Langkau ke kandungan utama

Adil

Assalamualaikum w.b.t

Ingin berbicara mengenai adil. Analoginya, tidak seorang pun memakai dua topi. Sekaya apa pun dia. Mungkin material berbeza, tetapi tetap juga, ia bukanlah titik persoalan. Senang cerita, cantik apa pun, semahal apa pun sesuatu dress tu kalau tidak tutup aurat pun ndak guna.

Bukan apa yang kita ada, tapi bagaimana kita manfaatkan sesuatu yang ada digenggaman kita.

Adil.

Lihatlah, pakaian akhir kita pun sama, kain kafan. Tiada pula ditetapkan gred mana. Tiada yang pergi bersama kain sutera berwarna emas. Tiada. Kita lahir pun, semua sama. Tanpa seurat benang. Tiada yang lahir lengkap berpakaian hatta anak raja.

Adil.

Apabila memiliki amanah, apabila tiada syukur. Tiada satu falsafah pun dapat menjelaskan bahawa 'harta' penentu bahagia. Tiada.

Jangan sesekali mencemburui kehidupan orang lain. Adakalanya ia mengundang kepada cemburu kepada pemilik, bukan apa yang mereka ada. Masing-masing punya cerita hidup sendiri. Boleh jadi dia tabah, tapi kita tidak. Sebab itu jangan cemburu, bole jadi kalau kita ditempat mereka, kita gagal.

Apabila kita diberi peluang memiliki sesuatu, jangan lupa sematkan, ia punya pemilik asal. Kita cuma pinjam sementara. Selagi ia berada digenggamam kita, hargai dan pegang amanah itu.

Sedikit pengajaran, redha terlafaz dibibir saya petang itu di tepi jasad ayah kerana saya amat bersyukur kerana Allah berikan saya peluang berbintikan ayah. Diberi peluang untuk disayangi dan menyayangi.  Mempersoalkan tentang adil tidak sesekali, Allah perancang terbaik.

Al-fatihah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share