Langkau ke kandungan utama

~::*Diperlihat 10 Seksaan Wanita*::~

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..dan selamat malam...^^
Baru-baru ini,saya telah menjalani facial...huhuhu...sakit tak tertahan semasa proses 'mengeluarkan jerawat'...meskipun telah berkali-kali menjalaninya,ternyata saya masih tidak dapat menganggapnya sebagai satu 'kelaziman'.Sakit sehingga meleleh air mata saya kat tepi mata.Ikutkan hati nak saja saya menjerit kat room kecil itu.Saat tu,hati saya terdetik,ini baru sakit di dunia..di akhirat kelak lagi berganda-ganda sakitnya,seksaan di neraka.Astaghfirullah al-adzim...
Memandangkan telah masuk 27rejab 1432 pada malam ini,maka saya ingin membawakan sedikit perkongsian yang berkaitan peristiwa Israk & Mikraj.Dalam perjalanan Israk & Mikraj tersebut Rasulullah s.a.w. diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Baginda menangis apabila mengenangkannya.
Antaranya,Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.
Perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suaminya dengan perkataan.
Perempuan yang digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.
Perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking.Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa,tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub.Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci selepas haid dan nifas.
Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu  adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan  keburukan orang lain.
Baginda turut melihat perempuan yang memotong bedannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya..
Selain itu,beginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai.Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Terdapat juga perempuan yang wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya.Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan menfitnah orang lain...

Naudzubillahi min dzalik...semoga saya..serta sahabat-sahabat muslimah sekalian tidak tergolong dalam kalangan golongan wanita yang mendapat seksaan ini di neraka kelak.Post ini saya paparkan agar menjadi peringatan buat diri saya sendiri terutamanya dan buat yang lain juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share