Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Surat buat akasia

Kerna kita kenalan lama, maka aku berusaha menulis buatmu. Walaupun kita tidak pernah rapat dan aku tidak biasa. Masa kecik dahulu, aku dan adikku, Ilmi memanggilmu hutan. Tiada yang pamit, tiada yang peduli. Kau mungkin lebih tinggi dari tubuh kecil kami tapi kami berhenti mendongak. Ketika aku memerlukan Ilmi, aku berdiri di depanmu. Menatap kau yang tinggi ke langit, membayang hari esok yang belum pasti. Mengukur impian dan harapan. Tanpa aku sedar, sejauh mana pun aku melangkah, tidak mungkin ku samai puncakmu. Dan menangislah aku sendirian kerna lelah dan juga kecewa. Tapi, apa yang lebih menyedihkan adalah setiap kali aku menghadapmu bersama impianku, aku berasa kerdil. Padahal dahulu, sewaktu kecil, kau itu umpama pulau bagi aku. Kelihatan namun jauh. Aku fikir, mungkin kerna aku selalu hadir dan membanding hidupmu dengan hidupku, maka aku terpengaruh dengan ideologimu. Kenapa kau curi hidupku? Pergilah kau bersama kekesalanku. Pergi membawa kenangan seorang anak kecil yan

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam Hari ini aku sudah menulis tiga entri tapi ndak disiarkan kerna gangguan network. Aku sepatutnya lebih hati-hati, simpan dulu baru dipublish. Berikut merupakan senarai baru lagu yang masuk pustakaku di yonder muzik. Ada lagu baru dan ada lagu yang sudah bertahun wujud. Tapi, bukan latest sangat pun ya. Aku sibuk mahu cek satu-satu. Yang mana tercari tu la aku dapat. Apink | Album: Pink Up First time aku muat turun semua lagu dalam album mereka. #Five give a positive energy tapi aku paling suka #Evergreen , a refreshing ballad. Blackpink So far, lagu mereka yang aku paling suka adalah lagu terbaru mereka, #As if it's your last . Aku cuba untuk kurangkan frequensi memainkan lagu ini. Hwang Chi Yeul | Album: Be Ordinary Aku suka semua lagunya. Ballad dan husky merupakan kombinasi citarasaku. Tidak tahu mahu pilih mana satu. Sila dengar satu album. Crush | Album: Outside Bila aku dengar nama Crush, lagu #Beautiful selalu membayangi. At

Cerita pendek: bahagian empat

Semalam aku tidur tanpa perlu mendengar penjelasan Biccu. Salahku sendiri menyuruhnya bercerita. Biccu punya banyak koleksi cerita yang dikutipnya daripada warga kebun. Tapi kalau ada yang berkualiti mungkin satu dalam seribu. Memikirkan cerita ikan tilapia semalam, aku terasa bodoh untuk mempercayainya. Memangnya pada pendapatmu bagaimana? Masuk akal? Tidakkan? Entah dari siapalah dia ambil cerita itu. "Si Kojo yang ceritakan aku". "Selepas kau bubuh 'msg'?" (*cerita yang ditokok tambah seperti makanan ditambah perasa supaya menjadi sedap) "Tidak satu kukurangi dan tiada kutambah. Persis diceritakan Kojo". "Sudahlah" malas aku hendak lanjutkan. Matahari sudah menampakkan diri di ufuk timur. Dada langit bertompok-tompok putih. "Kenapa kau?" Terdengar suara anak tuan bertanya. Tiada balasan. "Kenapa kau?" Soalan diulangi. Masih tiada jawapan. "Aku dengar kau selalu dikejar sama bapamu. Dikejar lagi kau?&q

Cerita pendek: bahagian tiga

Bila malam, tidur kami selayaknya dipanggil tidur-tidur ayam. Kalau siang kami sentiasa diburu anjing dan kadang-kadang biawak. Kalau malam kami menjadi buruan sang musang pula. Musang adalah pemangsa licik. Bukan kami tidak hati-hati tapi sesaat kami melupakan kewujudannya, maka masa itu jugalah dia muncul. Ada seekor ibu ayam coklat yang sering jadi sasarannya.  Kali pertama diserang, ibu ayam itu terpaksa mengorbankan sayap kirinya demi menyelamatkan nyawanya. Ternyata bukan sahaja mangsa yang sentiasa ingat kepada pemangsa. Dendam pemangsa mana mungkin pernah terlupakan, egonya tercabar. Kalau saja sang musang punya peluang, ibu ayam itu juga yang dikejarnya. Belum sembuh luka ibu ayam, tambah lagi luka baru. Aku fikir sang musang mensasarkan sayap kanannya pula. Sengaja dia mahu menyiksa ibu ayam itu. Setelah kian lama sesi kejar-buru itu, akhirnya ibu ayam pun mati mengejut pada suatu subuh. Berdasarkan buah mulut warga reban, aku dengar ibu ayam tadi tidak dapat lagi menahan l

Cerita pendek: bahagian dua

Petang itu, cuaca redup saja. Kami bertembung dengan si Kojo, ibu kucing nombor dua milik tuan kami. Dia yang paling peramah di antara tiga ibu kucing yang ada. "Ke mana kau, Kojo?" tanyaku menyapa. "Ah, kamu Kecik dan Biccu. Aku mahu pigi memburu ba ni" jawabnya. "Hari-hari kau memburu aku lihat. Kadang-kadang tu sampai tiga kali sehari kau memburu" saudaraku, Biccu menyampuk. "Kau faham sajalah, ada tujuh ekor anak kucing yang sudah menginjak usia kanak-kanak. Selera mereka pun bertambah-tambah. Kalau aku skip sehari pun macam tidak lengkap pula pola pemakanan mereka". "Kau seekor saja yang memburu, Kojo?" "Si Bolong pun selalu juga pigi tapi tidak sekerap aku ni. Sampai aku rasa akulah yang paling mahir antara kami bertiga. Kalau si Mok itu, janganlah kau tanyakan, memang ndak biasa la tu dia memburu" jelasnya. "Boleh pula begitu, ya?" tanyaku hairan. "Janganlah kau hairankan, dia itu kucing rumah, tu

Cerita pendek: bahagian satu

Pagi yang nyaman. Keluar sahaja dari rumah ini, aku dan saudara tunggalku menuju ke arah barat. Kokokan ayam jantan silih berganti petanda hari baru sudah bermula. Satu demi satu warga reban keluar. Riuh mereka memenuhi laman rumah. Seperti mengambil kehadiran, mereka berdiri berlegar-legar di situ. Aku dan saudaraku tidak pernah ikut sesi pagi mereka. Ibu mengajar kami untuk tidak berlengah menjemput rezeki. Kantuk yang tersisa akan segera hilang tatkala kaki kecil kami menginjak lantai yang basah. Badan kami seringkali bermandikan embun lalang dan semak. Pernah dulu aku tanyakan ke ibu, kenapa kami tidak menghuni reban itu seperti ayam lain. "Ibu juga dulu warga reban. Kamu sangka kukuhnya tiang reban itu bisa menghangatkan tubuhmu? Dingin malam yang sering kita rasa itu cuma sedikit berbanding dinginnya komuniti reban itu, nak". "Kita ini kan serupa bu, sama-sama ayam. Kenapa ada yang dingin?" "Masyarakat di mana pun sama saja. Yang lemah akan tertindas

Sungai

Jalani hidup seperti aliran sungai. Tersekat pun ia pasti mencari alternatif lain untuk terus mengalir. Batuan besar, sekumpulan pasir, pokok tumbang... namakan saja halangannya, dicelah lantai bumi akan ia tembusi. Apabila berhadapan dengan ujian, jangan pernah berputus harap. Melalui satu demi satu hari dengan azam untuk memperbaiki diri. Jahatnya kita hari ini usah diungkit dan dicela ke hari besok kerana kita menuju destinasi ke depan bersama impian pengakhiran yang baik-baik. Tetapi, kadang-kadang aliran sungai kita terlalu deras. Saat berdepan dengan lebatnya hujan yang adakalanya memakan masa berhari-hari, kita gagal mengawal arah. Pernahkah kita berfikir kalau-kalau arus kita mungkin berjaya membawa kita ke tujuan tetapi dalam masa yang sama memusnahkan hidupan lain? Berapa banyak hidup sudah kita sakiti? Menuju destinasi itu adakalanya keliru. Ibarat aliran sungai, ia mengalir panjang dari satu saliran kecil di celah-celah hidupan kemudian bergabung di sungai utama. Arusn

Kedondong tunggal

Haha baru tadi aku cakap akan berhenti sekejap menulis pasal tanam-tanaman, tapi sekarang entah kenapa teringin juga mahu tulis. Di dalam kebun kecil hadapan rumah kami, arwah bapa ada menanam dua pokok kedondong. Sudah berbuah sebelum ini. Tetapi kerana telah dibiarkan terlalu lama, satu pokok sudah siap-siap menjadi kayu api tetapi sempat aku 'selamatkan'. Selepas kebun kecil itu dibersihkan, daunnya subur kembali. Satu pokok lagi masih gah berdiri dan berbuah tunggal. Selama ini, aku fikir dengan adanya matahari dan air hujan, tanam-tanaman bisa survive. Rupanya ia perlukan perhatian juga. Aku kadang-kadang pelik, kenapa perlu tanam seperti kedondong, mangga dan cempedak. Selalunya, kalau teringin hendak makan, terus dibeli. Jadi kenapa perlu ditanam? Dua puluh tahun lalu, bapa baru hendak menanam durian. Salah seorang makcikku berkata, nanti bapaku kutip buahnya sambil berbongkok-bongkok. Mujur juga dia sempat mengutip buahnya sebelum pergi buat selama-lamanya. Aku hid

Bunga berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Pasal bunga lagi. Hari tu aku update pasal pokok petunia pertama berbunga. Kelmarin pula, pokok kedua berbunga dan bunganya berwarna ungu gelap. Bunga impatiens belum lagi mekar kelmarin. Pagi ini baru ia mekar. Jadi aku buat entry ni satu kali. Sekarang ini musim hujan. Pokok tomato banyak yang rebah dan aku berfikir perlu buat tali penyokong. Aster belum berbatang lagi. Daunnya makin lebat dan besar. Petunia kuntumnya lecun. Harap-haraplah ndak buruk nanti. Mungkin lepas ini akan lama lagi baru update pasal tanam-tanaman. (Gambar 1; pokok petunia 2, gambar 2: pokok impatiens, gambar 3: pokok bunga mak yang aku potong)

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent

Bunga

Assalamu'alaikum dan selamat petang Kali ini aku ingin berkongsikan sebahagian dari hasil biji benih yang aku semai sebulan lalu (mendekati dua bulan penuh). Mulanya aku menanam petunia, aster, impatiens dan gypsophila garden bride. Kenapa tiba-tiba tanam bunga? Aku bukanlah jenis yang suka bunga-bungaan. Cuma aku ingin mencuba perkara baru. Dahulu aku pernah menjaga sepokok kaktus tapi kaktus itu terbiar. Kemudian, satu hari, aku ternampak barisan bunga kosmos di dalam satu movie. Mulai detik itu aku pasang niat dalam hati, satu hari nanti aku akan tanam bunga. Kenapa tidak tanam kosmos? Bunga yang paling ingin aku tanam adalah kosmos. Tapi di supermarket tempat aku membeli benih tiada jenis itu. Yang aku temui antaranya empat jenis yang aku sebut di atas tadi. Bagi seorang pemula, menanam bunga melalui benih agak susah. Setiap hari pasu semaian aku belek. Tidak cukup waktu menyiram, aku datangi deretan pasu itu walaupun pada tengah malam. Tujuannya cuma satu, menunggu benih b