Assalamualaikum w.b.t.
Pertamanya, mohon apologi atas mungkir kataku ingin mengepost skrip drama fairy tale, sudah acapkali tertunda.
Kini, pensyarah yang sama, tugasan kami ada dua semuanya, insyaAllah sampai hujung semester ini, iaitu drama radio dan video klip. Alhamdulillah, utk part shooting sudah menghampiri 90% mengikut perhitunganku. Kesuluruhannya, baru setengah selesai. Mungkin.
Video klip ini, lagunya atas persetujuan ramai selepas dilakukan undian, pastilah suara majoriti yang menang. Tapi, selalu saja suara majoriti itu bukannya yang terbaik, cuma juara bilangan saja. Bukan kualiti. Pendapat peribadiku saja,ya.
Ya, lagu Bonjovi yang berjudul It's my life. Aku tidak punya komen untuk lagu ini. Lirik mahupun melodi, tidak terhadam dek pendengaran dan opini. Syukur, group member punya idea untuk lakonkan video klipnya. Alhamdulillah.
Sebelumnya, kumpulan kami diberi nama LINE. Kerana tema adalah social network. LINE tidak sepopular instagram, kakao, dan lain2, begitu kami terdiri daripada kalangan yang humble..# coughing# selalu saja ada yang memintas laluan kami. Bukan calang-calang kura-kura, kelak kelinci juga tidak bisa memintas kami. Well, hero selalu menang di akhir tayangan...who knows.... haha
Terdiri daripada Pak Tam, Muazzam, Noreen, Nashrah, Affuan, Najwa dan Fatin juga aku, Laila Hijjera..
Promosi... aku sedang mempromosi. Sesiapa yang tersinggah di sini, tolong, kami perlukan sokongan dan undian kalian sebagai markah assignment kami. Aku tidak sediakan imbalan buat kalian, hanya Allah yang bisa membalasnya. Linknya, just add me at fb, Laila Hijjera, huhu aku sudah lama tidak online melalui laptop. Copy paste link amatlah leceh melalui note ini. Anyway, jangan lupa add saya d fb. Huhu
Antara foto yang ingin ku kongsikan.
Ulasan
Catat Ulasan