Langkau ke kandungan utama

Sendiri...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat berhujung minggu..=)
Semenjak 2 hari lalu,saya melalui hari-hari dengan sendirian.Kini,beberapa jam dari sekarang,suasana akan bertukar menjadi 'riuh'.Semoga rakan-rakan sekamar/se'dorm'  selamat tiba ke UIAM ini semula.=) amiin.
Ruang waktu sendirian,mengingatkan / memberi  keinsafan buat diri saya.Suatu masa nanti pasti sendiri juga. Akhir kepada penghidupan di dunia ini (alam barzakh) pastinya lebih 'menyeramkan' berbanding sepinya hidup tanpa teman berbicara.Saya menimbang-nimbang semula,berapa waktu saya yang terluang selama ini untuk berfikir sejenak tentang kehidupan selepas di alam fana ini?
Astaghfirullah al-adzim..:'(
Bagaimanakah persediaan saya untuk menjawab semua soalan Malaikat Mungkar & Nakir kelak? Terjawabkah saya?Tiada siapa yang akan membantu melainkan amal kebajikan sendiri. owh..saya terlalu memandang mudah kehidupan di dunia ini sehingga lagha pada 'perhiasannya'. Waktu mungkin banyak terluang pada 'download' k-pop song..==' Bila lagi nak 'download' iman?
Waktu mungkin banyak terluang pada 'chatting' di alam maya (fb la tu) berbanding 'chatting' ngan diri sendiri (muhasabah).Galaknya saya menatang dosa sendiri kat sini..Semoga ia bermanfaat buat kalian agar jangan terlalu leka kepada dunia.Ada seorang rakan pernah berkata (rakan seislam,actually terbaca kat satu page fb) kalau semua benda nak diluah kat fb/alam maya,berapa banyakkah lagi yang tinggal buatNya? Apa yang saya faham melaui ayat ini,berikanlah,sandarkanlah,rayulah,rintihlah pada
Pencipta yang Maha Agung.kerana DIA Maha Mendengar tiap katamu tanpa satupun diabaikanNya.
Semoga sedikit 'perkongsian' ini dapat membuka mata hati kita untuk mencari arah sebenar, jalan menuju kejayaan yang abadi.
tag:::carilah apa jua di dunia ini  yang bisa membantumu di akhirat kelak..=)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...