Langkau ke kandungan utama

Melangkah untuk kembali

Assalamu'alaikum dan selamat malam.

Tadi siang seorang rakan meminta untuk dicarikan kerja. Dia tinggal di semenanjung. Dan dia bertanya kalau ada kekosongan yang aku maklumi di sini. Estate pun boleh. Guna sijil spm pun boleh.

Dan aku pun punya hasrat serupa.

Alasannya mudah, kerna kami betul-betul hendak kerja. Hendak tanggung beban. Hendak menimba pengalaman. Hendak menjadi diri sendiri.

Walaupun mungkin suatu hari nanti apabila kami berada di tempat yang lebih tinggi, boleh jadi kami lupa momen ini.

Analoginya, sudah dua hari aku berusaha menembusi puncak bukit tertinggi yang ada di kampungku. Dua hari juga aku gagal. Sebenarnya aku sudah jumpa salah satu laluannya tetapi untuk melanjutkan pendakian, ia tidak mampu menempatkanku walau selangkah. Maka aku gelongsor ke bawah. Sakit? Pastilah sudah tinggi aku injaki. Jatuh pula dihempap lagi batu-batu.

Ke bawah, menyelusuri jalan-jalan yang mula2 tadi aku lalui. Ada bekas yang kelihatan ada yang samar-samar. Mana yang jelas aku lanjutkan, yang samar-samar pun aku lanjutkan juga tanpa perlu bertanya-tanya apa benar ini jalannya tadi atau bukan.

Aku mulai lagi dari kaki bukit memulai dakian baru. Gagal lagi. Turun lagi. Cari lagi laluan baru. Gagal lagi. Sampai waktunya aku harus pulang aku pulang. Hari kedua, aku mulai lagi langkah baru. Gagal lagi. Oleh kerna aku mulai lambat dari jam kelmarin, maka bila sampai jam untuk pulang, aku pulang saja. Tanpa perlu berkira-kira seperti hari semalam. Kenapa perlu dilanjutkan masanya, besokkan ada lagi.

Mulanya aku rasa penat. Mahu pengsan. Hampir-hampir putus-asa. Mana lagi kena batu-batu. Malah ada ketikanya aku harus buka kasut sukanku. Berkaki ayam dan menggelongsor ke kaki bukit. Pakaianku dipenuhi debu.

Apa yang aku pelajari dari dua hari ini, apabila sudah berada di tempat tinggi dan harus memulai lagi dari bawah kerna jalan yang mulanya tadi kenampakan rupanya buntu, maka sakit dan takut itu adalah pasti. Realiti. Kadang pandang balik-balik jalan buntu, ah, betapa cantiknya pemandangan di situ tadi. Tinggal sedikit lagi dakian maka aku bisa sampai ke puncak. Tapi untuk sampai ke atas, perlu memulai jalan baru. Menyesal kerna seharusnya mencari laluan baru yg lain sedari awal? Tidaklah. Apa yang hendak dikesalkan? Aku tidak tertinggal apa-apa di puncak setengah itu tadi. Aku malah makin tambah tahu dan pengalaman.

Puncak di bukit itu pasti ada. Jalannya juga tidak satu. Boleh jadi sebenarnya jalan buntu tadi adalah jalannya. Boleh jadi juga jalan-jalan yang aku gagal lepasi tadi. Kerna memandang saja cukup indah maka aku berimpian indah untuk ke puncaknya. Di mana, bila dan dengan cara apa aku bakal sampai, itu masih tanda tanya. Kerna puncak itu bukan sekadar tentang masa depan, ianya seluruh masa yang kita punya. (Perenggan akhir yang perlu diperhati betul-betul).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share