Assalamualaikum w.b.t
Perkongsian yang sedikit, Agrobank berdekatan Wangsa Walk sudah ditutup. Kalau dari Uia, paling dekat, Agrobank Greenwood dan Agrobank Selayang.
Now, saya sudah memiliki kamera dslr nikon d3200. Sederhana. Mengambil skill photography bukanlah sesuatu yang diimpikan mula-mula dulu. Selepas memutuskan tidak akan mengambil specialisation in electronic media, maka biarlah sedikit saya punya ilmu fotografi.
Nampaknya, saya akan bersendirian kali ini. Tidak apalah, belajar kan.
Post kali ini tidak produktif. Maaf.
Oo ya alang-alang nak kongsi juga. Saya mungkin jenis yang kuat sentap. Mungkin. Tiap kali ada yang berkata, 'untunglah pelajar jpa...' saya sentap. Tidak semua yang cerdik belaka. Untung kami kerana rezeki ini ditujukan kepada kami. Di situ saya fahami, Allah maha berkuasa. DIA yang memiliki segalanya. Tiada yang mustahil.
Disebalik gelaran pelajar tajaan, kami sudah berusaha seadanya. Kerana kita hidup di dunia yang serba perlu bukti nyata, maka semampu mengekalkan atau menaikkan pointer. Bukan pointer atas kertas itu sekadar dikejari, biar yang lain sedar, kami juga 'tersiksa' di ruang ini. Disebalik mewah hidup kami, yang dilihat dan dibayangkan yang lain, kami pun punya cerita sendiri.
Perlu kekalkan pointer paling tidak atas 2.5, merupakan ujian besar kami. Harus bersenang saat di luar sana ada yang berjuang untuk mendapatkan peluang yang sama. Kesenangan kononnya keuntungan yang kami miliki adalah ujian kami. Siapa bisa tundukkan nafsu apabila wang di genggaman? Kalau kami lalai kami bakal temui siksa dua kali. Sedarilah, ramai yang bisa lepasi ujian kesusahan banding ujian kesenangan. Ramai.
Kalau kami lepas ujian ini, tiada apa yang istimewa banding bonus hidup 'mewah' kerana ditaja. Banding yang diuji dengan kesusahan, selepas ujian, ni'mat itu kamu rasai. Akhirnya, nilai untung itu bukan milik kami pun kerana ni'mat lebih besar nilainya.
Okey, siapa pun kita, tolong jangan judge hidup orang lain. Kerana apa yang kita lihat pada orang lain bukan sebenar hidupnya, kita cenderung menilai berdasarkan hidup kita. Susahnya cuma orang tu tahu. Dan, duit tu bukan indikator bahagia. Bukan. Kalau ya, sementara saja pun. Boleh lenyap bila-bila saja.
Ulasan
Catat Ulasan