Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Terima Kasih

Assalamualaikum dan selamat petang.  *sebelum memulakan entri, mohon apologi seandainya penggunaan kata 'aku' kelihatan kurang elok kerana aku dibesarkan dengan pembawaan kata ganti diri pertama begitu. Kerana aku tidak mahu canggung di halaman sendiri.* 2) Menyambut hari lahir dan kek Menyambut hari ulang tahun kelahiran bukanlah kebiasaanku. Tetapi julung kalinya aku meminta untuk dibelikan. Selepas jemu menyuruh atau mungkin juga agak memaksa Jobert, aku pun memasuki fasa pendam sendiri. Tatkala itulah Jobert memberi kejutan dengan sebuah kek berperisa Red Velvet.  Aku tidak tahu cara untuk mengekspresi emosi dihadapan orang lain. Perasaan menghargai, terlalu asing kerana we tend to think, that's the way thing should works. Itulah perjalanannya. Sebaliknya, ekspresi marah dan kecewa seringkali terpampang kerana merasakan bahawa ia sesuatu yang negatif untuk kita lalui. Apatah lagi apabila ia berpunca daripada orang lain. Menyingkap peristiwa selepas impian te

Meraikan angka 28

Assalamualaikum dan selamat malam Menulis merupakan agenda penutup hari, setiap pagi kuniatkan sebegitu. Tetapi selalu dicemburui dengan tugasan, membawa balik kerja adalah perkara yang ingin sekali saya singkirkan dalam senarai harian. Selepas melewati ulang tahun kelahiran bulan lalu, tidak banyak kelainan. 1) Kucing yang imut Sekarang saya tinggal sebilik dengan seekor meow yang kecik. Betina, umur tidak dapat dikira... mungkin belum matang 5 bulan. Namanya, Kecik. Kerana bila kami jalan berpapasan, saya perlu melihat kebawah- sebawah-bawahnya khuatir terpijak badannya yang kecil itu. Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan mengenai si Kecik. Bermula dengan hari dia pertama kali duduk menyelimuti diri di hujung pagar rumah dengan bulunya yang serba kembang dan serabut. Kata Chong, seperti ulat bulu. Ia bukanlah muqaddimah yang seindah begitu, ketika dia saya temukan hanya hasrat di hati untuk menjaga makan dan minum. Usai diberi keperluan saya pun menyimpanny

Ucapan

Assalamualaikum dan selamat malam Terlahir dalam keluarga yang super simple, adakalanya kami tidak merajai perkataan seperti bertemakan kasih-sayang dan romantis.  Tetapi, selepas kejadian mak sakit, muncul dalam benak, ada kata yang tersekat sebelum ini lebih baik diluahkan.  "Mak, mu isseng mo kadek pak u sayang ki? " Translasi: "Do you ever know how much I love you, mom?" Acapkali. Berulangkali. Pada waktu yang terlalu sibuk, orang yang selalu kita sakiti adalah orang-orang yang dekat dengan kita.  Dengan harapan, mereka akan memahami dan menerima ups & downs kita.  I am super tamak. Apabila rasa sedar itu datang, maka bersegera menerangkan.  Komunikasi. Berusaha menjadi manusia super adil. Kepada diri dan kepada mak. 

Please Look After Mom

Assalamualaikum dan Selamat malam Saya telah mengubah tema blog kepada design yang disediakan oleh pihak Blogger, tidak sampai seminit, blog bertukar wajah.   Wah, sungguh tidak cantik!  Kalau ada yang pernah berkunjung ke mari, pastilah yang sebelum ini design tema berdasarkan buah akal saya sendiri, lama juga edit-edit supaya mengikut cita rasa yang diingini. Tetapi semuanya lenyap dalam angka yang kecil. Terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan usaha saya yang berhari-hari itu. Tujuan saya menukarnya, saya tertekan sebenarnya... tiada guna hendak menangis.  ****** Sempena meraikan blog yang super down to earth ini, saya bakal makin rajin menulis. Ya la, blog sudah biasa, malah jarang lagi diisi dengan bahasa, apalagi hendak dipersembah?  Please Look After Mom Itulah kata yang paling kerap saya dengar pada tahun ini. Kata yang selalu membawa ingatan kepada yang telah pergi, bapa dan adik. Setiap kali kata tersebut dilontarkan, saya seolah mendongak ke atas (say

Sendiri

Assalamualaikum dan selamat malam. Aku baru tengok video berjudul "Kodokushi" di chanel ML Studio. Selama ni, aku selalu laa.. menyapa diri, "alahai sunyinya hidup" hahahaha ... kadang tu sampai tahap nak nangis. Terus throwback kenangan zaman kuliah.. yang kononnya terlalu sibuk sampai tak sempat nak fikir, "eh sunyinya". Kadang kena curi masa hendak menyendiri. Paling rindu dengan Cua. Hahahhahahahahahahaha. Balik-balik sebut Cua. Ye la Cua je yang mampu tahan dengar kisah aku yang merapu pasal buku, pasal negara, pasal ideologi... hahahahaha selepas bapa aku la. Kalau dengan mak, aku baru buka mukadimah jak, dia dah menguap. Tak bole nak paksa. Tinggallah Laila dan sendu. Sedih benar bunyinya. Selepas Cua, aku jumpa Oyen, tapi Oyen sudah tiada. Aduh sedih. Tahap depresi da tapi aku tahu kondisi aku macam mana, so... chill selagi mampu. Kadang tertanya juga, kenapa semua yang aku sayang-sayang ni ada yang pergi selamanya, ada yang tinggal jauh... l

Oyen

Assalamualaikum dan selamat malam Aku baru sahaja kehilangan Oyen. Sebenarnya, aku belum puas menangis. Ada masanya, kalau ingat Oyen aku menangis. Attachment. Terus-terang, sewaktu dua nenek ku meninggal, aku tidak berada di posisi seperti sekarang. Sedih, iya sedih. Rindu, iya rindu. Tapi kemudian terpujuk dengan lantunan al-Fatihah. Aku malah mengkategorikan kehilangan Oyen termasuk senarai 3 kehilangan yg paling menyedihkan. Depresi. Banyak hal yang aku ingin kongsikan, hanya kerana seekor kucing, Oyen. Sepertimana isi nukilan di blog ini, yang adakalanya aku berkisahkan arwah adik dan bapa, aku bakal bercerita tentang Oyen. Syukur pertama aku ke Malua, kerana dapat bertemu Oyen. Dari lahir aku sambut sampai ke hujung nyawa aku hantar dia. Cinta yang buat aku bangga, bukti kalau aku bukan sekadar melepas batuk di tangga menyayangi makhluk Allah yg satu itu. Di hati yang cuba menyelami erti ikhlas memberi dan menyayangi. Bunyi macam melebih-lebih, tapi begitulah yang terpa

To be Happy

Assalamualaikum dan selamat malam Pernah tak... ketika tidur kamu bermimpi terperangkap dalam ruangan kosong dan tidak ketemu jalan keluar? Kadang-kadang, kamu menangis-nangis minta dibukakan pintu. Bila kamu terbangkit dari mimpi ngeri tersebut, kamu pun menarik nafas lega kerana ia hanyalah mainan tidur. Tapi.... realitinya... Hidup ini lagi ngeri. Kamu terperangkap dalam dunia sendiri. Merasa gelisah pada rasa yang tak dimengerti. Merasa kecewa pada perkara yang bukan hak. Merasa tewas pada kehendak melewah-lewah. Di mana hendak lari sembunyi? Ke mana harus mencari arah keluar? Berharap semoga besok lena tidak dibangkit kerana hendak berehat dari sakit yang menyiksa. Memerangkap diri. Memenjara rasa dan jiwa.

Minimal

Assalamualaikum dan selamat malam Lanjutan topik sebelum ini, aku ingin berbicara mengenai minimalism. Melalui hari-hari baru, aku perasan kalau sebenarnya yang sebelum ini aku kejarkan adalah suatu yang sia-sia. Kenapa perlu menghabiskan tenaga kepada sesuatu yang sebenarnya tidak berkesinambungan dengan hidupku hari ini. Nyatalah tidak semua tetapi ada hal yang seharusnya aku biarkan dan tinggalkan. Bukan juga hidup dalam penyesalan. Aku merasakan belum terlewat untuk mengubah cara hidup kerana masa yang masih diberi peluang masi terbuka. Dalam hidup, tidak kira seberapa banyak yang kita terima kalau tidak tahu menghargai, tidak ada makna. Bukan pula bermaksud hidup seadanya tapi cuba untuk mencapai tahap bahagia tanpa perlu mengumpul semua dalam genggaman. Seperti genggaman yang kita punya, apa yang mahu kita gapai dengan tangan ini... too much will make you in despair. Tidak semua adalah milik kita. Ada yang harus disimpan supaya yang benar-benar hak terima. Tapi kalau meman

Quality

Assalamualaikum dan selamat malam. Baru semalam aku menulis tentang "buang", tadi siang aku menonton di youtube, video penanaman dan penjagaan anggur di Jepun. Secara jujur, memegang prinsip humanism dan menghargai kurniaan Tuhan, aku kurang bersetuju dengan idea membuang cambahan buah yang lain dan mengekalkan kiraan 30 biji anggur per tangkai demi kualiti kemanisan buah tersebut. Kualiti vs kuantiti. Dan setiap butir biji yang dieliminate itu, bakal menjamu perut bagi yang tidak berkemampuan konsum 30 biji anggur tadi. Nilai 30 anggur tadi bole jadi kos sara hidup seminggu atau mungkin sebulan per individu atau bole jadi untuk makan sekeluarga. Di sudut lain, aku tahu benar kalau masyarakat Jepun itu memang aslinya kerja mengikut art, passion, etika. Jadi mau bilang apalagi... Oh, bukan mahu membahas budi kerja orang, sebaliknya... satu lintasan di fikiran menyapa saat aku melihat video tersebut. Analogi baru pula muncul. Situasi ini samalah seperti "kenanglah m

Buang

Assalamualaikum dan selamat malam Aku selalu merasakan begini, ada masanya langsung membuang sesuatu yang sebelumnya tidak sanggup untuk aku buang. ? Timing. Pernahkah kalian melalui detik ketika sedang mengemas, proses untuk memilih yang mana selayaknya disimpan dan yang mana seharusnya diketepikan. Aku seorang yang sangat susah untuk membuang barang-barang kepunyaanku. I keep telling myself, 'ah, nanti waktu lain mengemas, aku akan buang barang tersebut'. Tapi, waktu lain itu tidak kunjung tiba. Ada waktunya, kamu pandang barang tersebut, dan dengan berlapang dada, membuangnya. Merelakan. Waktu itu datang dengan sendirinya. Walaupun hari besok, mungkin ingatan tentangnya tidak akan padam, adakalanya ia lenyap dengan sendiri. Pergi seperti tidak pernah wujud. Sedikit sentimental. Melankolik. Realiti hidup, tidak semua perkara harus digalas dibahu. Ada memori yang harus dibawa, ada yang selalu dikenang, ada yang terlupakan. Maka, hargai waktu sekarang. Apa pun yang

Pay as much as you want

Assalamualaikum dan selamat malam Setiap hal yang berlaku ada timbal baliknya. Setiap yang kita minta dan terima bukan secara percuma. Agak sulit. Hidup adalah percuma. Pilihan adalah kita. Tapi di akhirnya setiap nyawa terikat dengan bayaran. Tiada yang berlaku begitu saja. Ada punca dan sebabnya. Hikmahnya. Aku datang ke sini dengan satu tujuan. Menjadi penulis. Pengkarya cerita. Menyusun hidupnya orang dalam bentuk kata. Tapi ternyata aku terperangkap dalam dunia yang aku cipta sendiri. Sukar membedakan. Identiti dan omongan. Persepsiku campur-campur. Ketika berlegar-legar di koridor kuliah, aku berfikir kalau teori-teori yang ku pelajari di ruang kelas itu "khurafat". Hasilnya, semua perkataan aku sumbat semoga lulus dan bisa genggam segulung ijazah. Setelah lewat kuliah, berada dalam masyarakat, satu persatu teori muncul di benak. Bukan semua sistem pendidikan kosong. Cuma dunia sekarang menuntut kita menjadi orang lain. Dunia sudah keliru. Hak tiada tempat. Yang

Love

Kepada mereka yang pernah meminta untuk hidup bersama, pernah, selalu... Aku katakan, Bahawa aku adalah orang yang rugi, Tidak menghargai huluran yang diberi. Terlalu baik, terlalu awal, Semuanya alasan kosong. Dan aku meminta untuk kalian, Mendoakan aku Maafkan aku sebelumnya. Belum pasti akan bertemu yang benar-benar ikhlas seperti kalian. Kerana aku seorang yang bodoh. Mengejar sesuatu yang tidak pasti. Pada setiap tolakan itu Mengalir rasa bersalah Dan biarlah aku tanggung. Mana mungkin bisa membina hidup Bila sudah meremukkan hati orang lain. Aku memang pantas menerima hukuman. Semoga kalian sentiasa dalam lindunganNya Tuhan. Terima kasih atas segalanya.

Me being me

Assalamualaikum wbt Beberapa hari ini, aku mudah terusik. Lumrah manusia, inginkan perhatian. Hakikatnya, sentiasa ada yang peduli tetapi kita singkirkan. Mengejar sesuatu yang tidak pasti. Then, suddenly I realized, why or when did I stop doing something that really put me into the state of happinness? Writing, reading, listening to music, arts, literature.. those times were gone when I was trying to catch something were not mean to be mine. When I was being ignore, many times I told myself that, I deserved to be ignored. Tiada milik kita. Hati kita sendiri pun bukan milik kita. Dan teringatlah aku ke pangkuan mak. Mak yang akan memikirkan tentangku selalu. Risau, tawa dan tangisnya kerana aku. Do you still want to get trap on these feelings? Where all the worries will not guarantee worth your time. Mak, maafkan anakmu ini. Masih terbayang alir air mata bapa, untuk tidak meletakkan hati kepada mana-mana lelaki, kerana dia adalah seorang lelaki yang tahu, adakalanya dia sendiri

Purpose

Hidup dan tujuan. Kehidupan selepas hidup dan mati, adalah selamanya hidup. Kita selalu merancang, tanpa sedar perancangan tersasar jauh bila masa terlewati tanpa melangkah. Itulah tujuan. Apa yang hendak dicapai di dunia ini bila akhirnya kita punya destinasi abadi. Apa guna derita bila di akhir nanti ada bahagia selamanya. Apa guna mengejar bahagia bila bahagia di dunia hanyalah sementara. Perlukah kita menderita di dunia kerna di akhirat nanti kita ketemu bahagia? Tuhan tidak kejam, diciptaNya makhluk untuk merasa derita di dunia. Kerana Tuhan memberi dua kali ni'mat bagi mereka yang tahu memberuntung masa. Yang tahu menghargai, berbahagia di dunia dan akhirat. Bukan bermaksud kaya adalah bahagia. Bukan bermaksud berkuasa itu bahagia. Bahagia itu bilamana kita punya sesuatu kita merasa cukup dengannya dan tanpanya kita tetap merasa bahagia. Bila ada bersyukur, bila tiada pun bersyukur. Bukanlah lalang,cuma mengenal bahawa tiada apa yang bisa mengukur nilai syukur kita.. k

Rasa

Rasa itu istimewa Daripada benci ke sayang sayang pula beralih pergi. Pada insan berjuang Menaruh harapan demi rasa Meski selalu ketemu kecewa Langkah pelan-pelan Menyapa tiap sapa Dan bila harus menyahut, mendongak Bila sedih, menunduk Meminta teman pada alam Memang begini hidup seorang kelana jiwa. Bagi yang sama-sama satu destinasi Demi waktu yang terlewati Tapi tidak kurang yang kesal Selalu bertemu dengan yang salah Bukan soal salah atau betul Ia tentang rasa Bila mampu lewati pelbagai rasa Dengan hanya satu kata "Jika dia.." Tapi selalu kita merasa jemu Janganlah berani kata sanggup Bila hati tidak mahu Kerana impian itu bisa bertukar ngeri Dan bisa buat orang serik Tidak kuat bukan beerti kalah Itu tanda kita beradab, Bila tidak sudi tidak apa Kerana hidup terlalu singkat untuk berduka Maaf bila tempatku tidak cocok dimatamu Kerana aku adalah aku yang ku perlu adalah satu terasa ramai Bukan hidup dalam keramaian Bila sunyi aku diseru.

Menjangkau usia 28 tahun

Sedang berborak dengan rakan sekerja, aku meluahkan tentang hasratku untuk berpindah kerja. Kenapa? Supaya lebih dekat dengan keluarga. Seperti selalu, jawapanku dibidas dengan fakta tempohku belajar yang berjauhan dengan keluarga. Secara jujurnya, sepanjang tempoh belajar itulah aku kuat mengatakan pada diri bahawa aku akan pulang ke pangkuan keluarga. Ijazah itu bonus. Bukan pula saja-saja, kerana lima tahun duduk di dalam dewan kuliah benar-benar memberi impak besar tentang persepsi, view, dan cara berfikir. Sekiranya aku tidak melanjutkan pelajaran ke degree, aku belum pasti dapat membentuk identiti yang aku pegang sekarang. Rentetannya aku berada di sini. Perladangan. Kerani. Bukan apa-apa. Cuma selalu terlihat janggal. Tetapi aku sengaja memilih lorong ini. Supaya aku bebas memilih identitiku. Bukan masyarakat yang tentukan jalan yang aku pilih. Biar aku pilih sendiri. Meskipun kadang hati kecilku terjentik, saat ibu orang lain dapat bermegah-megah dengan jawatan anaknya,

Berguna

Assalamualaikum dan selamat petang Pagi tadi, ketika duduk di beranda rumah, topik perbualanku dan mak tertumpu kepada sebatang pokok di hadapan rumah. "Kenapa ndak dipotong semuanya saja, mak?" Tanyaku menunjuk ke arah pokok yang dimaksudkan. "Sebab kucing-kucingku selalu bermain di situ. Kau tengok itu, bekas cakaran." "Dicantas pucuknya supaya tidak meninggi sampai menghalang pemandangan. Biarlah di situ selagi kucing masih perlukannya, " tambahnya lagi. Pokok itu tidak kami perlukan, maksudku bukan ditanam dengan sengaja dan bertujuan. Tumbuhnya tanpa kami ketahui asalnya. Tapi tumbuhnya menjadi tempat berguna bagi kucing-kucing. Dan begitulah ia terus berdiri dengan lebar dan megah daunnya. Analogi hidup ini. Boleh jadi hidupnya kita selama ini tidak menyumbang apa-apa kepada sesiapa. Tapi siapa bilang kita hidup tanpa makna? Sedar tidak sedar, kita sebenarnya adalah manfaat kepada makhluk yang lain. Another teori yang aku kaitkan, selagimana ki

Sweet Bean Paste

Assalamualaikum dan selamat petang Seperti kelaziman sebelum-sebelum ini, aku tidak akan menulis sinopsis buku yang aku baca. Aku lebih suka bercerita mengenai pengalaman dan persoalan yang terkait. Buku pertama pada tahun 2019, karya Durian Sukegawa. Secara personal, aku suka tulisan penulis Japanese kerana mereka selalu menyentuh emosi. Ceritanya tidaklah rumit, tapi aku mengambil masa agak lama untuk menulis tentangnya. Dicuit. Ya, sedikit sebanyak, hatiku dicuit oleh watak Sentaro. Ada persamaan di antara kami. Dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi sehingga kini belum menghasilkan apa-apa tulisan. Dia bekerja sebagai seorang penjual dorayaki, tapi tidak meletakkan "jiwa" dalam kerjanya. Sebenarnya, aku tidaklah tidak menjiwai kerja yang aku lakukan sekarang, mungkin sedikit lost, masih terbawa oleh imaginasi semalam. Kerana jalan yang aku pilih melawan arah navigasi. Semakin ke hadapan, semakin keliru. Sebenarnya aku sudah bergerak sedikit demi sed