Langkau ke kandungan utama

Belajar Untuk Melupakan?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum ...selamat malam...
Melihat kepada tajuk di atas,sebenarnya ini lebih kepada satu pengalaman dan perasaan yang pernah saya alami.Saya melalui jalan hidup yang pelbagai.Berhijrah dari satu destinasi ke satu destinasi.Walau kelihatan sangat 'kecil' di mata orang lain,tapi bagi saya yang melaluinya,besar pengertiannya.
Hidup dikelilingi variasi pembawaan budaya rakan,ternyata semuanya mematangkan diri ini. Alhamdulillah.
Melupakan?Ya....
Semasa berada di kondisi yang baik...bertemu teman-teman seperjuangan yang lebih 'sempurna' dari sebelum ini,saya jadi seperti 'kacang lupakan kulit'.Mungkin,faktor masa lalu yang 'jelek' atau lebih menjengkelkan...sangat perit sebenarnya.
Saya rasa bersalah kepada insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya.Jadi mengambil keputusan untuk melupakan saja masa lalu itu.
Tapi kini,baru saya sedari 'keterlaluan' yang saya lakukan...apabila 'perkara' itu pula berlaku ke atas saya.Sakit sebenarnya apabila dilupakan oleh rakan sendiri.Apatah lagi,jika mereka pernah duduk dan jalan seiringan bersama kita.Ketawa dan menangis.
Saya jadi bertambah risau sekiranya selama ini ada yang saya terlepas pandang terhadap rakan-rakan. Ya,ALLAH!lalainya hambaMu ini...Astaghfirullah al-adzim..
Kepada rakan-rakan di luar sana,belajarlah untuk menghargai insan yang ada di sekeliling anda.Jangan pernah mengambil mudah mengenai kehadiran mereka dalam hidup kita.Seorang guru pernah berkata, "Saya ingat kesemua 'sejarah' pertemuan dengan setiap orang.Kerana walaupun mereka hadir dalam keadaan yang berbeza,tapi saya yakin,bahawa mereka membawa pengertian yang sama iaitu menjadi pelengkap hidup.Lama atau sekejap,sedikit atau banyak,setidak-tidaknya,mereka merupakan insan yang pernah hadir dalam hidup saya.Mereka pernah mencipta sejarah dengan saya.Dimana sejarah itu,hanya saya dan dia sahaja yang lalui."
Saya terpana mendengar kata-kata itu.Walaupun merupakan pelajar yang sangat meminati matapelajaran sejarah,tetapi gagal untuk menghayati sejarah perjalanan hidup sendiri.Kasihan.
Belajarlah untuk menghargai..bukan melupakan.Seperti mana saya sendiri, sangat berterima kasih kerana walaupun sikap masa lalu saya boleh dikatakan 'kurang menyenangkan' tetapi masih ada teman yang sudi menghampiri.Mereka inilah yang pernah ingin saya padamkan daripada memori.
Alhamdulillah,saya masih diberi peluang untuk menarik semula 'keinginan' itu.
Kepada teman-teman yang pernah hadir dalam hidupku...Laila Hijjera yang dahulu tidak pernah meminggirkan kalian...Masih menyimpan kenangan bersama dulu.
Terima kasih,teman.
Dedikasi buatmu:::Dwi Apriyanti,Susisusanti,Mardiana,Lencey,Gustina
 ~inni uhubbuki fillah~
 "Orang yg menghilangkan kesedihan saudaranya di dunia,maka Allah akan menghilangkan kesedihan dirinya pada hari kiamat. Orang yg memudahkan kesulitan saudaranya di dunia,maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia mahupun akhirat. Orang yg menutup aib saudaranya,maka Allah akan menutup aibnya di dunia maupun akhirat. Allah akan selalu menolong hambaNya selama dia menolong saudaranya."(HR.Muslim)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share