Langkau ke kandungan utama

Catatan

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. Sincerity
Catatan terbaharu

Kerana sudah lama tidak menulis, tulisan ini aku unggah

  Di dasar sungai itu, sekumpulan ikan sedang berenang. Entah sejauh mana sudah mereka dibawa arus. Pun begitu hidup diteruskan. Di setiap persinggahan, hidup bukanlah sekadar bernyawa. Ada ceritanya. Likunya. Deritanya. Bahagianya. Ada persinggahan yang tempatnya indah. Batu-batuan sungai, air yang jernih serta tumbuhan yang saling menyokong di tebing. Kerana mereka tidak bisa memilih, kadang-kadang terdampar mereka di kali yang habitatnya bukanlah kehidupan. Ianya ujian. Cobaan. Arus akan terus membawa pergi dan ada yang mengakhiri perjalanan sebelum sampai ke muara sungai. Cerita tentang tumpas dan tewas. Padahal ia adalah kehidupan. Setiap yang bernyawa punya benang jangka hayat. Panjangkah? Atau sesingkat mana peluang yang ada? Semuanya itu adalah rahsiaNya. Kumpulan ikan tadi tidak pernah diam diburu, mata kail yang sering menggoda. Atau mungkin juga riuh komuniti memerang. Atau pukat yang berupa jernih. Atau diracuni saja tanpa peduli. Oh, arus ini menyeru lagi. Selamat tinggal

Sungai Melubok, Kinabatangan

Assalamualaikum dan selamat malam. Pada tahun 2019, saya dan beberapa orang rakan sekerja hendak menuju ke Kampung Kuamut. Kedudukan tempat kerja kami terletak di sempadan Hutan Simpan Malua.  Sekiranya kami merentasi Hutan Malua dan Sungai Melubok, maka sampai lah kami ke Kuamut. Namun, pada ketika itu, air sungai banjir menyebabkan kami terhalang untuk sampai ke destinasi yang dituju. Kemarin, sekali lagi saya dan kumpulan rakan sekerja yang berbeza pula kali ini mencuba nasib untuk merentas ke Kuamut tapi tetap juga tidak berjaya. Airnya sudah cetek tetapi masih belum bisa dilalui oleh kenderaan untuk menyeberang. Pada kesempatan itu, kami pun mengambil keputusan untuk beriadah sebentar. Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah. Untuk lebih lanjut, saya ada merekod video dan gambar sebagai kenang-kenangan kami dan saya abadikan di laman YouTube saya. Tolong klik di sini untuk menonton - https://youtu.be/rMIGo3uVqVY Saya tidak memaparkan foto-foto di sini kerana pada saya

Bukan Pasar Malam

Assalamualaikum dan selamat malam. Bukan Pasar Malam merupakan cerita paling dekat untuk diteladani meskipun latar masanya berlaku sekitar pascakemerdekaan Indonesia. Berwatak utama, "aku" yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menjenguk ayahnya yang sedang sakit tenat. Melalui novel ini, pembaca sedikit demi sedikit dikisahkan tentang keperibadian ayahnya dan jalur hidupnya melewati beberapa fasa seperti pendudukan Belanda, zaman gerilya dan pascakemerdekaan,iaitu, ayahnya sebagai seorang pejuang revolusi. Masih banyak karya Pramoedya yang belum kubaca, tapi kurasa pendekatan buku ini dari mula menghampiri titik penamat, ia bersifat peribadi. Ada unsur-unsur religi meski tidak terlampau mendalam tetapi cukup untuk memberi ingatan tentang kematian. Temanya agak melankolik atau lebih tepatnya suram kerana ia berkisar tentang ayah yang sakit di ambang kematian. Ini ditambah lagi dengan kondisi kedaifan keluarga watak peran utama, desanya dan sepanjang jalur perjalanannya

Timun Jepun

Assalamualaikum dan selamat malam. Hampir setahun tidak mengolah ayat di sini. Selalu ada tetapi setahun dua ini terlalu banyak yang terjadi dan masih banyak yang perlu dipelajari.  Bagaimana dengan kalian? Ya. Kita berjuang dengan kehidupan masing-masing. Semoga semua yang dipertaruhkan adalah yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita. Kembali ke asal, setahun dua ini terlalu sulit untuk memujuk hati. Ketakutan,  insecure, anxiety, bermacam rasa bergolak dalam jiwa, dan aku memilih untuk menanganinya dengan mencipta/mengulang memori sewaktu kecil. Besar  harapan, itulah cara untuk mengenyahkan segala unsur negatif... Menanam amat sinonim dengan keluarga kami kerana bapa lazimnya begitu. Cuma tidak pernah terlibat secara langsung. Pengalaman dan ceritanya ada tapi bukan menulisnya. Bapalah yang berpengaruh besar tentangnya dan kini aku dan mak, kami masing-masing berusaha untuk mencipta suasana itu kembali.  Berbanding dengan mak, aku agak terumbang ambing.. Tetapi semuanya mengarah sa

Something to listen to (my current lists)

Assalamualaikum dan selamat malam. Ingatkah satu ketika dahulu, ketika idea menulis dan semangatnya tidak bersatu, aku selalu mencari ruang baru agar tetap terus menulis. Sampai sekarang aku masih belum move on bahawa Yonder Music dibawah seliaan Celcom sudah lama ditamatkan khidmatnya. Aku tanpa paksaan terpanggil untuk berkongsi kecenderunganku terhadap aplikasi itu dahulu . Serius, sesuatu kesempatan yang terbiar... Semoga aplikasi itu bisa dimajukan semula. Aku pasti akan menjadi pengguna setia ya.. Sungguh! Semenjak Yonder Music sudah tiada, aku cuma bergantung kepada aplikasi YouTube sebagai media halwa telinga. Berikut adalah senarai terbaruku bagi bulan Julai 2020. Untuk senarai lagu sebelum tahun 2020, mungkin boleh rujuk entri terdahulu. Cubalah luangkan masa, mungkin ada beberapa lagu yang memikat hati dan pendengaran kalian. 1) Yoon Jiyoung - Shame Aku agak pemilih bila terkait penyanyi perempuan. Tapi Jiyoung ni, aku rasa suara dan tune lagu ini seiring menyeba

Find Me In Your Memory | Temukan Aku Dalam Memorimu

Assalamualaikum dan Selamat Malam Entah keberapa kali sudah kukatakan bahawa aku akan sentiasa menulis, memperbanyak perkongsian, tetapi selalu saja berakhir dengan mengejar dunia kerja yang tiada kesudahan. Apabila melihat penulisan yang sebelum ini, aku merasakan aku yang sekarang ini terlalu kosong. Buat sekian kalinya juga, aku mohon apologi sangat-sangat kepada mereka yang belum sempat aku balas komennya. Saat aku membaca komen yang ditinggalkan, yang selalunya berisi persoalan, aku bertanya kepada diri sendiri "apa mungkin detik ini masih diperlukan jawapanku...seberapa jauh aku ketinggalan kepada rentak blog ini? atau akukah yang terlalu cepat berlalu? Baru-baru ini, aku menerima notifikasi di laman muka buku iaitu namaku disebut dan beberapa rakan yang lain oleh rakan seperjuangan perihal beberapa episod semasa zaman belajar dulu, di UIA. Aku tercengang, kerana memori itu sudah pudar dari ingatanku. Aku ketawa sendiri bila mengenangnya kembali. Tapi kendur senyum