Langkau ke kandungan utama

cita-citaku...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

First of all, syukran atasan kunjungan kalian. Cakap sendiri tidak mengapa tapi kalau ada yang mendengar, sesaat dua saat pun, lebih baik rasanya.

Alhamdulillah, buku Propagandis Zaman sudah habis dibaca. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya belum punya mimpi untuk berada dalam bidang kewartawanan. Namun, APABILA saya berada di bidang itu KELAK, insyaAllah, akan saya manfaatkan. InsyaAllah. Sejujurnya, saya teruja untuk membongkar aktiviti licik politikus, orang berpengaruh, selebriti, atau sesiapa sahaja yang menjadi tumpuan masyarakat. Senang kata, orang awam berhak untuk mendapat 'berita' yang sahih. Bukan berita yang di'cover'2.

Saya 'merindukan' suasana media yang tidak berat sebelah. Diluar pengamatan saya, masih ada lagikah media yang memaparkan 'berita' tanpa memilih bulu? Mungkin. Tidak.

Kebetulan, baru-baru ini, saya dan rakan-rakan se'subjek' Foundation of Communication in the Quran and Sunnah telah ditugaskan untuk menganalisis isi kandungan surat khabar tempatan berkaitan isu Islam dalam konteks masyarakat Malaysia. Apa yang dapat saya simpulkan ya? hmmm... tunggu 2bulan lagi la,ya? sebab final report pada bulan April. Lagipun, saya memerlukan pandangan rakan-rakan kumpulan lain juga. Mana tahu saya yang ter'over', ini tidak betul, ini salah.. padahal orang  media tersebut sudah bertahun-tahun dalam dunia pekerjaannya. (Cehh, framing theory pun aku tak tahu apa benda...)

Satu ILMU yang tak ternilai bagi saya ketika membaca buku Propagandis Zaman ni, bagaimana penulis mengungkapkan alam kerjaya dan atmosfera kewartawanan dengan para perawi hadis tersohor seperti Imam Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain. Meskipun, mereka bukanlah wartawan, namun 'pekerjaan' yang mereka lakukan merupakan 'pekerjaan' yang ditangani oleh sekalian wartawan. Memetik petikan dalam buku ini,

"Dengan hanya berbekalkan catitan dan persuratan yang terhad di zamannya, Imam Bukhari melakukan penyiasatan daripada orang ke orang. Menemui orang dekat dan jauh, meletakkan disiplin yang tinggi iaitu hanya memakai keterangan orang yang kuat ingatan, yang beramal soleh,yang adil dan yang jujur. Semua keterangan daripada orang yang diragui daya ingatan, keadilan dan kejujurannya diketepikan, sekalipun mereka pada hakikatnya orang yang benar."

Nah, bukankah ini yang sepatutnya dijadikan 'contoh' bagi mereka yang bergelar wartawan di luar sana? Khidmat yang disumbangkan oleh Imam Bukhari adalah Ibadah.  Hari ini? Media merupakan sarang memecahbelahkan Ummah, promote diri, berlebih-lebihan dalam menyampaikan sesuatu, menyembunyikan kebenaran...sekiranya ada yang tidak begitu, alhamdulillah, yang saya bicarakan di sini, media yang buta,tuli dan bisu.

Masyarakat tidak 'jahil' dalam dunia yang serba canggih ni. Dikhuatiri, akibat banyak sangat 'tipu' nanti masyarakat naik muak. Anyway, saya tidak memihak kepada mana-mana pihak, usia yang sebegini mungkin bukan penghalang untuk menghadam ilmu politik, tapi saya sedang cuba ke arah itu. Semasa membaca dan memutar kembali detik sebelum dan ketika kemerdekaan Tanah Melayu, tidak dapat tidak, saya membayangkan bentuk 'satu nasionalisme rumpun Melayu'.

Mengakhiri pertemuan kali ini, tidak menjatuhkan sesiapa, memandang rendah atau menyombong diri, cuma meminta sedikit perhatian, seandainya kerja yang dilakukan hanya sekadar kerja, dimanakah letaknya keistimewaan dan kelebihan kita sebagai umat terpilih?

(dunia baruku bisnes rumpai laut. nanti post ada bunyi-bunyi ekonomi pula. pelbagai, macam pelangi.)
kerana mutunya mengundang pengkaji, akalku teruji. merangkak-rangkak...ooo perempuan nan bercinta berikan aku ruang dan kesempatan 'bernafas'
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...