Langkau ke kandungan utama

sedetik di Floating,Semporna

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Kaifa halukum? Agak lama juga saya tidak muncul di sini. Alhamdulillah, sekarang sudah memulakan kuliah bagi semester dua, ohohoho usah dijadikan persoalan mengapa angka semester saya ini agak kecil bilangannya banding teman seangkatan yang lain. Jawapan saya, kerana diri ini terlalu berharga. (senyum). Hanya pelajar yang pernah dan sedang bergelar 'student CELPAD' mengerti akan perihal ini.

Cuti tiga minggu terlalu singkat untuk disiakan dan terlalu indah untuk ditinggalkan. Tidak tahu hendak mulai di mana dan yang mana satu hendak diceritakan, semuanya bagai lembaran baru, padahal sudah hampir 22 tahun saya bersama mereka, ayahbondaku. Sedikit memori untuk dicoretkan di sini, saya sempat berkunjung ke tempat di mana 16 tahun yang lalu saya kunjungi. Sekali dalam seumur hidup, dan kini 'dunia baru' saya datang lagi.Dulu, jiwa anak-anak yang 'suci' tanpa 'desire' yang melalaikan, saya berdiri menatap lautan tanpa memikirkan apa yang bakal saya hadapi hari ini. Kini, tempat yang sama, imbasan lautan di hadapan menggambarkan pelbagai andaian bercampur 'desire' yang tiada berpenghujung.







gambar-gambar di atas saya ambil ketika berkunjung ke Semporna, Sabah. tag: bapa Taming,bonda Bida, puang Hj Jide, puang Hjh Dia dan kemanakannya, Puang Hjh Nurmin, sepupu jauhku Juhuri, dan adik jiran Riswan. 
Meskipun cuma kami bertiga dalam keluarga, kami tidak pernah berasa kecil kerana kehadiran taulan lain pelengkap kekurangan itu. Jazakumullah hu khairan khatir. Saat bayu menampar lembut pipi, ada rindu berlagu pada bayu Sulawesi, entah bila lagi berkesempatan meredah lautan ke seberang sana. Kerinduan zaman kecil ini sarat, lantas berkongsi sedikit rasa yang mungkin dilalui saudariku, Lotus Huda, pada tanah tumpah kelahirannya ini. Ya, Allah, kabulkan doa saudariku itu. Amiin.

Sekarang beralih kepada dunia kuliah, insyaALLAH saya akan mengambil subjek Introduction to Political Science, Science of Hadith, Creative Thinking and Problem Solving, Foundation of Communication in the Quran and Sunnah, dan arabic level 4. Sikit saja bha kan..heehehe slow..slow dulu.Walaupun masih dalam bahang 'cuti' (bermalas-malasan), kelak saya akan kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi. InsyaALLAH.

Semester baru, teman baru, tetapi tidak siapa pun menjangka tempoh perkenalan dan pertemuan bakal diuji dengan perpisahan, perpisahan kecil. Seorang yang saya temui saat hari pertama melangkahkan kaki ke bumi taman budi dan ilmu ini. Seorang pula, satu-satunya teman internasional yang saya kira rapat sejak mulai kenal kerana berkongsi 'minat' yang sama. Hati saya berat melepaskan mereka pergi kerana terlalu banyak perkara dan terlalu banyak kata yang belum terluah untuk mereka. Belum puas rasanya untuk mencipta kenangan bersama mereka. Ya, Allah, apa pun jalan yang mereka pilih selepas ini, semoga di dalam rahmatMu. Amiin.

(semakinku jauh, semakin Kau dekat, ada doa ku pohon, menyusur jalan pulang---Ku kira bicaraku sudah tidak bercahaya rupanya refleksi dari hati.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share