بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..selamat malam...
Alhamdulillah da cek result UPU tadi,kenyataan yang tertera adalah seperti berikut..:
PROGRAM :YA02 - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEMANUSIAAN (KOMUNIKASI)(KEPUJIAN)
IPTA :UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
muehehe...sebenarnya saya sangat-sangat gembira kerana UIAM ni merupakan U yang saya idam-idamkan semenjak dulu lagi.Ingat lagi,first saya minat Rusian State Medical University, then Universiti Al-Azhar...dan akhirnya saya sandarkan harapan pada UIAM.
Tapi,lumrah manusia,tak akan pernah puas dengan apa yang dimiliki.Saya sedar di luar sana,banyak insan yang kecewa kerana tidak dapat masuk U ni.Jadi,wajarkah saya 'menolak'?
Sejujurnya,saya risaukan English...wahawuahawuaha..seriously, bab2 English ni mang alah.
Owh ya,da alang-alang post,saya nak keluarkan impian dan harapan saya semasa mula-mula ambil STPM hari tu.Saya telah berjanji kepada adik saya,Mohd Hadi Amirulla(hai adik,harap baca la blog akak ni ya) bahawa saya akan memberitahu apakah impian itu.Nampaknya tak kesampaian...nak amik Law.Tapi tak apalah,dapat UIA pun jadilah.Jadi da tiada 'hutang' rahsia akak kan dik?
JazakALLAH hu khair...kepada ibubapa tersayang,guru-guruku,rakan-rakanku,adik-adikku,senior2ku,yang mendoakan kesejahteraanku,rakan taulan ibubapaku...& para pembayar cukai...
tag:pasni kena speaking kat blog..:p
Ulasan
Catat Ulasan