Langkau ke kandungan utama

#sejarahku & media

Assalamualaikum w.b.t

Secara terus-terang, aku ndak tahu mahu taip tajuk apa kawan. Sebenarnya ini terkait matapelajaran #comm theory yang sedang ku ambil semester ini. Begini ceritanya, minggu lepas, kami diminta oleh pensyarah kami untuk present pasal media sekitar tahun 1970's. Katanya cuba tanyakan kepada orang tua kalian atau sesiapa sahaja yang melalui zaman itu.

Kelu, kawan.

Bondaku, tahun kelahirannya 1974, itupun sekadar di muka passport. Menurutnya, ketika dia menjejakkan kaki ke tanah Sabah usianya 15 tahun pada tahun 1991. Bermakna, tahun kelahirannya yang sebenar berangka 1976. Kelu, kawan.

Bapa... penyesalan apalagi yang bisa kuluahkan? Aku bisa gila, kawan apabila sedaya mengingat butir kata bapa perihal media ketika di usia mudanya. Yang cuma terlayar di fikiran ku sekarang tatkala bapa bercerita mengenai artis kegemarannya Allahyarham Datuk Sharifah Aini, aku tersengih-sengih sambil menggeleng. Itu saja yang tinggal. Padahal aku yakin sekali kalau dia bercerita lebih daripada itu. Semakin hari aku takut, kawan. Apabila satu demi satu kenangan itu berlalu pergi. Kalau samar-samar bisa sakit begini, lenyap sama sekali, apa mungkin hilang rasa? Harapan hari-hari, biar kenangan itu bisa membuat aku terusan menangis, tidak mengapa. Tidak apa. (al-Fatiha)

***
Pada akhir tahun 1998, kami sekeluarga, bertiga, berpindah ke kampung yang kini menjadi tempat tinggal tetap kami. Sebelumnya menetap di tanah rancangan dan bapa bekerja sebagai buruh kasar. Mengambil upah hasil mengait sawit (menyawit?). Selepas pemergian arwah adik, Mohd Badrul Ilmi (Ilmi@Emmi) kami meninggalkan tempat itu. Ketika itu (sebelum berpindah) kami cuma memiliki tv hitam putih. (terdiam) Aku pun sudah lupa kartun apa yang aku gilakan. Malah, aku tiada ingatan saat bersama adik. (hentak-hentak kepala di dinding)- al-Fatiha

Kita beralih cerita. Di kampung itu, rumah ku sejauh 3 batu dari persimpangan kampung. Ingat lagi kalau hendak ke sekolah, hari-hari kami berjalan kaki ke rumah pakcik Arsad (sekarang sudah bergelar Haji Arsad). Rumahnya merupakan rumah kedua selepas simpang ke kampung kami. Di situlah kami berkumpul sambil menunggu puang Mansur datang untuk menghantar kami ke sekolah. Ketika menunggu tu la, kami mengambil kesempatan menonton. Unless, kami tiada menonton apa pun kalau di rumah. Tiada bekalan elektrik! Ingat lagi kalau sedang menonton tu (selalu pasang cd) sesiapa yang hendak berdiri, lalu..apa sekalipun bentuk pergerakan kena berhati-hati. Rumah kayu, kawan. Nanti cd tu akan stuck. Haha.

Berganjak ke tahun selepasnya, bulan ramadhan paling kami nantikan. Masa tu aku sekolah pagi. Tidak perlu berjalan kaki jauh sebab rumah Puang Mansur dekat saja dengan rumahku. Kami jadikan rumah makcik Baba sebagai markas kami menonton. Kenapa bulan ramadhan? Sebabnya bulan ramadhan sahaja kami ada alasan untuk pergi ke rumah makcik Baba. Kononnya untuk beli ais. Ya ampunn.. time ramadhan saja la kami bole rasa ais ni. Ais batu. Sebab tu, zaman sekolah dulu-dulu laku jak kalau ada orang yang jua aiskrim yang panjang tu, ada 10 sen ada 20 sen. Dan kami memang tiada berani keluar rumah kalau tidak minta izin dulu. Tu pun tunggu alasan yang munasabah.

Selepas tu, aku berada di sekolah menengah. Tiga tahun duduk dengan mak bapa, aku tiada habit untuk menonton televisyen. Waktu itu, kampungku mengalami kondisi "pilih kasi" oleh JKK yang berkhidmat. Rumah penduduk yang berada d tengah kampung (termasuk teratak kami) tidak dibekalkan elektrik. Alasannya, kami ini terdiri daripada suku Bugis yang degil. Tiada mahu berkorban wang ringgit, dalam kata lain kami harus mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan bekalan elektrik. Padahal, bekalan itu tiada berbayar. Nama pun peruntukan kerajaan. 

Aku ingat lagi, bapa selalu mengikuti perkembangan semasa dengan mendengar berita di corong radio. Tiada pernah melepaskan peluang mendengar berita meskipun berita lewat malam. Namun ada satu musim itu, kami terpaksa meredah pekat malam ke rumah kenalan orang tuaku. Itulah malam-malam pertandingan tilawah peringkat antarabangsa. Ada sebahagiannya pula merakam tilawah tersebut. Selain itu, kami turut meredah pekat malam untuk menonton Sembilu, Gerak khas dan bapaku dengan kesukaannya, berita perdana.

Pernah juga kami melalui detik di mana menggunakan kuasa generator untuk mendapatkan bekalan elektrik. Malah jauh ke belakang sedikit, kami menggunakan bateri kereta yang dicas. Kalau sebut pasal radio, aku tidak ingat berapa buah sudah kami beli. Sama juga dengan bilangan  torch light entah berapa banyak sudah kami beli.

Kalau kenang balik zaman itu, baju yang ku pakai ke sekolah kadang tidak bergosok, lebih-lebih lagi masa sekolah rendah. Boleh dihitung dengan jari berapa kali aku gosok dalam setahun. Memasuki sekolah menengah, aku selalu pinjam seterika arang daripada rumah jiran (rumah mama Jumi) kemudiannya kami pun membeli sendiri seterika arang daripada makcik Idu pula. Sebut pasal belajar, aku ditemani lampu pelita sehingga berada di tingkatan 3. Kemudiannya aku mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah yang berasrama agar memudahkan aku untuk mengulang kaji. Kononnya. Padahal, berada di bawah pengawasan oarang tua lagi bagus sebenarnya. Dedikasi dan tanggungjawab itu ku pikul dengan rasa yang lebih lagi.

Itu sejarahku. Entah la, aku rasa bagus juga aku tidak attach dengan tv sejak kecil dulu. Aku puas bermain dan meneroka alam. Malah, ia tidak membuatkan pun aku yang sekarang ni jadi jakun teknologi. Kalau aku ada anak nanti, aku akan buat mereka (mereka?-maksudnya lebih dari satu la kan?) tidak attach dengan tv sejak kecil. Biarlah tiada tv pun ok. Macam yang dibuat oleh Song Il Gook terhadap anaknya. Ala contoh dekat, macam mak bapa ku buat terhadapku. ;)

p/s: aku respect cara Song Il Gook ni didik anaknya. Triplets ya. 

I do not own copyright for the pictures.
>_< saja mahu paparkan gambar mereka. ehem. Tinggi angan-angan. ok, Bye. *blushing*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share