Langkau ke kandungan utama

Ismi Laila Hijjera ;)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ini, setelah sekian lamanya tidak memakai tag nama...sebabnya, tak nak kena compound. Rm50. Actually, di Uia ni bukan suatu perkara yang lumrah bagi seseorang pelajar untuk memakai tag nama. Selalu tengok pelajar-pelajar Edu dan cfs saja rajin pakai. Baju kemeja pun, agak jarang, tapi ada juga yang pakai. Sejujurnya, agak biasa kalau memakai jubah,t-shirt berkolar (tak berkolar pun ada) banding yang pakai kemeja siap pakai tali leher. Kalau pakai kopiah sekali...dua tiga kali saya belek. hehehe. Ada sorang, sekelas Islamic Aqidah semester lalu. Even saya suka kaitkan tag nama dengan sistem pendidikan di Barat, tapi tidak salah rasanya sebab ia cuma 'hal-hal yang kecil'.

Bicara pasal tag nama ni, ismi Laila Hijjera binti Mustamin. Asalnya, Laila Hijrah tetapi bunyi-bunyi Bugis telah melekat. Kisahnya, seorang pakcik yang mendaftarkan nama saya di pendaftaran dahulu, penutur Bugis yang tegar dan huruf 'H' dihilangkan. Walaupun agak payah untuk sesetengah orang menyebutnya, tapi dengan ejaan yang sebegitu, adakalanya ia mengundang 'klasik' dan 'nostalgia'...

Bukan hendak promote diri, sekadar hendak berkongsi sejarah. Ramai yang menyangka bahawa nama saya diambil sempena kelahiran saya pada malam Hijrah. Sebenarnya tidak. Saya lahir pada subuh 22 Jamadil Awal 1412.  Kata bonda, nama saya di ambil sempena 'perpindahan' saya dari Indonesia ke Malaysia. huhuhu. Saya dikandungkan di tanah Sulawesi, pada awal tahun 1991. Kemudiannya, bonda mengikut bapa saya ke Sabah pada pertengahan 1991 dan saya dilahirkan pada akhir tahun tersebut.

Ada juga sumber menyatakan, nama saya di ambil sempena nama dua orang adik beradik yang menetap di Sandakan, Sabah. Ketika itu, keluarga saya menetap di Lahad Datu. Dua beradik tersebut bernama Laila Hijrah dan Mohd Badrul Ilmi. Arwah adik saya bernama Mohd Badrul Ilmi. (al-Fatiha)

Apa pun asalnya, sedikit sebanyak nama 'Hijrah' sinonim dengan perpindahan sekolah yang kerap ketika saya berada di sekolah menengah. Justeru itu, tidak hairan kalau-kalau saya sememangnya tidak dikenali dalam kalangan guru-guru.

Rasanya, insan yang memiliki dua patah atau lebih nama,pasti mengalami nasib yang sama. Orang keliling saya lebih mengenali saya sebagai Laila berbanding Hijjera. Kadang-kadang saya tidak kenal Hijjera. Tapi dalam ramai-ramai ada seorang teman yang sentiasa memanggil saya dengan nama itu, Faezah (eja)...dia panggil saya Ejera. Seorang guru makroekonomi juga pernah memanggil saya dengan nama Hijrah. Nama yang amat saya senangi setakat ini adalah kak Lai semasa saya berada di tingkatan 4 dan 5. Ditakdirkan, dalam dorm saya (mawar9) terdapat dua orang aspuri bernama Laila, seorang junior, dan saya. Rakan dorm saya, Nana, merupakan perintis kepada nama ini dan akhirnya panggilan kak Lai bukan sahaja dalam kalangan adik-adik asrama, malah turut digunakan oleh adik-adik di sekolah, rakan-rakan sekelas mahupun segelintir guru.

Tetapi suasananya agak berbeza apabila saya telah berpindah ke asrama baru, saya dikenali dengan panggilan kak Laila mungkin juga kak Lela. Akhirnya, nama Laila saya bawa sampai ke alam kampus. Lain daripada yang lain, tentunya daripada seorang sahabat, Cik Nang a.k.a. Lotus Huda a.k.a. Masnah Maikul, hehehe even mula-mula saya tak biasa dengar panggilannya, Lola, tapi sekarang ia merupakan satu yang unik. Tidak mudah sebenarnya hendak menerima sesuatu yang baru daripada orang lain lebih-lebih lagi melibatkan panggilan.

Okey, selesai sudah sesi sejarah saya.

( tapi aku selalu perasan 1 hijrah tu hari jadi aku. detik bersejarah dalam Islam.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...