Langkau ke kandungan utama

Cerita pendek: bahagian dua

Petang itu, cuaca redup saja. Kami bertembung dengan si Kojo, ibu kucing nombor dua milik tuan kami. Dia yang paling peramah di antara tiga ibu kucing yang ada.

"Ke mana kau, Kojo?" tanyaku menyapa.

"Ah, kamu Kecik dan Biccu. Aku mahu pigi memburu ba ni" jawabnya.

"Hari-hari kau memburu aku lihat. Kadang-kadang tu sampai tiga kali sehari kau memburu" saudaraku, Biccu menyampuk.

"Kau faham sajalah, ada tujuh ekor anak kucing yang sudah menginjak usia kanak-kanak. Selera mereka pun bertambah-tambah. Kalau aku skip sehari pun macam tidak lengkap pula pola pemakanan mereka".

"Kau seekor saja yang memburu, Kojo?"

"Si Bolong pun selalu juga pigi tapi tidak sekerap aku ni. Sampai aku rasa akulah yang paling mahir antara kami bertiga. Kalau si Mok itu, janganlah kau tanyakan, memang ndak biasa la tu dia memburu" jelasnya.

"Boleh pula begitu, ya?" tanyaku hairan.

"Janganlah kau hairankan, dia itu kucing rumah, turun pun untuk membuang air saja."

"Anaknya nanti siapa yang mahu carikan tikus?" soal Biccu.

"Aku dan si Bolong la".

"Tidak penat kau?"

"Mau kau?"

"Hahaha kamu dua ni ah, berburu tikus itu sudah menjadi sebahagian daripada tugas kami, komuniti kucing kampung. Aku pun bukannya makan daging tikus cuma mahir menangkapnya. Anggap sahaja tujuan kami dilahirkan di dunia ini salah satunya untuk berburu tikus, mangsa nombor satu kami."

"Hairan aku si Mok itu. Kucing kampung tapi ndak pandai menangkap tikus". Hampir tidak kedengaran suara Biccu berbicara.

"Anak tuan kita sampai bertaruh dengan tuan kalau si Mok itu ndak akan pandai menangkap tikus sampai bila-bila".

"Lalu, tuan bilang apa?"

"Jangan kau cabar si Mok, nanti kita yang kebosanan dihantarkan tikus tiap-tiap pagi". Ajuk Kojo persis gaya tuan kami.

"Ada peristiwanya si Mok menyahut cabaran?"

"Tentulah ada. Si Mok itu kan ndak pernah mahu turun-turun dari rumah. Jadi anak tuan kita pun bertaruh kalau si Mok ndak akan pernah beranak seumur hidup. Eh, sekali dia lari dari rumah bersama kucing jantan lain selama sebulan, pulang saja sudah bunting."

"Tapi sampai sekarang belum disahutnya cabaran menangkap tikus" aku mencela.

Kami bertiga ketawa terbahak-bahak.

"Aku mahu pamit dulu ni. Hari pun macam mau hujan. Nanti ndak sempat pula aku pulang membawa hasil buruan".

"Iyala. Pergi la kau cepat."

Kami menghantar kelibat Kojo dengan lambaian semangat. Makin ligatlah kami mengais, mencari rezeki petang.

Bunyi roda tayar jelas kedengaran saat kami baru berhasrat untuk berpatah pulang. 

"Kau lihat itu, si Bagong menyorong kerobak". Tunjuk Biccu.

"Mari kita ikut dia dari belakang. Mesti ada buah sawit yang gugur bila disabit si Dandi nanti" ajakku.

"Marilah".

Dua beradik, Dandi yang tua, Bagong adiknya. Sudah bertahun-tahun mereka merantau ke Sabah mencari nafkah buat keluarganya di Sulawesi Selatan. Semenjak dua tiga bulan ini, mereka tidak menang tangan menyabit buah orang kampung. Kebun tuan kami pun sudah kerap dikerjakan sebulan sekali. Ndak cukup pusingan bilang orang. Sebaiknya satu-satu kebun sawit akan dikerjakan dua kali sebulan. Misalnya bila tanggal satu ditombak buahnya, tanggal 15/16 tombakan kali kedua bisa dimulai supaya buah yang masak dapat dituai secara rutin. Barulah pokok sawit dapat menghasilkan buah secara berkala dan teratur. Bukannya sekejap kering sekejap terlebih buah.

Kami sekejap-sekejap bolos dari dua sosok beradik itu. Boleh jadi badan kami terhempap tandan kelapa atau daun pelepah sawit. Lalu Biccu pun mencuri seulas tandan yang terpotong kecil saat terkena sabit si Dandi.

"Mau kau bertaruh sama aku?"

Paruhku berhenti bekerja.

"Apa?" balasku.

"Si Bagong akan menyabit atau tidak kali ini?"

"Buta kau, Biccu? Itu si Dandi yang menyabit".

Biccu tidak membalas kata-kataku.

"Kau tengok itu" arahnya.

Ternyata alatan mengait sawit telah bertukar tangan.

"Bukankah kalau si Bagong itu suka mengait buah muda dan mengkal?"

Soalanku tidak berjawab.

Ketika berjalan pulang ke rumah, Biccu tiba-tiba bersuara.

"Nanti bila sudah hampir baris ke rumah, kait itu akan bertukar tangan la".

Aku diam saja. Tuan selalu mengeluh kalau buahnya banyak yang disabit mengkal dan mentah. Bilangannya tidak juga terlalu banyak tetapi dapat dilihat perbezaan antara kerja sabit si Dandi dengan adiknya. Dandi jarang menyabit buah mengkal. Pun begitu, belum pernah tuan menegur hasil kerja si Bagong. Kalau dia selalu saja mengeluh, anaknya selalu menyuruhnya menyuarakan langsung ke Dandi dua beradik. Tapi tuan tetap juga tidak mahu. Katanya, "kita ini punya adab. Kalau aku tegur mereka depan-depan mestilah kecik hati mereka dua nanti".

"Lagi pula si Bagong itu kan baru belajar. Nanti lama-lama tahulah dia ambil buah yang masak saja".

"Tapi kasihan pohon sawitku. Botak ditarok sabitnya si Bagong" gumam tuan kami.

Kami tiba di rumah ketika matahari sudah tidak kelihatan di dada langit. Warga reban pun sudah siap-siap untuk ditutupkan pintunya.

Aku dan saudaraku cuma beratapkan daun sawit kering dan berlantaikan tanah. Tiada pintu. Tiada tempat untuk dihinggapi. Tapi inilah rumah ibu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share