Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Langkah Tercipta ...

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum...selamat pagi.. Alhamdulillah..masih lagi diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan ini... Kadang-kadang kita berharap akan sesuatu untuk digenggam, dan akhirnya ia menjadi nyata.Selama ini, kita sering menyangka,apa yang diharap itu suatu kemanisan.Terlupa sebentar,'nikmat' kejayaan itu merupakan Ujian buat kita. Sampai suatu ketika,kita akan berfikir harus ketawa atau menangis? Persimpangan hidup banyak halangannya, impian atau harapan...kekecewaan...itu adalah resam 'kalung hati' .Mana-mana yang diperolehi, 'kalung hati' akan diragut UJIAN.Tika inilah,baru kita sedar,tiap UJIAN dariNya,merupakan 'tali' penghubung untuk kita terus berpaut padaNya. Mungkin,kita sering menganggap perjalanan hidup ini sukar..tapi adakah jalan yang dilalui dengan 'kesenangan' akan bertemu 'kejayaan abadi'? Mustahil,bukan? Ingatlah,ALLAH tidak akan menguji di luar kekuatan hambaNya.Wajarkah kita meragui 'kekua

Alhamdulillah..result UPU da kuar...^^

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum..selamat malam... Alhamdulillah da cek result UPU tadi,kenyataan yang tertera adalah seperti berikut..: PROGRAM :YA02 - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEMANUSIAAN (KOMUNIKASI)(KEPUJIAN)   IPTA :UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) muehehe...sebenarnya saya sangat-sangat gembira kerana UIAM ni merupakan U yang saya idam-idamkan semenjak dulu lagi.Ingat lagi,first saya minat Rusian State Medical University, then Universiti Al-Azhar...dan akhirnya saya sandarkan harapan pada UIAM. Tapi,lumrah manusia,tak akan pernah puas dengan apa yang dimiliki.Saya sedar di luar sana,banyak insan yang kecewa kerana tidak dapat masuk U ni.Jadi,wajarkah saya 'menolak'?  Sejujurnya,saya risaukan English...wahawuahawuaha..seriously, bab2 English ni mang alah.  Owh ya,da alang-alang post,saya nak keluarkan impian dan harapan saya semasa mula-mula ambil STPM hari tu.Saya telah berjanji kepada adik saya,Mohd Hadi Amirulla(hai adik,harap baca la blog a

Kisahku:::Tangan Mak,'Penawar yang Mujarab'

بسم الله الرحمن الريم Assalamualaikum..selamat pagi.. Alhamdulillah,masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi ALLAH ini. Hari ni,penyakit 'rutin' saya bertandang lagi.Hanya ada 3 sebab,antara 'terkurang' makan / 'terlebih' makan / 'tersalah' makan. Saya mula mendapat penyakit ni, dari kecil lagi.Terutama time-time Hari Raya. Tu sebab 'terlebih' makan. Selepas itu,paling 'sakit' saya rasa tahun lalu.Time tu,stay kat Hostel,Hanya ALLAH saja yang tahu rasa sakit tu.Puncanya,minum milo kotak sehari sebelum berangkat ke Hostel yang telah expired . Saya main 'sapu' saja.Maklumlah,dapat cuti hujung minggu untuk balik ke rumah ni bukan selalu(saya balik petang jumaat).Semua benda yang ada kat rumah saya 'usik'.Rindu lah katakan nak makan makanan yang ada di rumah.Milo tu,belum berbuka lagi,mak saya beli mang khusus untuk saya.Oleh kerana saya sahaja seorang yang minum minuman kotak tu,so,banyak lagi lah bakinya.Lupa p

~:::*Usaplah Wajahmu*:::~

بسم الله الرحمن الحيم Assalamualaikum..selamat malam..^^ Ramai yang mungkin tertanya-tanya mengapa perlu kita mengusap wajah sebaik salam terakhir selepas solat diberikan.Malah ada yang bertanya,adakah ia amalan Rasulullah S.A.W. Menjawab persoalan tersebut,sebuah hadith riwayat Sunan Abu Daud diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari bapanya,Nabi s.a.w. ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. Sementara itu,Imam Nawawi dalam kitab al-Azkar menjelaskan,dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas r.a. berkata ,"Adanya Rasulullah s.a.w. ketika selesai solatnya,baginda mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa,:"Aku bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan kecuali Dia Dzat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,Ya ALLAH hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan."-(al-Azkar,69) Wallahualam...

Mason,Mavin&Maden(Mayden) MOON

Assalamualaikum..selamat pagi..^^ muehehehe...kali ini ingin 'bercerita' mengenai adik beradik yang comel ni... ^3^     Mason Moon dikenali selepas membintangi filem 'Baby & I' ...COMEL sangat-sangat dia ni kan...^^ Bila 'cek' mana 'keistimewaan' Mason ni,ternyata matanya yang unik...actually saya ada fail yg penuh dengan gambar baby&kids yang 'cute2'...satu yang 'sedikit' meletakkan Mason di tempat yang 'istimewa' berbanding yang lain adalah matanya yang unik... Dia juga dikenali sebagai 'Baby Nick Khun' kerana ada iras2 Nick Khun 2PM ...huhuhu...hari tu Danny sekarang Mason.Saya buat kesimpulan,muka Nick Khun ni 'Babyface' :p Owh ya,adik Mason ni kacukan Canadian & Korean. Saya ada tengok pict family dia,nampaknya matanya  ada iras mata mak dia.Mak dia Korean ^^ Di sini saya turut sertakan wajah-wajah adik Mason...Mavin & Maden... Mavin time kecik..^^ Besar sikit..^^ Maden... <

Danny (Daniel Hyunoo Lachapelle) ....

Assalamualaikum w.b.t...selamat petang..^^ Wah..da lama rasanya tak kongsi ilmu ukhrawi.Balik-balik cerita duniawi..Kali ni pun,post pasal duniawi.Aiyya,manyak malas ooo mau taip-taip lagi..hehehe InshaALLAH,nanti saya akan post juga.Ada bahan tapi mau taip tu yang payah...:p Adik Danny ni...comel kan? aku macam nak cubit jak pipi dia.Tapi comel-comel dia,no 1 juga la adik-adik sedara ku..:p biarpun tak 'secomel' adk Danny ni,tapi mereka jua lah menang di hatiku..^^ Dia ni anak kacukan American-Korean..bapa Amerika,mak dia Korean. Banyak-banyak style dia,aku paling suka part pakai kaca mata...huhuhu..i dont know why,mdh sangat tertarik dengan orang yang pakai spek ni..:P Dia ni sangat-sangat dikenali kerana mirip dengan muka "Prince Thailand",Nichkhun .. dan dikenali sebagai " Baby Nich Khun."  huhuhu...rasanya setakat ni ja...nak tau lebih lanjut,cari kat page fb nya..^^ kesimpulannya:Bersyukurlah dengan kurniaan yang ALLAH S.W.T. berikan. tag:::

Kisahku:::First time...^^

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum...selamat malam.. First time saya jatuh hati...:p Gurau jak ni.Sebenarnya tadi pagi,tengah bersihkan rumah terpandang 2 ekor anak kambing kat halaman rumah.Saya,macam kena kejutan elektrik,automatik lari-lari anak...turun tangga dengan terges-gesa(cuba membayangkan situasi ni) terus meluru ke arah anak kambing tersebut. Saya fikir anak kambing tu mau larikan diri,tapi sebaliknya!Anak kambing yang lebih besar sikit dari yang satu ekor tu pun meluru ke arah saya.Macam penemuan jejak kasih pula jadinya. Terus saya usap kepala kambing tu...:p Wahhh...tak sangka,hampir 20tahun saya kat bumi ALLAH ni,ni la first time usap kepala anak kambing.Selalu tengok dari jauh saja. Tengok dekat anak kambing tu,baru saya sedari,comelnye....!!! Bulu mata dia sama bulu mata saya,lentik! Hmmm..tapi tak lama tu anak-anak kambing tu  jejak kaki ke bawah rumah dan menjilat-jilat(menjilat?) kat guni-guni  baja bapa saya.Muehehe...jadi sesi kejar-mengejar la pula...:

*Selamat Ulang Tahun Kelahiran*

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum...selamat pagi..^^ Da beberapa hari saya tak mencoret sepatah dua kata kat blog ni...sebetulnya,belum ada apa-apa yang nak saya kongsikan.Hari ni berkesempatan untuk mengucapkan "Selamat Ulang Tahun Kelahiran/ Sanah Helwa/ Happy Birthday/ Seungil Chukka Hamnida" walaupun terlewat sehari kepada adik Mohd Hadi Amirulla Tahir. Tahun ni,adik akan menduduki exam STPM,akak doakan adik dapat result yg baik.Dapat kesihatan yang baik&dapat jawab soalan dengan tenang... pesan akak:::-kegagalan dan kejayaan yang sebenar bukan diukur di atas kertas...^^   lagu khas buat adk..winter child-suzy...^^

Kisahku:::Anugerah pelajar STPM peringkat Daerah Kinabatangan

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. dan selamat malam...^^ Petang tadi dapat tahu dari seorang rakan (Siti Asdiah Binti Masran,nama penuh aku taip..:p) bahawa nama aku tersenarai dalam penerima Anugerah seperti yang tercatat kat tajuk tu.Kami bertiga,seorang lagi,Hatifah Albert..^^ Actually,ni kali kedua aku dapat panggilan untuk majlis seumpama itu,sekali kat sekolah hari tu.Seperti biasa,aku tak pergi..:p Makbapa yang ku sayangi,telah sedia maklum 'sikap' ku yang tidak 'suka' untuk menghadiri majlis2 seumpama itu.Entah kenapa,aku rasa macam da 'alah' dengan situasi tersebut. Kisahnya bermula ketika aku berada di akhir tahun tingkatan5 dan ditambah lagi keadaan semasa majlis akhir tahun asrama semasa di tingkatan6. Mungkin bagi orang lain,apa yang ku alami masa tu hanya satu hal biasa,tapi bagi aku, sampai bila-bila aku akan ingat. Aku takkan pernah lupa bagaimana aku menangis time akhir tahun tingkatan5 tu...aku takkan lupa rasa kecewa yang ter

Kisahku:::Bingkisan Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum...selamat siang... Teman, Takkan pernah kau rasa hambatan rindu yang amat melainkan kau tidak boleh lagi mengulang kisah lalu. Ada seorang teman pernah berkata,"kau akan merindukan seseorang itu apabila dia sudah tiada".Tapi ternyata,lagi sakit rasanya apabila kita masih punya 'insan' itu tapi tidak mampu untuk mencipta kenangan  lalu. Mereka yang sudah pergi,ya...kita sudah sedia maklum bahawa mana mungkin boleh mencipta kenangan lagi. Tapi bagaimana sekiranya 'insan' itu masih ada di depan mata?kasihan,kan? Aku adalah insan yang kasihan itu,teman!Aku banyak bertemu dengan insan-insan seperti ini. Malah,teman akrab di bangku darjah juga masih ada di sini. Aku juga kadang tertanya-tanya,kenapa keadaan dulu tidak bisa diulang bersama?Mahu mengukir senyum juga payah,apatah lagi menyapa.Mahu ulang zaman kecil-kecil dulu?Mustahil. Benarlah,perasaan kanak-kanak itu bersih.Berkawan dengan siapa-siapa sahaja.Tanpa agend

Lirik Lagu:::Dengan KuasaMu

بسم الله الرحمن الرحيم Kali ini saya ingin menge post, lagu oleh Nur One...yang bertajuk 'Dengan KuasaMu'.Lagu ni kalau saya tak silap merupakan juara carta Ikim f.m.Saya mohon dihalalkanlah ya post ini...inshaALLAH.JazakALLAH hu khairan. Dengan KuasaMu Jiwaku tergoncang Terus melayang Mengembara cinta Dengan KuasaMu Hati telah terpaut Lalu terikat Ditawan cinta Bukan bibir ini berbicara Namun jiwa ini berbahasa Dalam lamunan ku yakinkan Kaulah teman kebahagiaan Tuhan temukan daku penawar Terluka ditusuk duri cinta Hanya dia..cuma dia Yang kan mampu menyembuhnya Dan terus aku Terus berdoa (Hanya dia membawa bahagia) Dengan KuasaMu Mataku memandang Sepenuh sayang Dia tercinta Dengan KuasaMu Pastiku diseru Dan kan menyatu Di ambang cinta *** Copyright Control : HH Email This

Kisahku:::Maafkanku

بسم الله الرحمن الرحيم Palitan warna-warna itu;aku pelakarnya, kataku,nanti kau lihat pasti tertawa. Kini,ambillah kanvas putih ini, maaf tak bisa membentuk rona lagi. Ku gantikan yang lama;lusuh dek jejariku, agar nanti tiada tangis merindu. Perginya aku bersama hati dan perasaan, ku tinggalkan kenangan... maaf,teman... langkahan kaki ini bukan ilusi, semenjak aku mengenal ada realiti yang mulanya hanya sekadar fantasi. p/s:::Selamat tinggal kenangan,         Selamat datang harapan & impian...

Kisahku:::Penantian UPU

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan selamat malam,teman.... Sudah lama rasanya diri ini tidak mencoretkan titian sehari-hari.Alhamdulillah,kesihatan saya sekeluarga dalam keadaan yang baik-baik belaka. Pertama sekali saya ingin khabarkan,perasaan yang semakin berdebar-debar ini.Ya,result UPU kian menghampiri.Sudah berada di bulan Julai.Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana keadaanya. Masih tidak berubah sifat  cepat nervous ni....Entahlah...ada dalam kalangan rakan-rakan yang mengatakan bahawa  tidak perlu risau kerana confirm saya dapat.'Resultmu gempak'. Tu kata mereka. Tapi bagi saya,bukan itu yang menjadi pokok persoalannya....result gempak menjadi jaminan untuk masuk U? Ada perkara lain yang berlegar-legar di fikiran saya saat ini...hmm... Hanya satu harapan saya...semoga dapat masuk U...bidang dan tempat,tidak menjadi masalah.InshaALLAH. Selepas ini,tiada drama Korean...tiada k-pop...tiada waktu untuk bersantai-santai...'honeymoon' bakal ber