Langkau ke kandungan utama

Bunga

Assalamu'alaikum dan selamat petang

Kali ini aku ingin berkongsikan sebahagian dari hasil biji benih yang aku semai sebulan lalu (mendekati dua bulan penuh).

Mulanya aku menanam petunia, aster, impatiens dan gypsophila garden bride. Kenapa tiba-tiba tanam bunga? Aku bukanlah jenis yang suka bunga-bungaan. Cuma aku ingin mencuba perkara baru. Dahulu aku pernah menjaga sepokok kaktus tapi kaktus itu terbiar. Kemudian, satu hari, aku ternampak barisan bunga kosmos di dalam satu movie. Mulai detik itu aku pasang niat dalam hati, satu hari nanti aku akan tanam bunga.

Kenapa tidak tanam kosmos? Bunga yang paling ingin aku tanam adalah kosmos. Tapi di supermarket tempat aku membeli benih tiada jenis itu. Yang aku temui antaranya empat jenis yang aku sebut di atas tadi.

Bagi seorang pemula, menanam bunga melalui benih agak susah. Setiap hari pasu semaian aku belek. Tidak cukup waktu menyiram, aku datangi deretan pasu itu walaupun pada tengah malam. Tujuannya cuma satu, menunggu benih bercambah.

Waktu itu, otakku penuh dengan kata-kata, "bila agaknya benih ini mahu tumbuh". Bila sudah tumbuh, "bila agaknya dia membesar". Apabila sudah besar sedikit, "bila pula dia mahu meninggi"..."bila mahu berbunga"..tapi sampai satu saat, aku cuma perlu tengok santai-santai dan tidak lagi seteruja dahulu. Oh, teruja juga sebab tunggu masa bunganya mahu kembang.

Dan masih ada yang bertanya, kenapa menanam bunga?

Mungkin aku dilihat sebagai seorang yang bukanlah pencinta bunga. Tapi aku bisa menanam bunga dari benih. Aster/petunia/gypsophila/impatiens, semuanya perlukan perhatian. Kalau disuruh evaluate dari gampang ke susah aku cuma bisa berkata, impatiens tidak memerlukan perhatian yang sebanyak seperti teman-temannya yang lain.

Bagi aku, menanam bunga itu ibarat menanam impian. Debar pemulanya, keterujaannya, kecewa dan bahagianya. Lelah demi yang dikejari, iaitu hasilnya. Bunga yang ada dipokok bunga kita sama saja dengan bunga yang ada di luar sana. Namanya sama (kalau dari jenis yang sama) dan keperluannya sama. Tapi dia adalah istimewa bagi kita. Maknanya mungkin berlainan bergantung kepada yang punya.

Aku juga ada mencuba menanam tomato dan ada dua batas sudah ku tanam. Tapi, kerana letaknya di tempat terbuka, aku benar-benar tidak menjaganya. Ia tumbuh membesar dengan rintik hujan yang adakalanya lebat dan juga cahaya matahari yang selalu absen.

Jadi, sampai sini dulu. Sebenarnya aku cuba untuk menulis dengan nada santai tetapi aku rasa aku gagal. Anggap saja inilah rona penulisanku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share