Langkau ke kandungan utama

13 Syawal

Assalamualaikum w.b.t
Kali ini aku ingin bercerita mengenai tetanggaku. Tetangga yang kini sudah menetap di seberang. Mereka suami isteri sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Punya lot sebanyak dua, sangat mencukupi buat belanja mereka berdua. Meskipun begitu, kehidupan mereka ala kadar saja.
Mereka selalu beranggapan kalau hidup 'mewah' tidak perlu di tanah ini, sebaiknya membangun di tanah seberang. Kerana asal mereka di sana. Tempat mereka ingin kembali di sana. Ini cuma tempat 'mencari rezeki' katanya. Pernah sekali aku kunjungi terataknya di seberang sekitar tahun 2009, lengkap suami isteri kami datangi mereka. 'MaasyaAllah, ma ajmal!' Serius, nganga ini mulut melihatnya.
Meskipun begitu, setahun selepas aku lanjut pengajian, suaminya kembali ke rahmatullah. (Al-Fatihah) di rumah serba kekurangan ini dan jenazahnya dikebumikan di tanah ini. Selepas pemergian suaminya, si isteri menetap di tanah seberang. Meninggalkan tanah ini, 'sumber rezeki mereka'.
Analoginya, tanah ini umpama kehidupan di dunia, dan tanah seberang itu kehidupan di akhirat. Pengertiannya, tidak perlu mewah di kehidupan ini, sedangkan tempat kita kembali di tempat asal. Inikan cuma tempat mencari rezeki, tempat kita kumpul bekalan, persinggahan cuma. Kehidupan di dunia sementara padahal akhirat itulah yang abadi. Tiada siapa yang mahu kumpul banyak-banyak harta di perantauan kalau nantinya perlu pulun dan gulung untuk dibawa ke kampung halaman. Paling-paling pun, mereka jual mana-mana barang yang patut di jual. Katanya, duitnya nanti bole digantiin dengan barangan di kampung. Ya, boleh dianalogikan duit itu seumpama amal yang kita bawa ke sana. It doesn't matter about how many things we carry because the key is more important. The key we use to open our life there, in this story we called it money, in terms of ukhrawi we called it 'amal.
#gazaunderattack
#prayforGaza
#prayforallMuslims_aroundtheworld
#oneummah_khilafah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share