بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.
Pencerahan thinking process saya lewatkan dalam masa terdekat ini. Akan datang, inshaAllah! Sekarang ralat membaca karya Subky Abdul Latif, Memoir Kewartawanan-2 ANAK APAK, Propagandis Zaman. Seorang teman bertanya kenapa saya tertarik membeli buku tersebut padahal sebelum ini saya lebih tertarik membeli karya-karya sejarah Islam seperti hasil tangan Abdul Latip Talib dan juga karya Ustaz Felix Siauw (Beyond the Inspiration & Muhammad Al-Fatih 1453). Meskipun tidak sampai sebulan, 2 minggu yang lalu lebih tepat, saya sudah lupa jawapan yang saya berikan.
Ramai yang tahu dalam kalangan teman rapat, saya berada di bidang yang bukan saya mahir mahupun minat, komunikasi. Tetapi, saya putuskan untuk tidak menjadi pelarian lagi. Ini bidang baru yang saya perlu terokai, mungkin ada sesuatu yang menarik di dalamnya. Harapnya begitulah. Pembelian buku ini merupakan langkah awal saya melembutkan hati, memberi ruang dan peluang, daripada 'tidak peduli' kepada 'peduli'. Doakan ya!
Pukul 2 petang merupakan waktu yang paling penat melayan karenah mata, pinta dipejam meskipun cuma 5 minit. OOOOHHHH.. diturutkan hati mahu saja buku Intro to political science tu dijadikan benteng untuk beradu..hohoho tapi hamba ini sudahlah jahil, nanti berkah pun tiada. Tapi petang tadi, bicara mengenai state dan pembentukkannya. Bukan hendak melanjutkan lagi, (terus-terang, i have no idea about political science ni, sebab tu macam nak 'mampus' memaksa otak untuk menghadam satu-satu informasi) cuma saya tertarik pada statement murabbi, 'people like to identify someone by their nationality'.
Analoginya, pergi luar negara, selepas perkenalkan nama, mesti sebut nama negara,kita asal mana dan orang lain pun lebih tertarik kepada identiti negara kita banding pekerjaan (misal kata bekerja). Lebih menarik lagi, ada orang tu semasa berada di Malaysia jangankan nak makan, nak bau petai pun tidak sudi tetapi apabila berada di luar negara, terasa bangga apabila ia berjual di sana, langsung jadi favorite. ceehhh, balik cuti sebulan, minta mak masak, mak pelik, 22tahun tinggal dengan mak tak makan benda tu, tetiba ngada-ngada nak. angin juga. (nampak merapu je aku, copy paste ayat murabbi ni, tapi ini realiti sebab aku pernah alami benda yang sama-apa dia rahsia la, malu loohh) Padahal, baru dalam negara, dari Sabah ke Selangor.
Ahakss.. apa yang Laila Hijjera cuba sampaikan? Actually, saya da pernah sentuh perihal ni kat post yang lalu, tahun lalu. Bagaimana semangat 'nationality' berpengaruh dalam diri seseorang, organisasi dan masyarakat. Lebih tepat, 'nationality' masih membatasi kita untuk kembali bersatu. Jangankan dalam kalangan negara-negara Islam, bahkan di dalam negara itu sendiri, berlaku perpecahan. Mengingati kata murabbi saya semester lalu, kesedaran untuk kembali kepada sistem Khalifah itu sudah ada sejak sekian lama tetapi belum berjaya kerana faktor internal dan external. Malah masyarakat sedia maklumi adanya anasir-anasir yang cuba menggagalkan percubaan untuk Islam bangkit kembali. Harus diingat, semakin kita beranjak kehadapan, semakin beranjak juga 'taktik' mereka. Generasi hari ini harus lebih kuat daripada generasi terdahulu! Allahuakhbar!
(usai baca buku Subky, aku masih berharap adanya suara media yang bebas. Tidak tuli,buta dan bisu)

Ulasan
Catat Ulasan