Assalamualaikum w.b.t. Mendekati bulan November. Beberapa hari saja lagi genaplah 16 tahun adik Ilmi pergi menemui Tuhan. Meskipun satu demi satu memori pudar daripada ingatan, aku sedaya yang mungkin menyimpan yang tersisa. Yang tinggal cuma tangisan. Ubat melepas rindu. Maka menangislah aku. Mohd Badrul Ilmi, atau mesra kami panggil dengan Emmi. Aku dulu sering cemburu akan kelembutan yang dimilikinya, hati yang lembut. Cemburu kerana dialah insan yang lebih rapat dengan mak berbanding aku. Atau mungkin juga cemburu akan adanya dirinya, kerana dia adalah saudara kandung yang bisa ku sayang dan cnta sepenuh hati. Kenangan kami? Kalau mak dan bapa tiada di rumah, pergi bekerja, aku dan Emmi akan sepahkan rumah. Akulah yang akan mulakan semuanya. Apabila mak dan bapa balik dari kerja, kami berdua akan didenda. Menangis dan meminta ampun. Mak dan bapa tahu kalau aku la yang menjadi dalang, dan Emmi pun tahu kalau dia ikut tingkah ku, dia akan turut didenda Tapi dia tet
"Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui, sangat berharga.Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya."