Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Perindu

Perindu ini Memakan hari-hariku di sini Tanpa memberi ruang menemui kemahuan hati yang sering diilusi. menjadi sang perindu Lebih nyata sakit pilu Banding keinginan bertemu Kerana terlalu diturut kemahuan itu. Selalu perindu kasih Mengharap ada yang bisa mengagih Sayang dan cinta Kerana empangan hati sudah pecah Menaburi satu demi satu resah. Kalau bisa biar perindu Menumpang teduh Hujan tidak lagi sekali turun Basah hati sehingga beku. Aku seorang perindu Terusan menunggu kamu.

Persoalan

Assalamualaikum w.b.t Cuti ini amat terasing, saat hati tidak habis-habis bertanya, "bapa di mana?" Jika aku ditanya, apa yang paling kau rindui mengenai bapamu, ku jawab semua. Kerana semuanya tiada yang bisa berulang. Sedar atau tidak, kita masih anak kecil di hadapan mak dan bapa. Sebab itu, sekecil perkara bisa membuat hati mereka gundah. Aku juga pernah berhadapan dengan situasi di mana tidak lepas daripada jagaan bapa, dan itulah yang menuntut ku saban waktu. Siapa lagi sanggup melindungiku tanpa rasa paksa? Tiada, cuma bapa. Persoalan, bapa adalah insan tabah yang sering melayan karenahku. Soalan berulang pun dijawabnya! Siapa lagi bisa melayan karenah banyak tanyaku? Tiada. Cuma bapa. Arghhh... ingin sekali ku lontarkan pandanganku mengenai MH370, mengenai DSA, Ukraine... ya, bapa lah sahabat setia ku berdebat. Tanpa rasa idea disisih tiap kali berlaku perbedaan opini. Allah... Banyak, terlalu banyak persoalan yang bersarang di minda. Bukan menidakkan

Take care#cuti midbreak#

Take care Kata biasa yang ku ulang Ulang untuk sekian kalinya Ibarat roda bas ini. Sendiri pun aku senyum sendiri Membayang kamu di sisi Merah malu berbisik. Sana kelip neon kota raya Sinarnya redup pandangan mata Sekiranya boleh ingin ku tatap lama. Hati, hati-hati dengan hati Jarang sekali menipu diri Kalau sudah cinta langsung refleksi. Usah...kelak puisi ini didengari Aku wanita Melayu sejati Pantang dijolok mimpi. Sejuk 3 pagi begini Selimuti hatimu dari angin Sayup rinduku menampar pipi. credit to someone, insan biasa, aku kira bisa suburkan dunia imaginasiku... alaaa, pinjam sekejap!

Maghrib

Assalamualaikum w.b.t. Sebetulnya mahu post berkenaan projek video klip kami, tapi entah kenapa saat begini hati terusik, rinduu. Rindu yang tidak terpujuk seperti selalu. Rindu bapa, rindu adik. Hatiku berkata, tabahnya mak. Ya Allah, semoga kami termasuk dalam kalangan mereka yang Engkau rahmati. Maghrib begini, mengulang kembali sekitar tahun 1998, hari pemergian adik Ilmi. Bukan tidak mengerti tapi aku tidak tahu hendak berbuat apa. Maghrib itulah mulanya, hatiku jadi sayu tiap kali melewatinya. Sepi. Tidak ada satu kata pun yang dapat menerangkan kondisi hati ku. Tidak ada. Selalu, menjemput maghrib tiba, kami, yang tinggal 3 cuma, bapa, mak dan aku duduk di beranda. Sedikit sepi yang datang akan hilang, seolah aku berlindung di belakang bapa. Meminta perlindungan daripada diselebungi ketakutan. Ya, ketakutan pada maghrib. Tapi, setelah bapa tiada, ketakutan pada maghrib membuat aku bertanya, apa mungkin selamanya maghrib sesuram begini? Rasa ditinggalkan dan kehilangan pada

Assingment CMC #1

Assalamualaikum w.b.t. Pertamanya, mohon apologi atas mungkir kataku ingin mengepost skrip drama fairy tale, sudah acapkali tertunda. Kini, pensyarah yang sama, tugasan kami ada dua semuanya, insyaAllah sampai hujung semester ini, iaitu drama radio dan video klip. Alhamdulillah, utk part shooting sudah menghampiri 90% mengikut perhitunganku. Kesuluruhannya, baru setengah selesai. Mungkin. Video klip ini, lagunya atas persetujuan ramai selepas dilakukan undian, pastilah suara majoriti yang menang. Tapi, selalu saja suara majoriti itu bukannya yang terbaik, cuma juara bilangan saja. Bukan kualiti. Pendapat peribadiku saja,ya. Ya, lagu Bonjovi yang berjudul It's my life. Aku tidak punya komen untuk lagu ini. Lirik mahupun melodi, tidak terhadam dek pendengaran dan opini. Syukur, group member punya idea untuk lakonkan video klipnya. Alhamdulillah. Sebelumnya, kumpulan kami diberi nama LINE. Kerana tema adalah social network. LINE tidak sepopular instagram, kakao, dan lain2,

Magic eye

Assalamualaikum w.b.t Ternyata pendirianku kian rapuh pada perhubungan ini. Salahku? Mungkin tersilap perhitungan memberi ruang untuk kita membina harapan sedangkan aku tidak berhasrat begitu mulanya. Teettt... stop. Hentikan kejiwanganmu sekarang. Sudah tiba saatnya memikirkan hal yang serius. Sudah menghampiri sebulan memiliki 'Reclaim your heart', tidak separuh ku roman. (Sedikit lucah bunyinya) agaklah! Oleh sebab waktu luang tidak teruntuk beroman sahaja, semenjak memiliki dslr, tangkap foto juga antara habitku. Jadi aku aplikasikan sistem beroman satu topik satu malam. Entahlah, hatta telaah buku sahaja tidak menang tangan apalagi mencapai buku feksyen lain. Magic eye! Ya, aku pun reti main benda ni. Mulanya, agak kasar juga dengar cara yang patut diaplikasikan, julingkan matamu! Kata kawanku. Bahasa halusnya, fokuskan matamu! Hehe Analogi magic eye, disebalik gambar yang tidak punya solid mesej/figura/makna... ada gambaran yang cantik. Cantik sangat! Jernih, macam

tolong

Assalamualaikum w.b.t. Semester ini terlalu banyak tugasan yang harus diselesaikan. (Padahal tiap-tiap sem mengadu hal yang sama). Tapi, aku masih berkeinginan meneruskan azam tahun ini dan akan datang untuk lebih kerap menulis. Sedarku masa tidak mungkin dapat ku miliki sampai kapan pun. adakalanya menulis sekadar membaja benih penulisan, mana tahu kelak bisa berkarya seperti yang lain. Karya berintikan tarbiah. Punya mesej untuk ummah. tiggi angan-angan. Aku tidak tahu kalau usaha ku ini berhasil, semoga ada yang lalu di sini. Kerana ini ruangan ku berbicara, mohon singgah sebentar, kalau-kalau bisa, dibantu ya! Boleh hubungi langsung ya brother Cecep dan Adik Fitri untuk maklumat lanjut.  saya? tidak terlibat secara langsung. Cuma mampu menyokong perjuangan suci mereka dari belakang.  hehehe Macam bercakap sendiri saja ba. It's ok, Laila. (Ni tahap ndak da idea mau tulis apa lagi) usaha sudah ada, kasi mantap lagi ya lain kali. InsaAllah. ba, kita letak sikit li

sendiri

Assalamualaikum w.b.t Kejamkah aku saat sapamu ku biar? padahal dalam jiwa aku sendiri gelisah mencari kata yang sesuai untuk ku nyatakan betapa saat ini ku ingin sendiri diam tidak bermakna benci kerana suka tetap teruntukkmu Diam bukan mataku melilau Boleh jadi mata bisu meski tidak buta. beri aku ruang bernafas tanpa bermimpi siang kerana mimpi malam lebih indah selalu ada itu bukan aku Ingin sendiri itu hasratku kerana jalan yang ku lalui menuntut aku untuk tinggalkanmu. tinggal sekejap bukan perpisahan. mengertilah, ada ketika, terlalu bersama kelak mengundang curiga apa mungkin hati bisa pasrah tika cinta bukan lagi milik kita.

Fotograpiii kelasss

Assalamualaikum w.b.t Ya, setiap semester aku mencuba variasikan aktiviti kampus. Pernah ku tempuhi alam menonton drama historikal, 'herbalife style', kelas mandarin, beroman sastera, melakar animasi, hidup berpersatuan (paling tidak menjadi) dan kini kelas fotografi. Aku tidak pernah statik. Aku tidak akan suka pada satu perkara sahaja. Tidak. Juga bukan dalam tempoh yang lama. Bosan? Pernah aku risau, bagaimana andainya nanti aku mula mempersoalkan erti 'statik' pada dia. Entah. Aku sendiri sudah tidak betah memikirkan persoalan itu. Sebab itu aku perlukan jarak. Biar nanti bosan tidak kunjung tiba. Fotografi, dunia baru untukku. Terlalu muda untuk ku katakan aku 'sudah kenal', mungkin suka saja tidak cukup. Kamera ini seusia kemahiran dan ilmu yang ku cakup, genap 2 minggu! Ahhh... orang bilang jangan hitung waktunya, masalahnya, aku benar-benar tidak pernah menyentuh rangkanya. Memahami saja buat aku pening. Apabila ku pandang di sekelilingku, ma

Ilmu

Assalamualaikum w.b.t. Teringat pesan dr Chuah, apa2 ilmu yg kita dapat di dalam kelas, paling tidak pun sampaikan kepada keluarga kita. Ya, contoh hadith semalam yang saya kongsikan. Perbezaan. Ada perbezaan di antara mereka yang beramal dengan ilmu dan tanpa ilmu. Sebagai seorang yg lahir sebagai Islam, kita lazim dengan mengikut tanpa mengetahui sebab musabab sesuatu perkara dilaksanakan dan dijauhi. Apabila ditanya kenapa, kita jawab, "kerana moyang kami juga berbuat begitu". Pahala di antara tahu dan tidak tahu itu jelas. Saya sebelum ini berfikir bahawa tanpa perlu mengetahui sebab musabab sesuatu perkara itu sesuatu yg awesome kerana kita buat tanpa perlu mempersoalkannya. Tetapi, nyata dengan mengetahui lebih lanjut lagi adalah lebih baik. Analoginya, sebelum ini, saya menerima ujian yang diberikan kepada saya kerana saya sudah tidak punya pilihan lain, meaning to say, tempuhi ujian tu tanpa berkeluh kesah. Mind set saya berkata, kita patut bersabar dan tabah ata

Pelajaran 2014 #1

Assalamualaikum w.b.t Saya tidak ingat kalau saya sudah khabarkan mengenai subjek yang saya ambil semester ini. Rehat sebentar daripada Mandarin,  saya kembali kepada bahasa "syurga", bahasa Arab. Alhamdulillah,  saya ditakdirkan bertemu ustaz Taha (طه). Dapat dengar tazkirah selalu. Beberapa minggu lepas, kami ada belajar tentang balasan kebaikan dan keburukan (جزاء الحسنات و السيئات). Jadi dikesempatan ini ingin saya kongsikan 1 hadith yg berkaitan. عن أبي العباس عبد الله بن عباس بن عبد المطلب رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم، فيما يروي عن ربه تبارك وتعالى، قال: "إن الله كتب الحسنات و السيئات، ثم بين ذلك:فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله عنده تبارك وتعالى حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها كتبها الله عشر حسنات، الى سبعمائة ضعف،إلى أضعاف كسيرة. وإن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها كتبها الله سيئة واحدة". (متفق عليه) Dalam hadith Qudsi, Ibnu Abbas ra. Meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. daripada apa yang baginda riway

Bahagia

Assalamualaikum w.b.t. Kawan. Apa yang kamu harapkan dalam sebuah jalinan persahabatan? Ada yang mengharapkan bahagia. Bahagia itu subjektif. Seandainya bahagia yang dicari, aku tidak betah berjanji untuk memberimu bahagia. Boleh jadi bahagia mu bukan bahagia bagiku. Kerana mencari bahagia dalam persahabatan itu tamak. Kita cenderung kepada hal-hal yang kita perlukan tanpa memikirkan sepenuhnya perihal kawan. Adakalanya, kita langsung tidak mengenal peribadinya itu seperti apa, kerana kita buta dek mengejar apa yang kita tuntut. Tamak. Sebab itu, kecewa selalu bertandang. Bahagia apa yang bisa membahagiakanmu apabila disandarkan kepada sesuatu yang bersifat sementara? Sehari dua mungkin bisa dicanang bahagia itu, hakikatnya manusia tidak pernah statik. Persahabatan era ini, aku takuti 2 perkara. Aku dikejari kerana bisa memberi bahagia padahal aku tidak berkehendak untuk memberi bahagia itu. Kedua, disangka aku mencari bahagia dalam persahabatan. Masa, ruang dan jarak buk

Adil

Assalamualaikum w.b.t Ingin berbicara mengenai adil. Analoginya, tidak seorang pun memakai dua topi. Sekaya apa pun dia. Mungkin material berbeza, tetapi tetap juga, ia bukanlah titik persoalan. Senang cerita, cantik apa pun, semahal apa pun sesuatu dress tu kalau tidak tutup aurat pun ndak guna. Bukan apa yang kita ada, tapi bagaimana kita manfaatkan sesuatu yang ada digenggaman kita. Adil. Lihatlah, pakaian akhir kita pun sama, kain kafan. Tiada pula ditetapkan gred mana. Tiada yang pergi bersama kain sutera berwarna emas. Tiada. Kita lahir pun, semua sama. Tanpa seurat benang. Tiada yang lahir lengkap berpakaian hatta anak raja. Adil. Apabila memiliki amanah, apabila tiada syukur. Tiada satu falsafah pun dapat menjelaskan bahawa 'harta' penentu bahagia. Tiada. Jangan sesekali mencemburui kehidupan orang lain. Adakalanya ia mengundang kepada cemburu kepada pemilik, bukan apa yang mereka ada. Masing-masing punya cerita hidup sendiri. Boleh jadi dia tabah, tapi kita tida