Langkau ke kandungan utama

Catatan

menuju hidup minimal

Assalamualaikum dan selamat malam Selepas melewati beberapa episod tenggelam dalam dunia materialis, aku segera kembali ke pangkal matlamat yang kuhasratkan bermula pada tahun ini iaitu meraih status sebagai seorang minimalis.  Apabila aku mengemas bilik dan melihat bilangan pemilikanku yang kadang berkurang dan pandai pula bertambah, aku menjadi kaget menyedari bahawa nafsu seorang manusia benar-benar tiada sempadan. Aku tidak tahu kalau ini berkaitan, tapi Garden of Eden sedikit sebanyak membawa aku ke arah minimalis.  Aku mengenal produk ini pada tahun 2015, dan kembali menjadi pengguna yang aktif pada tahun lalu. Apabila aku mula sedar bahawa biar menjaga yang asas daripada perlu berlebih-lebih dalam aspek berhias.  Walaupun aku tidaklah dalam kategori yang bisa memberi pandangan mengenai satu-satu produk, tetapi membandingkan kondisi kulitku yang dahulu dengan yang sekarang, ternyata ada jugalah perubahannya dan aku percaya sekali kalau produk Garden of Eden itu adal...

Terima Kasih

Assalamualaikum dan selamat petang.  *sebelum memulakan entri, mohon apologi seandainya penggunaan kata 'aku' kelihatan kurang elok kerana aku dibesarkan dengan pembawaan kata ganti diri pertama begitu. Kerana aku tidak mahu canggung di halaman sendiri.* 2) Menyambut hari lahir dan kek Menyambut hari ulang tahun kelahiran bukanlah kebiasaanku. Tetapi julung kalinya aku meminta untuk dibelikan. Selepas jemu menyuruh atau mungkin juga agak memaksa Jobert, aku pun memasuki fasa pendam sendiri. Tatkala itulah Jobert memberi kejutan dengan sebuah kek berperisa Red Velvet.  Aku tidak tahu cara untuk mengekspresi emosi dihadapan orang lain. Perasaan menghargai, terlalu asing kerana we tend to think, that's the way thing should works. Itulah perjalanannya. Sebaliknya, ekspresi marah dan kecewa seringkali terpampang kerana merasakan bahawa ia sesuatu yang negatif untuk kita lalui. Apatah lagi apabila ia berpunca daripada orang lain. Menyingkap peristiwa selepas impian te...

Meraikan angka 28

Assalamualaikum dan selamat malam Menulis merupakan agenda penutup hari, setiap pagi kuniatkan sebegitu. Tetapi selalu dicemburui dengan tugasan, membawa balik kerja adalah perkara yang ingin sekali saya singkirkan dalam senarai harian. Selepas melewati ulang tahun kelahiran bulan lalu, tidak banyak kelainan. 1) Kucing yang imut Sekarang saya tinggal sebilik dengan seekor meow yang kecik. Betina, umur tidak dapat dikira... mungkin belum matang 5 bulan. Namanya, Kecik. Kerana bila kami jalan berpapasan, saya perlu melihat kebawah- sebawah-bawahnya khuatir terpijak badannya yang kecil itu. Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan mengenai si Kecik. Bermula dengan hari dia pertama kali duduk menyelimuti diri di hujung pagar rumah dengan bulunya yang serba kembang dan serabut. Kata Chong, seperti ulat bulu. Ia bukanlah muqaddimah yang seindah begitu, ketika dia saya temukan hanya hasrat di hati untuk menjaga makan dan minum. Usai diberi keperluan saya pun menyimpanny...

Ucapan

Assalamualaikum dan selamat malam Terlahir dalam keluarga yang super simple, adakalanya kami tidak merajai perkataan seperti bertemakan kasih-sayang dan romantis.  Tetapi, selepas kejadian mak sakit, muncul dalam benak, ada kata yang tersekat sebelum ini lebih baik diluahkan.  "Mak, mu isseng mo kadek pak u sayang ki? " Translasi: "Do you ever know how much I love you, mom?" Acapkali. Berulangkali. Pada waktu yang terlalu sibuk, orang yang selalu kita sakiti adalah orang-orang yang dekat dengan kita.  Dengan harapan, mereka akan memahami dan menerima ups & downs kita.  I am super tamak. Apabila rasa sedar itu datang, maka bersegera menerangkan.  Komunikasi. Berusaha menjadi manusia super adil. Kepada diri dan kepada mak. 

Please Look After Mom

Assalamualaikum dan Selamat malam Saya telah mengubah tema blog kepada design yang disediakan oleh pihak Blogger, tidak sampai seminit, blog bertukar wajah.   Wah, sungguh tidak cantik!  Kalau ada yang pernah berkunjung ke mari, pastilah yang sebelum ini design tema berdasarkan buah akal saya sendiri, lama juga edit-edit supaya mengikut cita rasa yang diingini. Tetapi semuanya lenyap dalam angka yang kecil. Terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan usaha saya yang berhari-hari itu. Tujuan saya menukarnya, saya tertekan sebenarnya... tiada guna hendak menangis.  ****** Sempena meraikan blog yang super down to earth ini, saya bakal makin rajin menulis. Ya la, blog sudah biasa, malah jarang lagi diisi dengan bahasa, apalagi hendak dipersembah?  Please Look After Mom Itulah kata yang paling kerap saya dengar pada tahun ini. Kata yang selalu membawa ingatan kepada yang telah pergi, bapa dan adik. Setiap kali kata tersebut dilontarkan, saya seolah men...

Sendiri

Assalamualaikum dan selamat malam. Aku baru tengok video berjudul "Kodokushi" di chanel ML Studio. Selama ni, aku selalu laa.. menyapa diri, "alahai sunyinya hidup" hahahaha ... kadang tu sampai tahap nak nangis. Terus throwback kenangan zaman kuliah.. yang kononnya terlalu sibuk sampai tak sempat nak fikir, "eh sunyinya". Kadang kena curi masa hendak menyendiri. Paling rindu dengan Cua. Hahahhahahahahahahaha. Balik-balik sebut Cua. Ye la Cua je yang mampu tahan dengar kisah aku yang merapu pasal buku, pasal negara, pasal ideologi... hahahahaha selepas bapa aku la. Kalau dengan mak, aku baru buka mukadimah jak, dia dah menguap. Tak bole nak paksa. Tinggallah Laila dan sendu. Sedih benar bunyinya. Selepas Cua, aku jumpa Oyen, tapi Oyen sudah tiada. Aduh sedih. Tahap depresi da tapi aku tahu kondisi aku macam mana, so... chill selagi mampu. Kadang tertanya juga, kenapa semua yang aku sayang-sayang ni ada yang pergi selamanya, ada yang tinggal jauh... l...

Oyen

Assalamualaikum dan selamat malam Aku baru sahaja kehilangan Oyen. Sebenarnya, aku belum puas menangis. Ada masanya, kalau ingat Oyen aku menangis. Attachment. Terus-terang, sewaktu dua nenek ku meninggal, aku tidak berada di posisi seperti sekarang. Sedih, iya sedih. Rindu, iya rindu. Tapi kemudian terpujuk dengan lantunan al-Fatihah. Aku malah mengkategorikan kehilangan Oyen termasuk senarai 3 kehilangan yg paling menyedihkan. Depresi. Banyak hal yang aku ingin kongsikan, hanya kerana seekor kucing, Oyen. Sepertimana isi nukilan di blog ini, yang adakalanya aku berkisahkan arwah adik dan bapa, aku bakal bercerita tentang Oyen. Syukur pertama aku ke Malua, kerana dapat bertemu Oyen. Dari lahir aku sambut sampai ke hujung nyawa aku hantar dia. Cinta yang buat aku bangga, bukti kalau aku bukan sekadar melepas batuk di tangga menyayangi makhluk Allah yg satu itu. Di hati yang cuba menyelami erti ikhlas memberi dan menyayangi. Bunyi macam melebih-lebih, tapi begitulah yang terpa...