Langkau ke kandungan utama

Bagaimana agaknya nasib bangsaku?

Assalamualaikum dan selamat malam..
Baru jak buka 'event Bersih' kat fb..seriously,saya naik pening membaca post dan komen-komen kat page tu.Macam biasalah,ada yang pro ada yang kontra.owh ya..harap takda yang tetiba komen kat blog saya ni.Terutama kalau nak melemparkan kata-kata yang kurang elok..huhuhu....
Saya bukanlah memihak kepada mana-mana pihak.Sebetulnya masih buta politik lagi.Padahal tahun depan,da boleh mendaftar jadi pengundi.Ya,ALLAH...betapa sukar nak memilih mana satu pemimpin yang sebenar-benarnya layak?
Kadang-kadang,niat asal kita baik,tapi lama kelamaan jadi macam berputar-putar sudah..kadang sukar kita nak bezakan mana yang betul mana yang salah.
Alangkah baiknya apabila dapat mengkaji semuanya ni.Semoga lepasni saya dapat melanjutkan pelajaran yang bersangkut paut pasal politik ni.InshaALLAH.
Saya tak tahu sebenarnya apa yang ingin dipaparkan di hadapan belia seperti saya ni.Kalau negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang,mestilah mereka lebih tahu bagaimana pemerintah mereka mentadbir..sama juga macam negeri yang diperintah oleh kerajaan.
Saya?Tempat saya ni,okey jak..dekat pilihan raya,jalan-jalan kampung dibaiki..elektrik pun dah ada walaupun baru setahun lalu dibekalkan.Sekarang ni pula,paip air sedang disalurkan.hmmm... actually,tak banyak mana pun nak bergantung pada kerajaan.Alhamdulillah.Hidup cukup jak. Dah habis study pun tak pernah  dapat biasiswa.Mak bapa kerja kampung jak,tapi itulah yang terbaik.Mereka dapat memberikan saya pembelajaran yang baik tanpa duit kerajaan. Duit hasil cucuk tanam mereka...air tangan mereka di bawah panas hujan.Alhamdulillah.ALLAH murahkan rezeki  kami sekeluarga.
hmmm...tapi baru saya ingat..saya stay kat hostel 4tahun..free makan minum..:p
tapi tu semua duit rakyat jugakan?
Apapun...tahun ni saya belum memutuskan untuk mengikuti mana-mana pihak.Harap.apabila da perselisihan pendapat janganlah keluarkan bahasa-bahasa yang kurang menyenangkan..panggil orang bodoh la..tak cukup mengajilah..'anjing suruhan' lah...siapa kita untuk mengutuk orang?? sempurna sangatkah?Sedangkan bukan penampilan yang mencerminkan status 'iman' kita.
Lucu melihat situasi sekarang ni,orang sanggup buat apa saja untuk dapatkan jawatan.Sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w.  dahulu,sangat takut untuk memegang jawatan.
Entahlah,semuanya ni penuh rahsia..tiap matlamat dan impian sebenar seseorang hanya  terlihat secara zahir..kadang itu hanya palsu semata-mata...rahsia itu hanya akan terbongkar apabila kita berada di hari pembalasan dan perhitungan kelak.Masa tu,tiada satu pun yang tersembunyi....
Yang pasti,saya kecewa melihat situasi politik hari ini...teringat tradegi 15mei..apakah kali ini kami ingin diperlihatkan 'tradegi' itu pula???

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share