Langkau ke kandungan utama

the end of taaruf week...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..selamat malam..=)
Firstly im wanna to inform u(reader[s]) that im not going to tell u about our activities along the Ta'aruf Week...this only my conclusion..in another way...hope u enjoy it..(bajet english..almaklum nk masuk klas language pas ni...:P)
Setiap hari,melalui lorong yang sama,aliran air,desiran angin...bau restoran yang membuka selera...mata saya tak jemu daripada memandang kelopak-kelopak bunga teratai. Meskipun keadaan sungai tu tak la tahap A..however,something special at there.Saya boleh simpulkan 4 situasi.
1)Bunga teratai yang kembang + sungai yg bersih
2)Bunga teratai yang layu + sungai yang bersih
3)Bunga teratai yang kembang + sungai yang kotor
4)Bunga teratai yang layu + sungai yang kotor
-Ada orang yang boleh menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam dirinya meskipun dikelilingi suasana yang penuh cabaran,ujian dan dugaan..kerana dia tahu bahawa SITUASI bukanlah TUAN kepada nasibnya melainkan ALLAH sebagai TUHAN yang Esa_-Ada orang yang punyai sifat-sifat mazmumah meskipun dikelilingi suasana yang mendorong dia ke jalan yang BENAR..kerana dia tidak mensyukuri apa yang dia miliki melainkan hanya tahu menyiakannya.Hanya mahu menerima tanpa memberi...
Namun lebih malang lagi,kalau punyai sifat-sifat mazmumah + tidak mahu mencari penyuluh hidup...
tetapi,
alangkah indahnya andai kesempatan yang diberikanNya dimanfaatkan untuk hiasan peribadi.
Seumpama bunga teratai yang tumbuh subur dan cantik ... begitulah perumpamaan bagi kita pada zaman modenisasi ini,Sungai yang 'kurang' bersih itulah situasi kita.Kerana itu,jangan pernah merasa lemah apabila berhadapan dengan apa jua situasi.Kita terkadang terlepas pandang,banyak orang yang boleh lepasi ujian kesusahan tetapi SEDIKIT bilangannya yang lepasi ujian kesenangan.
Seorang teman saya pernah berkata,"a rose is always rose whether its in a pot or in the dustbin." Lalu saya pun membuat kesimpulan yang sama,teratai adalah teratai,samada di air yang bersih atau di air yang keruh...
tag:::mak aku pesan,kat UIA jangan sibuk nak bercinta...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share