Assalamualaikum ...
Esok,saya bakal berangkat ke Sem Malaysia...Rasa berat sangat nak tinggalkan negeri tercinta ni. Ini bukan pengalaman pertama tetapi bagi tempoh yang panjang,iya..
Demi menuntut ilmu,saya gagahkan juga diri untuk tabah menghadapinya.Mungkin bagi insan lain,ini sudah menjadi perkara biasa..tetapi bagi diri saya yang lemah ni,tentulah rasa tak 'best'.
Selama hampir 20tahun,saya tak pernah berjauhan dengan keluarga untuk tempoh yang lama.Sekadar hampir tiga bulan semasa PLKN.Saya yang merupakan anak tunggal dalam keluarga,walaupun bukan tergolong dalam keluarga 'berada' tetapi,saya masih mampu untuk meminta apa saja yang dihajati. InsyaALLAH,pasti kedua ibubapa saya tunaikan. Apa jua masalah,saya pasti akan merujuk kepada mereka.Hatta perihal pelajaran,meskipun mereka tak dapat selesaikannya,namun,cukup mendengar nasihat, marah...teguran..&pandangan..mereka itu sudah memadai.
Walaupun stay asrama time form 4,5,lower & upper 6,tetapi still saya masih punya kesempatan untuk menatap wajah dan mencium tangan mereka.
*crying*
Saya pernah terfikir untuk tinggal kat rumah saja..dalam erti kata lain,tidak ingin menyambung belajar semula.Tetapi saya kena akui juga,itu bukan sebahagian daripada impian saya.Mestilah semenjak di bangku sekolah lagi saya berangan-angan nak lanjutkan pelajaran ke menara gading.Mana nak fikir stay rumah,menganggur..=='
Saya cuma nak tinggal dengan mak & bapa saya...saya tak pernah bayangkan yang satu hari akan tiba di mana saya akan pergi jauh untuk menuntut ilmu.Hati saya terdetik,andai saya diberi peluang kedua, saya tak akan klik mana2 u melainkan u yang ada kat Sabah ni jak.
*crying out loud*
Saya tahu,mak dan bapa juga sedih.Saya hanya satu-satunya permata yang mereka miliki. Hati saya diragut pilu,memikirkan kehidupan sepi yang bakal mereka tempuhi.huhuhu...
Namun begitu,bila memikirkan kaum kerabat,jiran2,taulan...saya pasti kehidupan mereka akan sedikit 'berwarna'.
Saya lebih rasa gerun bila memikirkan EPT,APT,TPT...terus terang semua tu saya lemah...teringat kat satu kata,kalau nak menuntut ilmu,kena rendahkan diri..kerana air hujan takkan tertadah pada kawasan puncak yang tajam.Meskipun terpaksa bermula dengan kosong,saya tidak akan mengalah...
huhuhu..tak tau nak cakap...tak sabar nak tunggu 4 tahun kemudian..:P
SABAH,KINABATANGAN,LAHAD DATU...tunggu kedatangan saya kembali..InsyaALLAH.

Ulasan
Catat Ulasan