Langkau ke kandungan utama

Pelajaran 2014 #1

Assalamualaikum w.b.t
Saya tidak ingat kalau saya sudah khabarkan mengenai subjek yang saya ambil semester ini. Rehat sebentar daripada Mandarin,  saya kembali kepada bahasa "syurga", bahasa Arab. Alhamdulillah,  saya ditakdirkan bertemu ustaz Taha (طه). Dapat dengar tazkirah selalu.
Beberapa minggu lepas, kami ada belajar tentang balasan kebaikan dan keburukan (جزاء الحسنات و السيئات). Jadi dikesempatan ini ingin saya kongsikan 1 hadith yg berkaitan.
عن أبي العباس عبد الله بن عباس بن عبد المطلب رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم، فيما يروي عن ربه تبارك وتعالى، قال: "إن الله كتب الحسنات و السيئات، ثم بين ذلك:فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله عنده تبارك وتعالى حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها كتبها الله عشر حسنات، الى سبعمائة ضعف،إلى أضعاف كسيرة. وإن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها كتبها الله سيئة واحدة". (متفق عليه)
Dalam hadith Qudsi, Ibnu Abbas ra. Meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. daripada apa yang baginda riwayatkan dari Allah s.w.t.:"sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan keburukan kemudian menjelaskannya. Barang siapa yang berkeinginan untuk berbuat kebaikan, kemudian dia tidak melakukannya, Allah mencatat baginya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berkeinginan melakukan kebaikan, kemudian ia melakukannya, Allah mencatatkan untuknya 10 sehingga 700 kali lipat kebaikan sampai tidak terhingga. Jika dia berkeinginan untuk melakukan kejahatan, kemudian dia tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berkeinginan melakukannya, kemudian dia melakukannya, Allah mencatat baginya satu kejahatan".
(Berhenti sekejap)-penat menaip.
Isi hadith tu jelas ya. Tidak perlu pencerahan dan penjelasan panjang. Seperti yg pernah saya nyatakan sebelum ni, as a Muslim, kita patut jadi bijak. Rasa-rasa nak buat jahat, better batalkan niat, we still can get pahala! Well, saya arif kalau sudah terpasang niat jahat susah juga mahu undurkan niat. Sebab tu, selagi mampu (macam ada kapasiti ya) pasang niat baik banyak2.
Contoh?
Contoh yg bisa mengundang sengihan sampai ke telinga kalian, niat nak kahwin! Rasanya, mesti ada dalam kalangan kalian da pasang sejak baligh lagi...lol 12 tahun? Awal beii.. agak-agak umur kalian lebih tua dari saya..hehehe ke sama umur...hehehe ke lagi muda.. -_- okey, 23 tahun.. wow 11 tahun ya? Pahala tu, insyaAllah.
Another one, niat ke kelas. Ni saya pun kadang kecundang juga, gerak dari bilik niat sudah pasang cantik dalam qalbu,  lillahi taala. Peliknya, semakin dekat ke kelas semakin meliar mata cari notis di pintu kelas. Hehe kadang tu keciwa tahap guling-guling juga, rupanya notis untuk another section or another subjek. Tadi pagi baru terkena! Tak padan betul dengan usia, masih lagi teruja kalau tiada kelas, or lecturer busy...etc.
Saya ulangi lagi, as a Muslim,  kita patut jadi bijak. Pergi kelas, perbetulkan niat, contoh belajar arabic ni. Dulu, ramai juga dengar yang mengeluh pasal subjek arabic yg wajib kena abiskan 6 level untuk human science students. (Sekarang 5 level). Apakata kita pasang niat belajar ni satu, supaya lebih faham ayat al-Quran yang dibaca. Dua, tambah bahasa, boleh rujuk kitab-kitab arab (tambah ilmu). Tiga, boleh ajar anaka-anak kelak. Empat, berkhidmat untuk masyarakat... okey, agak2 tiap niat tu ada pahalanya..wow.. tak terkira ya balasannya, banding datang untuk penuhi attendance dan cemerlang exam.
Cukup sudah kan point saya, mohon undur diri dulu. Assalamualaikum. :)
(Dahulu, saya tidak perlu tahu akan disebalik semua ini-baik dapat pahala, jahat dapat dosa. Just simple like that! Tapi, ada disebalik ketahui lebih lanjut lagi, spesifik dan bukti nyata. Mungkin kerana manusia suka mencari dalil.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share