi berganda-ganda sakitnya,seksaan di neraka.Astaghfirullah al-adzim... Memandangkan telah masuk 27rejab 1432 pada malam ini,maka saya ingin membawakan sedikit perkongsian yang berkaitan peristiwa Israk & Mikraj.Dalam perjalanan Israk & Mikraj tersebut Rasulullah s.a.w. diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Baginda menangis apabila mengenangkannya. Antaranya,Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutny

Bagaimana agaknya nasib bangsaku?

Assalamualaikum dan selamat malam.. Baru jak buka 'event Bersih' kat fb..seriously,saya naik pening membaca post dan komen-komen kat page tu.Macam biasalah,ada yang pro ada yang kontra.owh ya..harap takda yang tetiba komen kat blog saya ni.Terutama kalau nak melemparkan kata-kata yang kurang elok..huhuhu.... Saya bukanlah memihak kepada mana-mana pihak.Sebetulnya masih buta politik lagi.Padahal tahun depan,da boleh mendaftar jadi pengundi.Ya,ALLAH...betapa sukar nak memilih mana satu pemimpin yang sebenar-benarnya layak? Kadang-kadang,niat asal kita baik,tapi lama kelamaan jadi macam berputar-putar sudah..kadang sukar kita nak bezakan mana yang betul mana yang salah. Alangkah baiknya apabila dapat mengkaji semuanya ni.Semoga lepasni saya dapat melanjutkan pelajaran yang bersangkut paut pasal politik ni.InshaALLAH. Saya tak tahu sebenarnya apa yang ingin dipaparkan di hadapan belia seperti saya ni.Kalau negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang,mestilah mereka lebih tah

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

:::Selembar Bulu Mata:::

Salam.Ingin saya berkongsikan sebuah kisah yang saya petik daripada internet.Terutama kepada teman-teman yang belum pernah membacanya. Pada hari akhirat kelak, ada seorang manusia yang hanya dengan pertolongan selembar bulu mata..Dia dituduh bersalah , menyia2kan umurnya di dunia dengan berbuat maksiat ..Tetapi dia berkeras membantah, "Tidak..Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi.." "Tetapi saksi2 mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat ...Orang itu menoleh kiri dan kanan dan ke segenap penjuru . Anehnya dia tidak nampak sesiapun sebagai saksi.. Di situ hanya ada dia sendirian..Maka diapun menyanggah, "Manakah saksi2 yang kau maksudkan? Di sini tiada siapa pun kecuali aku dan suaramu.." "Inilah saksi2 itu," ujar malaikat.. Tiba tiba mata angkat bicara, "Saya yang melihat ,"... Di usul dengan telinga, "Saya yang mendengar,"... Hidung pun

Belajar Untuk Melupakan?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum ...selamat malam... Melihat kepada tajuk di atas,sebenarnya ini lebih kepada satu pengalaman dan perasaan yang pernah saya alami.Saya melalui jalan hidup yang pelbagai.Berhijrah dari satu destinasi ke satu destinasi.Walau kelihatan sangat 'kecil' di mata orang lain,tapi bagi saya yang melaluinya,besar pengertiannya. Hidup dikelilingi variasi pembawaan budaya rakan,ternyata semuanya mematangkan diri ini. Alhamdulillah. Melupakan?Ya.... Semasa berada di kondisi yang baik...bertemu teman-teman seperjuangan yang lebih 'sempurna' dari sebelum ini,saya jadi seperti 'kacang lupakan kulit'.Mungkin,faktor masa lalu yang 'jelek' atau lebih menjengkelkan...sangat perit sebenarnya. Saya rasa bersalah kepada insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya.Jadi mengambil keputusan untuk melupakan saja masa lalu itu. Tapi kini,baru saya sedari 'keterlaluan' yang saya lakukan...apabila 'perkara' itu pula berla

Semakan UPU

بسم الله الرحمن الرحيم Salam... Dikesempatan ini saya ingin berkongsikan tarikh bagi semakan result UPU bagi lepasan STPM. Saya kerap kali menerima soalan bertanyakan perihal UPU ini.Buat pengetahuan rakan-rakan sekalian,UPU boleh disemak pada minggu ke-2 Julai.Di sini turut saya sertakan link bagi semakan tersebut http://upu.mohe.gov.my/ Jadi,sama-samalah kita bersabar menantinya ya???Apa jua keputusan yang bakal diterima,semoga ia merupakan jalan,tempat dan bidang yang terbaik buat kita. Selamat berjaya...!!!

:::Jalan pulangku:::

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum..dan selamat pagi teman... Baru semalam aku melakar,'Langkah Tercipta' kini menyusur 'Jalan Pulangku' pula.Kerana kelalaian semalam,langkah tercipta dulu ku atur semula. Teman,apa yang dapat ku ambil ikhtibar daripada lorong-lorong semalam,jangan pernah mencuba sesuatu yang belum kau tahu hujung pangkalnya...kepada teman-teman bloggerku,maaf atas kesulitan ini.Apa yang pasti Laila Hijjera yang mengatur 'Langkah Tercipta' semalam adalah insan yang sama mengemudi  'Jalan Pulangku'. Kembalinya aku,dengan harapan dan impian yang sama,ingin menghijrahkan diri:::menimba ilmu duniawi dan ukhrawi;sambil berkongsi perjalanan hidupku sebagai hambaNya.. (Kali ini penulisan yang agak serius..wakakaka..tak tahan aku nak tahan gelak.Seriously,aku sayang sangat-sangat blog aku yang sebelum ni.Tapi disebabkan hal tertentu,terpaksa menutup akaun google yg lama.)