بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah, baru sahaja selesai jogging, (cehh..org da jogging bersihkan badan, aku sibuk pulak nak 'blogging'). Owh ya, aku da mula malas hendak share blog kt facebook selepas post entri, jadi kepada sesiapa (kalau ada la..) yang sudi berkunjung ke mari tanpa perlu aku promosi di laman muka buku tu, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi...hihihi Rasanya, sudah memasuki bulan ke-3 aku mengambil supply makanan herbalife. Mahal? yup! memang tak dapat nak nafikan, mahal. Inipun hasil sokongan kewangan daripada ayahbonda tercinta. Kalau nak harap duit 'ptptn' yang ku pinjam tu memang tidak cukuplah. Semester ni saja, da hampir RM 2k ayahbonda bagi. Tapi, insyaALLAH, lepas ni, aku akan guna duit sendiri. Ada rezeki, boleh guna duit JPA. Rezeki,memang hadirnya tak disangka-sangka, agak melampau pula kalau nak kata tak diundang, sebab tanyalah kat sesiapa pun, siapa tak nak duit JPA? Meskipun, sedikit ge
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."