Assalamualaikum dan selamat malam.
Mari kita lanjutkan bicara kita sebelum ini berkenaan mask muka.
Satu hal yang aku sangat suka mengambil iktibar daripada rutin ini adalah, mengambil peluang yang diberi dengan kadarnya.
Disetiap paket mask akan tertulis detik pemakaian yang disyorkan, lazimnya antara 15 ke 20 minit.
Mungkin ada yang berfikiran, 'pakai lama lagi kan bagus...' Lagi pula selepas kadar masa tersebut, mask masih dengan permukaan yang lembab. Yok lanjutkan saja sampai ke pagi biar lebih lekat moistnya..
Tapi, jangan salah tanggapan..sangat perlu ikuti saranan yang tertera kerana selepas waktu yang diberi, segala yang diserap daripada mask tadi akan tersedut kembali ke mask apabila kita biarkan saja di permukaan wajah.
Kata mudahnya, take it while you can.. When it is over, leave.
Begitulah resam hidup... Pada tiap peluang yang ditawarkan pasti ada limitnya.. Pada manusia dengan kebebasannya tapi akhirnya tidak lari dalam perhitungan. Setiap yang dilakukan akan ada imbalannya. Hatta sekecil zarah.
Hidup dengan kadarnya. Berpada-pada.
Ulasan
Catat Ulasan