Langkau ke kandungan utama

melukis

Assalamualaikum w.b.t.

Wah, sudah lama rasanya saya ndak hasilkan lakaran hitam putih. Semester lalu ada satu ndak silap, itupun sekadar suka-suka.

Walaupun banyak jugalah hasil lakaran, tapi aku ndak la sampai mahu jadi mangaka. Untuk rujukan boleh klik di ruangan label "drawing" di sebelah kanan kalian  kalau mahu tengok antara lakaranku.. Semasa cuti semester panjang hari tu, aku ada belek-belek fail lama, ternyata ada lagi sebahagian lukisan yang tidak ku paparkan di sini.

Aku bukanlah seorang yang pandai melukis apatah lagi mengekspresikan imaginasi. Aku cuma ada keinginan untuk melukis. Selama bertahun-tahun (selepas pemergian arwah adik) aku menghabiskan masa di rumah tanpa teman bermain. Aku masih ingat lagi, oleh sebab mak dan bapa tidak pernah belikan "orang-orang kertas", aku buat sendiri. Dan aku berpuas hati dengan "orang-orang" buatanku sendiri kerana aku bisa mereka pakaian yang mengikut cita rasa ku. Percaya atau tidak, aku lukis baju kurung yang pelbagai warna dan corak. Ya, "orang-orang kertas" yang hangat di pasaran ketika itu seumpama ini,

gambar hasil google.

Haha. Kalau diikutkan, ia bisa mengarah aku menjadi pereka fesyen atau mungkin pencipta karikatur. Tapi, aku memang tidak cukup genius untuk berfikir lebih kreatif lagi. Cover buku latihan yang coklat tu jadi sasaran ku. Haha. Cukuplah bermain dengan karikatur ciptaan sendiri secara islamik gituu, kononn.

Faktor kedua yang mendorong aku untuk melukis ni adalah selalu baca komik. Tapi percayalah, tiada satu pun menjadi. Ya ampunn kalau ingat lagi masa tu, punya kecewa ndak dapat hasil lakaran seperti yang diinginkan. Aku ingat lagi, time tu aku jatuh hati sama watak yang ada dalam komik Sarkas Karakuri. Haha. (ada maksud ni ketawa)

Sampailah satu masa tu, aku sendiri ndak sedar bila aku boleh hasilkan lukisan walaupun tidak seberapa, at least up sikit daripada "lukisan orang lidi", kan... sebenarnya Conan bukan watak pertama yang aku boleh lukis, beberapa watak daripada komik gempak ndak silap pemulanya. Tapi paling banyak aku lukis watak Conan la sebab mukanya familiar dan 'statik' begitu.


Lukisan di atas tu aku lukis masa cuti semester panjang baru-baru ni. Bila mak tengok, mak terus kata, ada banyak jenis pensel dan pen yang khusus untuk mangaka. Haha. Aku tercengang sekejap kemudian ketawa. ha ha ha. Aku pun kata, aku melukis saja-saja. Mungkin mak pun sedar aku banyak habiskan masa time sekolah dulu dengan melukis kartun. Tapi sungguh baik mak ataupun bapa, tiada seorang pun yang dorong dan support aku untuk terus bergiat dalam seni lukis. Alah, aku bukannya hendak jadi mangaka pun,kan. Sekadar menghabiskan masa di rumah.


Lukisan ni yang terbaru. Nampak bersih saja kan, tiada ton sana ton sini. Saja. Hasil lukisan ni la baru aku sedar sebenarnya aku melukis untuk mengekspresikan rasa gembira. Macam mana mahu cakap ya.. hmmm kalau aku suka akan satu-satu watak tu, keinginan untuk melukisnya datang. Seperti lukisan di atas tu, aku baru saja habis menonton anime Wolf Children/ Ookami kodomo no Ame to Yuki. Dan aku jatuh cinta! Itu sebab aku terus lukis walaupun banyak part yang kurang terutama di bahagian tangan tu. Ya ampun, patut tangkai bunga tu sampai bawah.

ok, la. banyak benda perlu diselesaikan. mohon undur diri buat sementara waktu. Sebelum tu, mau cakap sikit, aku jenis yang suka mencuba banyak benda meskipun tidak expert di mana-mana pun. Aku bukan jenis yang mahir dalam satu-satu bidang.

p/s: bunga tu kannnn aku tekap (betulkah istilah tu?) di laptop. Aku paling tidak ngam dengan bunga. Kalau dalam kelas tiba-tiba melukis bunga itu tandanya kondisi dalaman ku tengah berperang. annoying!

tengoklah anime tu, best! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...