Langkau ke kandungan utama

14 Zulhijjah (kawan 4&5 Dalton)

Assalamualaikum w.b.t.
Kali ni aku mahu sambung bercerita pasal kawan-kawan sekelas semasa di tingkatan 4 dan 5 Dalton dulu. Hari tu cuma sempat cerita pasal Fetty, Healdyne & Fatma. 

Seha
Banding dengan Fatma, aku tidak la seberapa rapat dengan Seha. Gadis aktif yang merupakan pengawas sekolah. Haha. Masih terngiang-ngiang lagi cara Seha bercakap. Aku rasa tiada orang bisa gantikan wataknya dalam kepala ku sekarang ni. Tiada. Kakinya kecik, saiz 4 ka 3? Tinggal di Sungai Rotan. Yang ku tahu dia ada adik. Kacukan Bugis dan Bajau. 

Norezna Saqeera
Lebih ku kenali sebagai Nana. Sejak mulai masuk asrama dia merupakan roommate ku selama dua tahun. haha. Dialah yang bagi aku nama kak Lai. Kemudian menjadi panggilan yang lain juga. Dia ada abang macam muka FH. Cara dia bercakap pun lain dari yang lain. Habitnya dulu kalau stress kasi pecah cermin, berdarah-darah tangan. errr ni kira negatif ka? bagi aku ni unik! Tiada kawanku yang begitu selain Nana! Masa aku mula-mula masuk asrama dulu dia selalu kata mukaku muka kansang. lol. Sebab tu sekarang kalau jumpa orang baru kenal aku try bagi muka innocent habis. 

Wendy
Juga merupakan pelajar baru pindah. Tinggal di kota Kinabatangan, keluarganya ada restoran. Aku pernah minta Wendy tuliskan lagu Letto, tajuknya lupa sudah. :P Pandai cakap Iban. Sejak kenal Wendy, aku rasa personalitinya tergolong dalam kalangan orang yang beradab ??? Something like that la, bukan huhahuha... dan bukan juga pasif. Selalu datang awal.

Siti Hajar
Dikenali sebagai TJ. Antara kawan-kawan yang pandai B.I. Dia ni minat Farah af. dan aku pernah join kem Jalil Alip sama-sama dia, kebetulan TJ sakit malam tu, aku teman dia balik bilik, sekali tengok aku yang tertidur bukannya jaga dia. aigoo Laila! TJ suka tulis kata-kata dan pernah dia tulis dalam kad dan bagi satu kelas. 

Wan Sarah
Juga pelajar baru berasal dari Kelantan. Pandai English juga. HAHA. Teringat dalam kelas Sarah pernah nyanyi kuat. Lagu Muse ndak silap. Aku time ni ada minta tolong dengan Sarah bagi lirik lagu English, kononnya untuk belajar B.I. la konon. Gigih juga aku ni! Mama dia cikgu. Antara yang masuk matrikulasi. 

Hatifah
Dia merupakan antara kawan non-Muslim yang ku duduk satu kelas. Cantik! Kalau orang kata siapa kawan sekolahku yang cantik, aku akan sebut nama Tifah. Tifah ada bakat jadi seorang penulis. Dia ada tulis novel hari tu, tapi aku tidak follow. Dia pun aktif menari. Aku rasa dia ada darah seni. 

Pressila
adehh aku lupa macam mana eja nama c Pres. Bagi aku, Pres ni la lambang kematangan bagi kelas kami. Serius. Dia ada ciri-ciri matang, ndak macam sebahagian kami/ keseluruhan kami yang lain, perangai macam budak-budak. Aktif badminton ndak silap. Juga pandai melukis. Aku kadang-kadang kalau tengok anime atau drama yang ada watak orang aktif badminton dan pendek rambut plus matang, mesti teringat Pres. 

Siti Asdiah
Pelajar sastera. Rajin baca buku. Antara yang pandai B.I. Berpengetahuan luas, alert isu semasa. Aktiviti indoor bagi sama dia. Bising. haha. Masa di ting 4&5 aku selalu usik dia dengan cinta segi tiganya melibatkan Silven dan Ruby. haha. Sebab masa tu aku stay asrama dengan Ruby, tu yang aku berpihak sama Ruby. Tapi antara ramai-ramai kawan sekelas, dialah yang aku paling rapat sekarang. Ada berhubung dan rajin melawat aku di sini. Masa mula-mula datang sini untuk mendaftar, Asdiah banyak tolong. 

Ruby
Kawan asrama. Aku rasa kami banyak kenangan dulu walau sekejap, tapi aku lupa. Yang ku tahu dia gigih, rajin, pandai. Antara yang sambung matrik. 

Raziman
Kami panggil dia monitor. Masa di form 6 baru aku tahu dia aktif melukis, ndak tahu la sekarang macam mana. kami pernah satu sekolah dulu masa darjah dan pernah sekelas masa sekolah menengah. Tapi dia pindah dulu baru aku dan Fatma pindah. Tinggi!

Zai
Kawan satu baris meja. Time tu aku ndak pun malu kalau duduk sebelah c zai. Seingat akulah, dia antara kawan yang aku ndak terfikir pun istilah b'cewek. Peliknya, aku lost pasal dia ni.... apa mungkin ko malas datang kelas Zai? 

Silven
just cakap dia peajar aktif sama ada aktiviti indoor/outdoor, pandai, semualah bagi dia. Sambung maktab. ala panggil jak la dia ni genius. ok,sekian.haha

Taufik
Sambung maktab. Aku kategorikan dia pelajar 'terkaya' di dalam kelas kami, atau mungkin di sekolah? Ingat lagi orang yang mula-mula kami kenal dulu masa pindah adalah adik c Taufik, Mariana. 

Dzul
Kena panggil juga sebagai Idung. Aktif outdoor. Mula-mula annoying sama dia. Cet. Ini juga yang diingat. Padahal kenangan sama  kawan yang lebih rapat boleh lupa. Boleh la ala-ala ustaz gitu. Tapi semakin dekat spm aku rasa aku ndak kenal sudah Dzulhisham ni siapa. 

Jojo
Ndak sempat ambik SPM sama-sama kami. Orangnya happy jak. Dia ni aku kategorikan kawan yang paling comel pernah aku jumpa. 

ok, habis sudah. Terukkan ingatanku. Ni saja yang ku mampu ngat. Sebab tu aku decide untuk tulis satu-satu di sini. Paling tidak aku bisa ingat nama dan rupa mereka. Kenangan lalu banyak yang sudah kabur dan hilang. Padahal aku rasa aku merupakan orang bertuah dapat kenal mereka ni. Harap sangat dapat jumpa mereka semula dan bertukar khabar. Malah aku lupa bagaimana aku berinteraksi dengan mereka dulu. Ada kumpulan yang rajin datang rumah beraya (geng Asdiah, Ruby, Taufik even Fatma pun), tapi itupun kadang-kadang aku bertanya dalam hati, "beginikah?" aku takut sekali kalau-kalau aku sudah bertukar jadi orang lain. 


Di mana pun kalian, semoga baik-baik saja. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share