Assalamu'alaikum dan selamat malam
Hari ini aku sudah menulis tiga entri tapi ndak disiarkan kerna gangguan network. Aku sepatutnya lebih hati-hati, simpan dulu baru dipublish.
Berikut merupakan senarai baru lagu yang masuk pustakaku di yonder muzik. Ada lagu baru dan ada lagu yang sudah bertahun wujud. Tapi, bukan latest sangat pun ya. Aku sibuk mahu cek satu-satu. Yang mana tercari tu la aku dapat.
Apink | Album: Pink Up
First time aku muat turun semua lagu dalam album mereka. #Five give a positive energy tapi aku paling suka #Evergreen, a refreshing ballad.
Blackpink
So far, lagu mereka yang aku paling suka adalah lagu terbaru mereka, #As if it's your last. Aku cuba untuk kurangkan frequensi memainkan lagu ini.
Hwang Chi Yeul | Album: Be Ordinary
Aku suka semua lagunya. Ballad dan husky merupakan kombinasi citarasaku. Tidak tahu mahu pilih mana satu. Sila dengar satu album.
Crush | Album: Outside
Bila aku dengar nama Crush, lagu #Beautiful selalu membayangi. At least dengan rilisnya album ini, ia akan menyedarkan orang seperti aku, bahawa Crush ada genrenya sendiri. Aku rekomen dengar lagu #Outside.
Nam Taehyun-South Club | Album: 90
Aku masih berpendapat bahawa first single mereka, #Hug Me merupakan antara genreku. Sebenarnya aku suka dengar suara Nam Taehyun. Bagi aku album ini merupakan pengenalan kepada genre muzik yang ingin mereka bawa (walaupun #hug me tu sudah memadai untuk mengisi fasa intro).
Seen Root | Album: Seen Root
Album ini diriliskan pada tahun 2015. Terus-terang aku tidak minat dengan genre mereka. TETAPI, bila part lagu #Sweet Heart tu, aku rasa suaranya match perfectly. Walau ramai yang try buat, aku still prefer original version. OPPAYYA! 😉
#Untitled, 2014 oleh GD.
Aku rasa antara lagu best yang dihasilkan pada tahun ini. Tapi selepas Hyukoh-Tomboy la (apa kaitan eh).
#3AM, Kiggen feat. Suran & Hanhae.
Kerana aku minat Hanhae. 😂
Jessi
Dalam banyak-banyak lagu Jessi, aku paling suka #I Want to be Me. Lagu tu menonjolkan vokal Jessi tanpa perlu kedengaran 'tough' sangat.
Heize | Album: /// (You, Clouds, Rain)
Setelah sekian lama, akhirnya yonder team update juga lagu daripada Heize. Secara terus-terang aku masih tertanya-tanya kenapa Heize agak popular. Tidak bermaksud apa-apa, just wondering. Mungkin, jenis lagunya merupakan citarasa publik dan dia banyak buat featuring dengan artis lain. Btw, aku suka dengar suaranya. Aku rekomen, #You, Clouds, Rain.
Yi Sung Yol | Album: 요새드림요새 Yosedreamyose
Aku berdebar-debar kalau yonder ndak akan update album barunya ni. So far, album-album Yi Sung Yol sentiasa diupdate. Sebenarnya aku bukanlah peminat Yi Sung Yol malah genrenya sekalipun rock tapi traditional, blues dan eksperimen. Tapi yang buat aku sentiasa cek lagu-lagunya kerana dia seorang ARTIS. Untuk album ini aku rekomen #jinaganda, #cupblues, #dosie, #I saw you dan #vulture.
#Never Sent, Kang Min Hee feat Han Dong Geun.
Mungkin agak tipikal duet ballad. Bukan hendak bias tapi aku sentiasa suka suara Han Dong Geun dan mungkin kerana aku tidak mengenali Kang Min Hee, aku agak terkejut juga bila tahu dia sebenarya ahli trio hip hop.
#Summer Rain oleh lalasweet.
Aku translate judulnya dengan mendengar lagunya time hujan panas. Kerana aku tinggal di Malaysia.
1415 | Album: Dear : X
Aku ndak kenal pun duo ini. Kalau ndak silap a debut album. Try dengar #Draw the line (walaupun lagunya macam ndak habis)
Nota tambahan: kadang-kadang ada yang pandang serong, 'yew, dengar kpop', 'peminat kpop'. Sebenarnya ia disebut korean song (macam lagu di Malaysia yang pelbagai genre, cuma ia dalam bahasa Korea). Kpop lebih kepada lagu oleh group idol. Lagu indie mereka disebut k-indie, bukan kpop. Diketawakan ya kalau lagu hip hop korea dipanggil kpop. Jadi don't judge. Sama macam orang yang dengar lagu English, Chinese, Japanese, Taiwanese... globalisasi.
Ulasan
Catat Ulasan