Assalamualaikum w.b.t.
Teringat pesan dr Chuah, apa2 ilmu yg kita dapat di dalam kelas, paling tidak pun sampaikan kepada keluarga kita. Ya, contoh hadith semalam yang saya kongsikan.
Perbezaan.
Ada perbezaan di antara mereka yang beramal dengan ilmu dan tanpa ilmu. Sebagai seorang yg lahir sebagai Islam, kita lazim dengan mengikut tanpa mengetahui sebab musabab sesuatu perkara dilaksanakan dan dijauhi. Apabila ditanya kenapa, kita jawab, "kerana moyang kami juga berbuat begitu".
Pahala di antara tahu dan tidak tahu itu jelas. Saya sebelum ini berfikir bahawa tanpa perlu mengetahui sebab musabab sesuatu perkara itu sesuatu yg awesome kerana kita buat tanpa perlu mempersoalkannya. Tetapi, nyata dengan mengetahui lebih lanjut lagi adalah lebih baik.
Analoginya, sebelum ini, saya menerima ujian yang diberikan kepada saya kerana saya sudah tidak punya pilihan lain, meaning to say, tempuhi ujian tu tanpa berkeluh kesah. Mind set saya berkata, kita patut bersabar dan tabah atas ujian yang menimpa. Tanpa perlu banyak bertanya, "knpa aku?", "knpa mesti aku ditinggalkan?", "knpa saat ini?"
Ternyata berdiam saja tidak cukup. Heii, there's something wrong with me! Ada sesuatu yang tak terkeluar daripada qalbu saya. Sampai la satu ketika, saya terdetik untuk membeli buku Yasmin Mogahed, reclaim your heart.
Malu hendak berkata, baru menghabiskan 3 topik sebenarnya. Saya nampak jalan yang sebelum ini tersekat dek mind set sabar dan tabah saya. Mungkin, aqal kita boleh di set kan, tetapi tidak bagi qalbu. Bezanya? Dulu, kalau saya nangis, sakit. Sekarang, di mana saja, kalau tetiba rindu menyapa pada arwah, saya jadi tenang selepas nangis. (Al-Fatihah)
(sesiapapun boleh berbuat baik, tapi agama pandu kita melihat di luar skop dunia)
Ulasan
Catat Ulasan