Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Something to listen to (my current lists)

Assalamualaikum dan selamat malam. Ingatkah satu ketika dahulu, ketika idea menulis dan semangatnya tidak bersatu, aku selalu mencari ruang baru agar tetap terus menulis. Sampai sekarang aku masih belum move on bahawa Yonder Music dibawah seliaan Celcom sudah lama ditamatkan khidmatnya. Aku tanpa paksaan terpanggil untuk berkongsi kecenderunganku terhadap aplikasi itu dahulu . Serius, sesuatu kesempatan yang terbiar... Semoga aplikasi itu bisa dimajukan semula. Aku pasti akan menjadi pengguna setia ya.. Sungguh! Semenjak Yonder Music sudah tiada, aku cuma bergantung kepada aplikasi YouTube sebagai media halwa telinga. Berikut adalah senarai terbaruku bagi bulan Julai 2020. Untuk senarai lagu sebelum tahun 2020, mungkin boleh rujuk entri terdahulu. Cubalah luangkan masa, mungkin ada beberapa lagu yang memikat hati dan pendengaran kalian. 1) Yoon Jiyoung - Shame Aku agak pemilih bila terkait penyanyi perempuan. Tapi Jiyoung ni, aku rasa suara dan tune lagu ini seiring menyeba

Find Me In Your Memory | Temukan Aku Dalam Memorimu

Assalamualaikum dan Selamat Malam Entah keberapa kali sudah kukatakan bahawa aku akan sentiasa menulis, memperbanyak perkongsian, tetapi selalu saja berakhir dengan mengejar dunia kerja yang tiada kesudahan. Apabila melihat penulisan yang sebelum ini, aku merasakan aku yang sekarang ini terlalu kosong. Buat sekian kalinya juga, aku mohon apologi sangat-sangat kepada mereka yang belum sempat aku balas komennya. Saat aku membaca komen yang ditinggalkan, yang selalunya berisi persoalan, aku bertanya kepada diri sendiri "apa mungkin detik ini masih diperlukan jawapanku...seberapa jauh aku ketinggalan kepada rentak blog ini? atau akukah yang terlalu cepat berlalu? Baru-baru ini, aku menerima notifikasi di laman muka buku iaitu namaku disebut dan beberapa rakan yang lain oleh rakan seperjuangan perihal beberapa episod semasa zaman belajar dulu, di UIA. Aku tercengang, kerana memori itu sudah pudar dari ingatanku. Aku ketawa sendiri bila mengenangnya kembali. Tapi kendur senyum

Umpama Meriwayat Hadith

Assalamualaikum dan selamat petang Agak lama tidak berbicara di sini. Sesunguhnya banyak hal yang ingin aku suarakan langsung saja ditelan masa. Maka, tinggallah blog ini, sendu. Tajuk agak lewah dan itulah prinsip yang aku pegang. Semasa berada di semester akhir, ada satu subjek alternatif (bagi specialized Organizational Communication ) yang tidak ditawarkan. Atas budi bicara Head of Department kami ketika itu, solusinya aku diminta untuk mengambil satu subjek dari specialized Journalism yang sama level sebagai ganti.  To be honest , aku suka kerja-kerja menulis (sebagai bukti kewujudan blog ini). Walaubagaimanapun, niat itu aku pendam apabila aku pada awal penglibatan di dunia undergraduate , memegang prinsip tidak mengagungkan English (okey, aku terima saja apa-apa tohmahan kalian dengan hati terbuka). Semuanya berakhir apabila aku sudah mula jatuh hati dengan UIAM maka belajar sikit-sikit English boleh la, asal tidak terlibat sangat mendalam seperti memilih Kew

kesempatan yang ada

Assalamualaikum dan selamat malam. Mari kita lanjutkan bicara kita sebelum ini berkenaan mask muka.  Satu hal yang aku sangat suka mengambil iktibar daripada rutin ini adalah, mengambil peluang yang diberi dengan kadarnya.  Disetiap paket mask akan tertulis detik pemakaian yang disyorkan, lazimnya antara 15 ke 20 minit. Mungkin ada yang berfikiran, 'pakai lama lagi kan bagus...' Lagi pula selepas kadar masa tersebut, mask masih dengan permukaan yang lembab. Yok lanjutkan saja sampai ke pagi biar lebih lekat moistnya..  Tapi, jangan salah tanggapan..sangat perlu ikuti saranan yang tertera kerana selepas waktu yang diberi, segala yang diserap daripada mask tadi akan tersedut kembali ke mask apabila kita biarkan saja di permukaan wajah.  Kata mudahnya, take it while you can.. When it is over, leave.  Begitulah resam hidup... Pada tiap peluang yang ditawarkan pasti ada limitnya.. Pada manusia dengan kebebasannya tapi akhirnya  tidak lari dalam perhitungan. Setiap yang dilakukan aka

mencari sedikit masa untuk bahagia

Assalamualaikum dan selamat tengah malam Bermula awal bulan lepas, aku mencuba untuk konsisten memakai mask pada waktu malam.  Pada mulanya aku hanyalah terpanggil untuk mencuba-mencuba dan akhirnya menjadikan ia sebagai rutin harian. Aku tiada alasan kukuh untuk berperilaku sedemikian tetapi satu hal pasti, dalam tempoh seharian sibuk dengan hal-hal kerja dan hal hidup yang lain, masih ada sedikit ruang antara 15-20 minit untuk aku luangkan sebagai "me time".  Berbanding dengan komperatif fizikal yang aku alami, aku lebih tertarik kepada sensasi pemakaian mask, waktu yang benar-benar diperuntukkan untuk memanjakan dan memberi aura positif ke dalam diri. Sesuailah dengan kesinambungan menutupi hari dengan jiwa yang ingin berehat daripada perihal dunia. Aku sedar bahawa untuk seseorang mencapai tahap satisfaksi itu bukanlah mudah. Tidak semua lahir dengan serba-serbi. Aku tergolong dalam kelompok yang punya infinit kemahuan tetapi amat terbatas kemampuan.  Cukuplah dengan keni

Memilih

Assalamualaikum dan selamat malam Masi berbicara mengenai minimalis. Ak baru sahaja menerima paket daripada Garden of Eden, serum untuk scar. Mudah-mudahan ianya mujarab untuk mengurangkan kesan parut pembedahan mak. Sekali lgi menerima pesanan dalam kotak, dan free gift sampel milk cleanser. Aku mengguna semula kotak tersebut dan ketika sedang menyusun barang-barang seharian kegunaan di kotak tersebut, aku terfikir, nampaknya bertambah lagi barangan dalam lists ku. Aku sedaya upaya hendak mengehadkan pemilikan agar nantinya tidak terlalu banyak attachment. Aku masih dalam proses organize barang-barang... Ada yang perlu aku buang secara perlahan-lahan. Too much attachment akan membuatkan penyerapan tenaga yang semakin banyak. Banyak yang mahu dikisahkan. Apabila kita membawa apa yang kita perlu sahaja, destinasi yang hendak dituju itu akan semakin jelas. InshaAllah. Kerana hati tidak terpaut pada satu-satu perkara yang bercabang-cabang. Bersimpang siur. 

menuju hidup minimal

Assalamualaikum dan selamat malam Selepas melewati beberapa episod tenggelam dalam dunia materialis, aku segera kembali ke pangkal matlamat yang kuhasratkan bermula pada tahun ini iaitu meraih status sebagai seorang minimalis.  Apabila aku mengemas bilik dan melihat bilangan pemilikanku yang kadang berkurang dan pandai pula bertambah, aku menjadi kaget menyedari bahawa nafsu seorang manusia benar-benar tiada sempadan. Aku tidak tahu kalau ini berkaitan, tapi Garden of Eden sedikit sebanyak membawa aku ke arah minimalis.  Aku mengenal produk ini pada tahun 2015, dan kembali menjadi pengguna yang aktif pada tahun lalu. Apabila aku mula sedar bahawa biar menjaga yang asas daripada perlu berlebih-lebih dalam aspek berhias.  Walaupun aku tidaklah dalam kategori yang bisa memberi pandangan mengenai satu-satu produk, tetapi membandingkan kondisi kulitku yang dahulu dengan yang sekarang, ternyata ada jugalah perubahannya dan aku percaya sekali kalau produk Garden of Eden itu adalah salah satu