Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Kehilangan Seppang

Assalamu'alaikum dan selamat malam. Beberapa hari yang lepas, salah seekor kucing kami mati. Namanya Seppang. Dia itu membesar di depan mataku, dari dia lahir sampai mati,aku ada menyaksikan. Seppang kucing yang baik, pintar, friendly dan bersifat positif. Dari dia kecil sudah jelas kepintarannya dan peribadi yang cepat menarik perhatian orang. Bahkan bulunya saja sudah memberi impresi bagus. Menginjak usia remaja, dia lanjut dengan penuh tertib. Kiranya dia merupakan kebanggaan dalam keluarga kami. Aku kira dia memang antara yang popular dalam kalangan ahli. Setelah kakak-kakaknya melahirkan dialah sosok yang rajin mendukung anak-anak kecil itu. Pernah suatu ketika, saat keluarga kami mula-mula menerima ahli yang ramai, kami belum matang lagi dalam hal penjagaan. Maka, kami bawa sejumlah 9 ekor anak kucing ke rumah lama (jaraknya dari rumah kami kini tidak sampai 1 minit kalau kau berlari kencang) dengan harapan mereka dapat didisiplinkan di situ. Waktu itulah, Seppang menjadi

Ujian

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu lepas aku ada QTI. Lulusnya cuma di laluan, dalam litar kena ulang. Maka, di sini aku mengulang hari ini. Alhamdulillah, lulus juga akhirnya. Balik saja dari pra ujian hari tu, kerja ku meng'google' saja. Mencari-cari cerita insan yang serupa macam aku. Kiranya mengubat hati yang kecewa. Hahaha. Sekarang ni aku pun ndak pasti mau tulis ka ndak pengalaman tu. Ndak payahlah ya, ni pun lulus ni hari sebab bernasib baik ditambah pula pemeriksa yang tidak banyak songeh. Apa yang aku boleh cakap, ada banyak sebab yang boleh menyebabkan kita fail, mungkin faktor external atau mungkin datangnya dari diri kita sendiri, internal. Don't lose hope. Semuanya reflek sama diri kita sendiri juga. Macam mana penerimaan kita, apa respon kita, dan tindakan selanjutnya yang kita ambil. Kadang-kadang kita sudah siap sedia, tapi ada saja rintangan atau mungkin juga kita rasa belum cukup sedia, tetapi keputusan yang kita dapat boleh jadi di luar expectat

Peran

Selamat petang Untuk sekian kalinya entry sorotan pembacaan ditangguh lagi. Seperti biasa, aku singgah untuk menyapa. Berkongsi rasa yang hangatnya adalah dingin. Ada beberapa episod aku memilih untuk bersembunyi. Aku fikir kita lupa. Rumit konklusinya, aku ada dalam isolasi tetapi tetap menyandang watak. Bukan major pastinya. Memilih untuk hidup dalam diam tidak sepi seperti yang disangka. Kerna kita ahli dalam masyarakat, yang tidak mungkin melepaskan satu nyawa pergi tanpa secalit coretan. Bagusnya mahupun buruknya kita. Mulanya aku fikir kerna takutnya aku pada keburukanku. Nyatanya sebagus apa pun orang pandang pada kita kalau kita sendiri tahu betapa buruknya diri sendiri. Kerna aku percaya setiap diri adalah watak utama bagi hidupnya. Ada watak sampingan yang kita tanda posisinya. Semahu kita letak dimana pentingnya dia dalam hidup kita. Dan kita bisa mengawal baik dan buruknya diri kita. Kerna watak utama matlamat utamanya menemui jalan kebaikan maka kita berusaha menghap

Sebesar apa impianmu?

Selamat malam. Sebetulnya aku sudah menulis berkenaan sambungan Indonesia Timur Tempo Doeloe tetapi perlu menambah beberapa ayat lagi. Jadi aku tangguh dulu untuk dikongsi di sini. Jadi aku singgah sebentar untuk menyapa satu dua kata kepada kalian. Hari ini adalah hari yang panjang. Pelbagai rasa dalam satu hari. Aku pun ndak pasti apa rasa diakhirnya. Ah, syukurlah yang paling tepat. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Apabila dibelek, ditelek, diteliti jalan hidup selepas tamat belajar, pastilah aku dikira tidak 'berjaya' kalau hendak dibanding dengan rakan seperjuangan yang sudah punya income tetap. Tapi kalau hendak dibanding secara umum, aku dikira beruntung kerana masih mampu untuk terus melakar impian sedangkan di luar sana masih ada yang tidak punya banyak pilihan. Kadang-kadang orang di sekeliling kelihatan terlalu risau sepertinya kita sudah tidak punya harapan, tetapi hakikatnya kita masih punya seribu macam harapan yang dirancang. Kerna hati tidak terbaca oleh or

Melangkah untuk kembali

Assalamu'alaikum dan selamat malam. Tadi siang seorang rakan meminta untuk dicarikan kerja. Dia tinggal di semenanjung. Dan dia bertanya kalau ada kekosongan yang aku maklumi di sini. Estate pun boleh. Guna sijil spm pun boleh. Dan aku pun punya hasrat serupa. Alasannya mudah, kerna kami betul-betul hendak kerja. Hendak tanggung beban. Hendak menimba pengalaman. Hendak menjadi diri sendiri. Walaupun mungkin suatu hari nanti apabila kami berada di tempat yang lebih tinggi, boleh jadi kami lupa momen ini. Analoginya, sudah dua hari aku berusaha menembusi puncak bukit tertinggi yang ada di kampungku. Dua hari juga aku gagal. Sebenarnya aku sudah jumpa salah satu laluannya tetapi untuk melanjutkan pendakian, ia tidak mampu menempatkanku walau selangkah. Maka aku gelongsor ke bawah. Sakit? Pastilah sudah tinggi aku injaki. Jatuh pula dihempap lagi batu-batu. Ke bawah, menyelusuri jalan-jalan yang mula2 tadi aku lalui. Ada bekas yang kelihatan ada yang samar-samar. Mana yang jelas

The road navigation does not know but people

Assalamu'alaikum & selamat malam Baru-baru ini aku memutuskan untuk memilih jalan yang tiada di navigasi. Tetap juga aku belum menemui jawapan 'how should i live' walaupun aku selalu mengharapkan live like Laila Hijjera. Kontra yang perdana melalui jalan ini adalah menapis pandangan orang. Kalau di highway, masing-masing fokus ke arah destinasi tetapi tidak di jalan kecil ini. Hampir saja aku memilih untuk bersembunyi lagi tetapi begitulah hidup. Kita melihat dan dilihat. Boleh jadi kita menjadi topik bicara orang, figura kita dirakam oleh lensa mata mereka, dan kita merupakan huruf-huruf di diari hidupnya. Kerna kita juga bertindak sebegitu. Berbicara, merakam dan menulis. Aku pun sedang berfikir bagaimana untuk tidak terlalu negatif dengan hal itu. Ya, jalan ini bakal aku lalui banyak kali. Dan aku bakal dibicara, dirakam dan ditulis untuk sekian kalinya. Sampai habis calar semua hatiku kerna sakit. Tetapi aku juga bakal membicara, merakam dan menulis perihal oran

Nota: ketika hujan

Assalamu'alaikum dan selamat malam. (Tarik nafas panjang-panjang) Aku graduan uia major komunikasi, pengkhususan dalam organizational comm. Kalau orang kampung tanya apa bidang kerjaku nanti, aku pun nda tau mau jawab apa sebab bila aku da bagi jawapan tertentu maka aku bertanggungjawab di atas jawapanku tersebut. Jadi aku jawab tengoklah nanti mana-mana sandar. 😂 Sebenarnya aku tiada niat mau pandang rendah sama 'tahap kefahaman' orang kampungku, tapi mereka cuma kenal jawatan seperti 'cikgu', 'nurse', 'doktor', 'peguam', 'pegawai bank', atau paling umum, 'kerja kerajaan'. I mean, aku ni (sains kemanusiaan) mana masuk dalam senarai yang di atas, mau canang apa sama mereka... maka, jawapan paling humble sekali, "mana-mana sandar". Bukan pula kampungku ni terdiri daripada jawatan tersebut tetapi semua yang berjaya dalam kalangan berikut. Dan aku rasa mereka salah faham, meski aku boleh dikira antara yang berjaya

Sorotan pembacaan: Indonesia Timur Tempo Doeloe

Assalamu'alaikum dan selamat malam. Pertamanya, sekiranya kunjungan kalian bertujuan akademik, dengan sungguh-sungguh aku mohon apologi kerna pemilihan tajuk yang memancing dan penulisan isi yang tidak selari. Kalian bisa lanjutkan pencarian kalian di laman lainnya. Aku pun sedang menimbang keinginan untuk menulis lebih serius dan berinformasi di masa hadapan tetapi masih tercari-cari 'tema/genre' yang sesuai dengan kemampuanku. Buku ini judulnya Indonesia Timur Tempo Doeloe 1544-1992 hasil susunan George Miller, dan diterbitkan oleh Komunitas Bambu. Ada banyak Bab, berdasarkan jangka waktu dan aku kini di helaian terakhir bab 2, Para Misionaris dan Pelaut iaitu sekitar abad ke-17. Aku memutuskan untuk berkongsi beberapa point yang agak menarik perhatianku sebelum naskah ini kuhabisi. Jadi, mungkin akan menyusul bahagian kedua dan seterusnya bersesuaian dengan kemampuanku. Narasi David Woodard, 'Uniknya kehidupan di Pantai Barat Sulawesi' mencuri perhatianku bu