Assalamu'alaikum dan selamat malam.
(Tarik nafas panjang-panjang)
Aku graduan uia major komunikasi, pengkhususan dalam organizational comm. Kalau orang kampung tanya apa bidang kerjaku nanti, aku pun nda tau mau jawab apa sebab bila aku da bagi jawapan tertentu maka aku bertanggungjawab di atas jawapanku tersebut. Jadi aku jawab tengoklah nanti mana-mana sandar. 😂
Sebenarnya aku tiada niat mau pandang rendah sama 'tahap kefahaman' orang kampungku, tapi mereka cuma kenal jawatan seperti 'cikgu', 'nurse', 'doktor', 'peguam', 'pegawai bank', atau paling umum, 'kerja kerajaan'. I mean, aku ni (sains kemanusiaan) mana masuk dalam senarai yang di atas, mau canang apa sama mereka... maka,
jawapan paling humble sekali, "mana-mana sandar".
Bukan pula kampungku ni terdiri daripada jawatan tersebut tetapi semua yang berjaya dalam kalangan berikut. Dan aku rasa mereka salah faham, meski aku boleh dikira antara yang berjaya dalam kalangan seumuran ku, tetapi generasiku adalah generasi yang bisa masuk universiti dalam jumlah yg ramai tetapi keluarnya tidak menjanjikan tempat selayaknya/seadanya/secukupnya untuk berbakti.
Pengangguran bukanlah satu isu baru. Ia berlaku sejak dahulu lagi. Isu berlangsung, ongoing. Dan aku tidak pernah menyangka kalau aku termasuk dalam golongan tersebut. Penganggur bertauliah. Yang dahsyatnya, aku penerima biasiswa genap 4 tahun.
Aku? Ya, masalahnya terletak pada aku. Entahlah. Selepas tamat belajar, aku rasa mahu rehat sehingga aku konvo (habis belajar bulan 6, konvo bulan11). Selepas konvo aku rasa alang-alang sampai masuk tahun baru. Bila masuk tahun baru, sampai sekarang aku masih berfoya-foya dengan kucing yang sudah 3 generasi di rumahku, dengan buku-buku yang jumlahnya tidak sampai dua ratus tapi belum habis ku baca, dengan kamera yang lensanya selalu aku keluhkan dan semangat hendak kurus yang tumbuh segan mati tak mau (peribahasa yang aku hantam-hantam).
Aku tak tau tentang orang lain, tapi aku tahu benar tentang diriku. Takut ditolak. Rejected. Failed. Disapproved. Dan aku fikir aku berada di zon selesa. Adventure? Thanks, but no thanks.
Walaubagaimanapun,
Hatiku tersentak tatkala melihat anak yang usianya tidak sampai belasan tahun, berhujan-hujan mencari rezeki. Padahal yang pertama muncul di mindaku tatkala melihat sosoknya, hujan =demam. Tidak cukup satu jam dua jam, sampai malam kunjung tiba dia tetap berdiri di tepi jalan raya, menadah tangan.
Analoginya, dia di usia kanak-kanak, tiada sekolah, taraf kewarganegaraan pelarian... aku rasa aku begitu bongkak. Mungkin kita lihat dia peminta-minta, tetapi jauh di sudut hatinya, 'kalau aku punya dewasa, punya sekolah dan punya nasionaliti, mungkin nasibku tidak sebegini'.
Dan di satu sudut, itu aku berdiri, tidak tahu ke mana hendak dituju.
Maaf.
Maaf.
Maaf.
Maaf.
Kerna dalam status penganggur ini, aku selalu berazam agar suatu hari nanti dapat membantu.
Besoknya, aku bermain dengan kucing-kucingku, buku-bukuku dan kameraku. Ah, aku kan sudah dewasa, graduan dan warganegara (sarcasm).
Bilang 'mana-mana sandar?'
Ulasan
Catat Ulasan