بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
w.b.t.
Semalam,tanpa disengajakan, saya melewati satu
laman di muka buku. Walaupun, saya bukanlah tidak sependapat dengan ‘hujah’
yang mereka nyatakan, namun, mencapai kewarasan dan mungkin ‘profesional’. Maaf
kalau hendak kata berbangga tidak sama sekali kerana saya ini cuma insan kerdil
yang tidak punya luas pengetahuan. Tapi, ‘kejahilan’itu ada batasnya.
Manusia
dikurniakan akal dan itulah yang membezakannya dengan haiwan. Meskipun manusia
bukanlah ‘merdeka’ dalam segala hal, namun kita merdeka dalam satu hal yang
pasti, PILIHAN. Kita bebas untuk memilih sama ada mahu mengikut jalan yang
lurus ataupun bengkok, sama ada baik atau buruk, sama ada betul atau salah.
Berbanding dengan haiwan yang cuma punya one-way iaitu patuh pada penciptaannya (follow instinct).
Kata
seorang pensyarah saya, “understanding depending on the context of your mind”. Meaning
to say, dalam sesuatu perkara, setiap insan punya persepsi,pendapat dan
pemahaman sendiri. Ia bergantung dalam banyak perkara,latar belakang: geografi,
budaya,agama,ilmu dan banyak lagi. Oleh itu, dalam menyampaikan sesuatu kepada
seseorang hendaklah berdasarkan tahap pengetahuannya. Jika tidak, sama ada kita
dicop sebagai ‘penipu’ mungkin juga ‘gila’. Mungkin.
Tapi dalam
konteks masyarakat hari ini, amat advance, dalam sesaat setiap informasi sudah
dalam genggaman. Sekejap saja sudah tersebar luas. Istilah ‘jakun’ tidak
sinonim untuk masyarakat Malaysia khususnya. (pengaruh media & internet).
Di sudut lain, ia baik untuk membendung istilah ‘sembunyi informasi’ atau ‘tutup
cela’ dalam kamus pemerintahan. Tapi masalahnya, berapa ramai yang tahu
berfikir secara kritikal,kreatif, ethical dan spiritual?
Kritikal
dan kreatif dalam berfikir tidak mampu atau tidak cukup untuk mengawal dan
mengurus emosi seseorang. Kita perlukan ethical thinking. Namun, punya
ketiga-tiganya juga belum mencukupi kerana terdapat ruang kosong dalam jiwa,
iaitu di tingkat teratas , wisdom. Ia memerlukan spiritual thinking process. (perlu
pencerahan lagi, tapi sudah penat mahu taip. Sambung di episode akan datang mengenai
proses ‘thinking’ni,ya.)
In short,
apabila terdapat sesuatu masalah, ramai orang ‘cemerlang’ dalam mengkritik,
menghukum dan menghakimi. Tapi sedikit yang mahu menyelesaikan. Mungkin sifar. Ramai yang
berfikir mereka sudah kritikal dalam berfikir padahal kritikal itu bukan
kritik, melainkan mahu percaya atau tidak percaya dalam sesuatu perkara. Padahal
untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu bermula pada kreatif, kemudian ethical
dan seterusnya spiritual thinking process.
(aku baca
kemudian marah. Isu kaum. Komen,tidak. Marah jadi kasihan, mereka ‘jahil’. Cuma doa. Itu termampu.)
– nikmatIslam-
cr: mdm M, subjek cct.
Ulasan
Catat Ulasan