Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Perjalanan

Assalamualaikum dan selamat malam Sehari lagi suda berlalu. Besok hari baru. Pernah tak terfikir... kamu mahu menjadi seorang pengagung kepada diri semalam atau menjadi diri yang lebih baik hari ini? Aku pilih yang nombor dua kerana di situ adanya peluang. Kerana bilamana aku mengejar yang kedua, automatis dapat yang pertama. Pada setiap pertemuan... pada penamatnya... apakah aku telah menjadi yang benar-benar telah mencuba untuk jadi terbaik. Terbaik pada ukuran Tuhanku. Meskipun ujian selalu menggoda untuk membuang keinginan menjadi yang baik... kerana tidak semua sehala dengan kita. Bila kita bertentangan jalan.. kadang-kadang kita keliru, mungkinkah kita yang suda hilang arah.

Attachment

Assalamualaikum dan selamat pagi Sudah menghampiri tempoh setahun, duduk menjadi warga Malua. Tempat ini tiada apa-apa yang istimewa, seiring la dengan ekspetasiku yang rendah. Namun, tempoh setahun ini seakan memberi satu ruang kepadaku yang kusebut sebagai zon selesa. Apabila keluarga terutamanya mak mengingatkan akan destinasi yang bakal aku pilih selepas ini, baru aku sedar, aku bukan terus-terusan di sini. Attachment. Satu hal yang asing mulanya, kemudian bercambah menjadi sebahagian diri. Bilamana sebahagiannya sakit, akan terasa sakit seluruhnya. Dan bila kesedaran sudah muncul, aku mula tertanya-tanya... bagaimana pula pekerja di sini bisa tinggal berlama-lama di bumi Malua. Balasku sendiri, sama seperti aku menganggap kampung ku adalah tempat tinggalku... Lantas persoalan lain lagi muncul, kerana aku tahu aku tidak akan berlama-lama di sini, maka semakin jelas la tujuanku berada di sini. Seumpama seorang musafir, perjalanan masih jauh, dan yang dibawa adalah bekal keper

Kerja

Assalamualaikum dan selamat malam Kerja dan dewasa. Orang kata, usia menginjak dewasa biasa dengan susah. That's how you learn to be an adult. Ombak emosi. Celaru hala tuju. Jadi, pasanglah peluru dan tembaklah sepuasmu. Kerana diam kami bukan bermaksud terima. Dan berontak kami bukan suka-suka. Hanya ia terlalu berat untuk dipendam dan terlalu kerap tidak diendah. Lebih makan garam itu konyol. Buktinya, aku suda melalui beberapa episod dan bila bercerita dengan adik-adik, antara ego dan lupa diri, aku bilang, aku sekian sekian. Padahal tidak banyak beza antara tempoh mereka dan aku. Allah tidak memilih waktu. Allah tidak meringankan / melebihkan sedikit pun. Ketika belia bermasalah, belia ditunjuki tidak punya daya saing dan semangat. Padahal tanpa sedar, bangsa tidak beri harapan. Negara sudah tidak menawarkan apa2 melainkan 'fight for your age'. Dunia diwariskan ketika ia sedang sarat dengan noda..dan selalu yg disalahkan adalah pewaris. Terima kasih kerana tela

Ujian menuju dewasa

Assalamualaikum dan selamat pagi Aku selalu menganggap, aku tergolong dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mengingati Tuhan. Tapi bila ujian begini menduga, baru aku sedar, ingatku sekecil apa. Malu. Baru tahu indikat di mana paras redha dan pasrah, sejauh apa aku meletakkan diri sebagai HambaNya. Semua orang diuji. Selalu kita membanding paras ujian kita padahal Tuhan tidak memilih. Itu sudah pasti. Yang beza, cara mengatasi ujian. Bagaimana kita respon dan jalan mana kita pilih. Sebenarnya terlalu sulit untuk mengukur kesuksesan seseorang dan ujiannya. Kerna bole jadi kita klaim orang itu suda gagal belajar dr susahnya, tapi besok-besok dia ikhlas. Bole jadi hari ini dia sukses, tapi ujian akan selalu ada. Dan kadang-kadang ujian yang sama tetapi belum pasti dia suda expert. The hardest part of a test is... to convince  or persuade yourself. Bahawa apapun yang berlaku, ada solusi. Kadang kita sedia maklum, solusi itu wujud, tapi hati tetap gelisah. Kerana kita inginkan yang

3 khabar

Baru kelmarin aku dikhabarkan 3 kematian. Sudah acapkali menerima khabar sebegini tetapi hari ini aku agak lemah sedikit. Buat sekian kalinya, aku menangis teresak-esak, menelefon mak. Dan mak, buat sekian kalinya memujuk. Agak sulit menceritakan satu-satu tapi situasi ini memberi aku gambaran hidup di dunia. Satu hari kamu adalah penyokong kuat kepada kesusahan orang lain, tapi hari lainnya belum tentu ada sesiapa yang bakal memujukmu. Di hari kamu benar-benar memerlukan kata semangat. Hari ini, kamu menghadiri majlis kematian kerabatmu. Esoknya si pulan pula. Dan seterusnya. Ada waktunya saat muda, kamu sama-sama berjuang mencari sesuap nasi dan akhirnya, tempat kamu berkumpul-kumpul semula saat menerima khabar kematian. Bila ada keramaian kahwin, kamu berkata, masih ada keluangan lain tapi bila tiba penghormatan terakhir, kamu pun besegera hadir. Kadang kita terlalu suka menyangka bahawa akan ada waktu bahagia lain muncul bilamana titiknya sebuah perpisahan selalu diisi dengan ma

Langkah Pertama

Duduk di atas sofa, berlatarkan kayu sambil mendengar titis-titis hujan yang diselang-selikan deru angin...petang ini bumi Malua dirahmati lagi. Kucing sudah berkeliaran, mundar-mandir menggeledah rumah; ada yang memanjat meja makan, ada yang ambil posisi di tengah rumah, ada yang menghidu sinki, ada yang duduk menjeling di bangku kayu. Tidak kurang yang datang menyapa 'meow' ke arahku. Menyendol kaki. Bila tiada responku, berlalu pergi. Kadang-kadang, mungkin melepas geram, digigit ibu jari kakiku lalu pamit dengan 'meow' yang pendek. Kenapa hari ini? Entahlah. Aku sebenarnya tidak pernah menetapkan tarikh untuk menulis. Yang aku pasti, salah satu sebab aku 'meringankan' diri untuk ke sini adalah dengan harapan, bermulanya episod menjadi seorang penulis. Walhal, aku sudah lama memulai menulis. Tanggal 5 bulan Januari 2018. Hari pertama aku memasuki Ladang Malua yang dulunya dikenali Ladang Pintasan 8. Jawatanku, kerani biasa. Aku pemegang ijazah sarjana muda

Catatan: hargai

Assalamu'alaikum dan salam subuh Sudah lama tidak berkongsi rasa di sini. Terlalu banyak yang mahu kuceritakan tapi selalu saja tersekat dipertengahan penulisan. Kadang-kadang emosi lebih menguasai. Baru-baru ini, jiwaku kembali kacau. Depresi. Tapi bila aku belek-belek kembali... biasalah tiada manusia sempurna. Ada hikmah aku keluar daripada zon selesaku. Tetapi ternyata dunia yang dulunya asing kini menjadi lorong selesaku pula. Attachment. Kawan-kawan, memori,... perkara yang paling aku hargai saat ini. Bilamana berpegang pada attachment ini, sepertinya hari besok biar tiada apa yang bisa memisahkannya dengan diriku. Betul-betul zon selesa. Maka, muncullah suara-suara halus yang membisikkan kata-kata curiga dan kecewa. Kadang-kadang hati menurut dengan cuba-cuba untuk menjauh... tetapi kenapa harus diturut? Lumrah dunia sementara, tiada yang kekal. Setiap pertemuan ada perpisahannya. Jadi, sebelum saatnya berlaku, gunakan masa yang ada dengan perkara-perkara yang menyena

Hari demi hari

Assalamualaikum dan selamat malam. Tulisan  pertama untuk tahun 2018. Alhamdulillah sudah memulai buku baru. Kerja baru, suasana baru dan kawan baru. Aku selalu berfikir bahawa bila ada sesuatu yang perlu dibuat, maka hidupku akan hilang fokus. Fokus untuk mengakhiri hidup di dunia. Tapi ternyata tiada apa yang berubah. Kadang-kadang aku sendiri keliru kalau sebenarnya aku sudah mati hati dengan hidup di dunia ini. Cuma mengisi peluang nyawa yang diberi sama Tuhan. Aku berharap agar aku terus bertahan melalui hari demi hari, belajar dan memerhati makhluk dan kehidupan lain. Aku kagum dengan cerita dan jalan hidup yang dipilih oleh orang lain, bagaimana mereka bisa terus-terusan bercita-cita di dunia ini. Cita-citaku ringkas. Di mana pun aku berada, siapa pun aku, semoga aku kembali dengan hati penuh rindu padaNya. Hari-hari akan bertambah rindu untuk kembali kepada penciptaKu. Dunia hanya sementara. Sakitnya sementara. Deritanya sementara. Duka yang dirasa hari ini sikit demi siki