Langkau ke kandungan utama

Kisahku:::Bingkisan Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat siang...
Teman,
Takkan pernah kau rasa hambatan rindu yang amat melainkan kau tidak boleh lagi mengulang kisah lalu.
Ada seorang teman pernah berkata,"kau akan merindukan seseorang itu apabila dia sudah tiada".Tapi ternyata,lagi sakit rasanya apabila kita masih punya 'insan' itu tapi tidak mampu untuk mencipta kenangan  lalu.
Mereka yang sudah pergi,ya...kita sudah sedia maklum bahawa mana mungkin boleh mencipta kenangan lagi.
Tapi bagaimana sekiranya 'insan' itu masih ada di depan mata?kasihan,kan?
Aku adalah insan yang kasihan itu,teman!Aku banyak bertemu dengan insan-insan seperti ini. Malah,teman akrab di bangku darjah juga masih ada di sini.
Aku juga kadang tertanya-tanya,kenapa keadaan dulu tidak bisa diulang bersama?Mahu mengukir senyum juga payah,apatah lagi menyapa.Mahu ulang zaman kecil-kecil dulu?Mustahil.
Benarlah,perasaan kanak-kanak itu bersih.Berkawan dengan siapa-siapa sahaja.Tanpa agenda. Waktu remaja itulah yang memusnahkan,apabila ikatan persahabatan bisa hancur hanya kerana matlamat yang merajai.
Teman,hanya satu pintaku!
Andai ada peluang kedua,aku mahu katakan...sesungguhnya aku rindu pada ketawa,senyum,tangis,riak marah, dan cerita suka,duka,lucumu dulu.
Alangkah indah apabila bisa kau ukirkan untuk sekali ini,teman...
p/s:dedikasi buat teman akrab di bangku darjah dulu,Rahmah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share