Langkau ke kandungan utama

Kisahku:::First time...^^

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat malam..
First time saya jatuh hati...:p Gurau jak ni.Sebenarnya tadi pagi,tengah bersihkan rumah terpandang 2 ekor anak kambing kat halaman rumah.Saya,macam kena kejutan elektrik,automatik lari-lari anak...turun tangga dengan terges-gesa(cuba membayangkan situasi ni) terus meluru ke arah anak kambing tersebut.
Saya fikir anak kambing tu mau larikan diri,tapi sebaliknya!Anak kambing yang lebih besar sikit dari yang satu ekor tu pun meluru ke arah saya.Macam penemuan jejak kasih pula jadinya.
Terus saya usap kepala kambing tu...:p Wahhh...tak sangka,hampir 20tahun saya kat bumi ALLAH ni,ni la first time usap kepala anak kambing.Selalu tengok dari jauh saja.
Tengok dekat anak kambing tu,baru saya sedari,comelnye....!!! Bulu mata dia sama bulu mata saya,lentik!
Hmmm..tapi tak lama tu anak-anak kambing tu  jejak kaki ke bawah rumah dan menjilat-jilat(menjilat?) kat guni-guni  baja bapa saya.Muehehe...jadi sesi kejar-mengejar la pula...:p
Letih juga,saya putar tempat yang sama entah berapa round kat guni-guni baja tu. Atas arahan mak saya, terpaksalah angkat kambing-kambing tu satu persatu ke seberang jalan. Nasib baik kampung ni tak banyak kereta lalu lalang.Jadi risau pula,kang kena langgar kambing comel tu.Lagi satu,nasib baik hanya ada 2 ekor anak kambing..;p(ni kambing jiran saya)
Kesimpulannya,sayangilah binatang...'mereka' pun makhluk ALLAH.Walaupun kadang-kadang menaikkan amarah kerana 'ada-ada' saja yang 'dibahamnya', tapi kan lebih elok kalau kita usir secara 'berhemah'.Lagi satu,kambing pun tahu senyum,apatah lagi kita ni manusia...so,sentiasalah senyum ya! (Tak tau lah pulak kalau korang tak pernah tengok kambing senyum----senyum kambing^^)
tags:::aku lahir tahun kambing

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share