Langkau ke kandungan utama

Bercuti ke Janda Baik

Assalamualaikum w.b.t.

Buat pertama kalinya, aku mengembara ke luar dari dunia selain uia. Kawan, aku sendiri kurang mengerti apa pendorong untuk ku memutuskan 'bercuti' meski cuma dalam jangka masa yang singkat. Ketika kakak Rin mencadangkan ide ini, aku terus berkata IYA. 

Pagi Khamis itu, kami bergerak keluar dari uia pada waktu pagi, sekitar 10 pagi. Menaiki bas metro #91 menuju perhentian bas HKL. Setibanya kami di situ jam menunjuk angka 11:30, kaki memanjat tangga jejantas menyeberang mencari terminal bas Pekeliling. Setelah bertanya dari satu kauter ke kauter yang lain, maka kami akhirnya dikhabarkan bahawa cuma bas central Pahang yang bakal berangkat paling awal, awalnya itu adalah pada pukul 2 petang. 

Teman kami, Aida namanya bakal menjemput kami di perhentian bas Bukit Tinggi. Kerana ini perjalanan pertama kalinya kami ke Janda Baik, kami pun mengikut satu-satu kata Aida, Kakak Rin beritahu paman bas, "kami mahu turun di Bukit Tinggi, yang ada Tokong tu." Maka, ketika hendak turun dari bas, kata paman, "itu tokongnya,dik." Kami cuma tersenyum kerana bukan Tokong itu destinasi kami. Tidak lama kemudian, Aida datang bersama ibunya, mak cik Nora. 

Setelah menghantar ibunya Aida ke sekolah kerana ada mesyuarat PIBG, Aida menghantar adiknya pula untuk ke kelas tuisyen. Dalam perjalanan menuju ke rumah Aida, kami singgah sebentar di Hutan Lipur Konifer.


 



Sedikit foto yang sempat saya rakamkan ketika itu. Selepas itu, kami tiba di rumah keluarga Aida dan hidangan sudah tersedia. 
Terima kasih mak cik Nora!

Selepas menunaikan solat asar, kami menyertai Aida yang menghantar adiknya, Dolah ke tempat mengaji. Dalam percaya tidak percaya, dapat juga kami (saya dan kakak Rin) melihat teratak Prof Abdullah Hassan. Kami difahamkan bahawa Pondok hadapan rumah Prof itu dijadikan tempat anak-anak kampung mengaji al-Quran. 

Dua beradik ini merupakan antara anak kampung yang mengaji di sini. Aida kata, dua beradik ini setiap petang akan berjalan kaki, sedangkan sebahagian yang lain datang hantar jemput oleh keluarga mereka. Kucing Prof itu sangat manja! Adik-adik, terima kasih, the best ever foto yang berkesempatan saya tangkap. Deep meaning, friends! 
Kakak Rin bersama kucing Prof. Di sini, begitu banyak kucing. Aku tidak habis hitung. Baiklah, setakat ni sampai sini dulu la ya. Nanti kita sambung lagi untuk sebahagian momen lagi. Foto di bawah ini hasil tangan kak Rin ketika senja bertandang dan kami bersiap-siap untuk solat maghrib di Chalet Pulau Santap. 
Wasalam.

Ulasan

  1. laila,terima kasih datang ke pondok usang sy sekeluarga..semoga kita akan terus kekal dan menjadi salah satu sebab untuk kta ke syurgaNya..

    Semoga Allah selalau mengasihimu,merahmatimu,meredhamu atas setiap langkahmu,memeluk kesedihanmu dan memulangkannya dengan ketenangan dan kebahagian seperti bunga di musim semi..
    sayang laila lillah :')

    P/S:lain kali awk mesti kene datng rumah sya lagi tau!

    BalasPadam
  2. Jazakillah hu khair Aida. InsyaAllah, rindu suda mulai melambai untuk bertandang lagi ke teratak Aida sekeluarga.

    Sekali lagi, terima kasih atas hangat kasih yang Aida sekeluarga beri kepada kami. Semoga berkumpulnya kita membuahkan rahmat dariNya.

    Bertemu dan berpisah lillah. ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share