Assalamualaikum dan selamat tengah malam
Bermula awal bulan lepas, aku mencuba untuk konsisten memakai mask pada waktu malam.
Pada mulanya aku hanyalah terpanggil untuk mencuba-mencuba dan akhirnya menjadikan ia sebagai rutin harian.
Aku tiada alasan kukuh untuk berperilaku sedemikian tetapi satu hal pasti, dalam tempoh seharian sibuk dengan hal-hal kerja dan hal hidup yang lain, masih ada sedikit ruang antara 15-20 minit untuk aku luangkan sebagai "me time".
Berbanding dengan komperatif fizikal yang aku alami, aku lebih tertarik kepada sensasi pemakaian mask, waktu yang benar-benar diperuntukkan untuk memanjakan dan memberi aura positif ke dalam diri. Sesuailah dengan kesinambungan menutupi hari dengan jiwa yang ingin berehat daripada perihal dunia.
Aku sedar bahawa untuk seseorang mencapai tahap satisfaksi itu bukanlah mudah. Tidak semua lahir dengan serba-serbi. Aku tergolong dalam kelompok yang punya infinit kemahuan tetapi amat terbatas kemampuan.
Cukuplah dengan kenikmatan sementara yang sedikit ini, asal ada yang lebih baik d sana kelak. InshaAllah.
Ulasan
Catat Ulasan