Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

diam

Assalamualaikum w.b.t Tatkala jiwa diketuk, dan ku kenali siapa dia, aku menangis. Antara gembira dan duka. Diam bukanlah bermakna tidak suka tetapi memelihara ikatan. Sebab itu, sekian lama sepi yang memenuhi ruangan kita aku bahagia. Tanpa perlu, tidur tidak lena, makan tidak kenyang dan mandi tidak basah. Mungkin, aku sudah cukup mengerti apa yang diertikan dengan ikatan ini tetapi ternyata selama bertahun dididik dengan didikan bisu itu, aku takut. Aku pun manusia biasa. Segalanya boleh jadi nol dalam sesaat. Padahal membina tembok maruah itu bertahun-tahun setelah akal sihat ini bisa membezakan antara cinta monyet dan cinta ke jannah. Kerana itu, jatuhku ke lubuk mana, biarkan aku belajar berdiri sendiri. Aku tidak pinta untuk kamu membantuku berdiri semula. Kamu, umat lebih perlukan kamu. Aku biar dengan urusanku sendiri. Mengejar mu dari belakang agar kelak aku bisa seiring dengan mu. Aku tidak suka dipandang lemah, nanti aku mudah mengalah. Aku mahu jadi wanita kuat ya

roman

Assalamualaikum w.b.t Sudah banyak kali ku bicarakan perihal keluargaku yang kecil bilangannya. Selepas pemergian adik, keluarga nuklear kami cuma bertiga. Aku bersyukur aku ada sebanyak itu. Sebagaimana bahagia dalam ramai, kami masih mampu untuk sebahagia begitu. Mewah bukan destinasi kami, semenjak kecil aku diajari menuntut ilmu. Aku anak biasa yang bisa sampai ke garisan ini setelah berulangkali dilatih rajin membaca dan menelaah. Dengan izin Allah. Kalau aku dikatakan rajin, itu berkat tekunnya mak mendidik dan ajariku sedari usia kanak-kanak ku. Mak yang dulunya tidak berkesempatan mendapat apa yang aku kecapi hari ini. Ni'mat menuntut ilmu. Dulunya aku sering memberontak tatkala bahan bacaanku ditapis. Tetapi tidak pernah sekali mereka membakar buku-buku komikku. Mereka kata, itu duit. Aku lebih tahu apa yang ku baca itu bermanfaat atau tidak. Aku masih nol. Sampai satu ketika, aku sedar bahawa tiap ingatan dan teguran perihal bacaan itu tidak ekstrem kerana sayang.

15 minit

Assalamualaikum w.b.t Berikan aku 15 minit yang melepasi 12 malam ini untuk berbicara. Sedang menempek cecairan liat hitam itu ke muka, akal lantas menyinggah pada kata 'moderen'. Mungkin dalam kata ringkasnya, maju. Akal ku berbicara, "mungkin kerana kurangnya ingatkan Tuhan, seakan laku manusia memakan dirinya sendiri." Aku percaya bahawa kalau masyarakat sebelum kita itu juga moderen dan maju seperti majunya dan moderennya kita kini. Malah kalau mahu dibandingkan, tampaknya neraca maju mereka itu lebih berat banding zaman kita. Tanpa perlu merosakkan alam, tanpa perlu mengorbankan indahnya bumi ciptaan Tuhan, dan tanpa perlu menindas makhluk lain. Mereka juga beragama. Bukankah hakikatnya tiap insan yang bernyawa itu ada fitrahnya? Manusia sering dan sememangnya serta akan terus mencari 'sesuatu' untuk disembah. Fitrah jiwa seorang hamba! Meskipun apa yang disembahnya itu, kuno yang amat pada penglihatan kita, setidaknya mereka taat pada apa yang

akhir semester ini

Assalamualaikum w.b.t Semalam, berakhirlah kelas-kelas kuliah, maka bermulalah minggu belajar. Alhamdulillah, performance semester ini lebih baik daripada sebelumnya. Kesempatan, peluang dan dimanfaatkan itulah azam saya semester lalu. Pernah tidak datang ke kelas semasa demam + selesema yang agak 'sakit' sepanjang berada di perantauan. Cuma sekali itu. Lainnya, pernah sekali clash dengan kelas Mandarin sebab kelas ganti dibuat sebelah malam, dan ia sememangnya kelas Mandarin saya. Maka yang milik yang hak. Duduk di baris hadapan, pertama atau yang kedua. Datang seawal yang mungkin. Alhamdulillah, walaupun kononnya berhadapan lectures yang strict, tapi ternyata tidak pernah sekali terasa tidak ingin ke kelas. Malah saya selalu menantikan waktunya. Kalau-kalau malas menyapa, saya lantas bersiap-siap, dan terpacak di hadapan kelas. Ada dua sebab datang awal, memang teruja dan kedua mengelak daripada ponteng. Ya. Begitulah. Saya pasti akan merindukan semester ini. Murab

#icc-culture shock.

Assalamualaikum w.b.t Meskipun kesihatan tidak mengizinkan, (pagi ni diserang sakit perut dan selesema yang tidak kebah lagi) sempat lagi meluangkan  masa selama sejam di kelas icc mendengar dan melihat pembentangan assignment daripada kumpulan lain. Mencari ilmu dan informasi baru untuk dijadikan idea menulis di blog. Kenapa saya menulis? Malah semakin kerap sejak akhir-akhir ni. Saya sendiri tidak tahu, tapi bagi saya setidaknya kebiasaan membaca yang tidak laku semester ini bisa digantikan dengan menulis. Habit. Saya tengah membajanya. Moga subur kelak. Amin. Tajuk yang menarik perhatian saya hari ini adalah "Culture adaptations of international students in IIUM". Seperti yang saya nyatakan tadi, kesihatan saya tidak seberapa baik, jadi saya akan terus straight to the point saja ya. Berdasarkan temuramah yang dijalankan kumpulan tersebut, seorang responden asal Turki, mengatakan bahawa pelajar tempatan suka mengatakan "sorry" walaupun dalam situasi yang

#rindu mak

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, rezeki hari ini mendapat bungkusan makanan daripada Umi Pinaz dan Ibu Pura. Terubat sedikit kempunan mahu makan masakan rumah. Ya, rindu masakan mak. Eh, not, semua tentangnya! Setiap kali balik dari Sabah ke Semenanjung, mak mesti bungkuskan makanan, especially buras, tumbu dan ayam likku. Walaupun kadang saya mengadu berat, tidak sampai hati pula mahu tolak tawaran mak. Dia selalu kata, 'selagi mak mampu, mak akan masakkan anak mak.' Actually, mak memang begini. I mean, apabila ada saudara atau kenalan yang akan balik ke Indonesia, dia dengan rela akan masak bekal untuk mereka. So, takkan untuk anak sendiri dia tidak buatkan? Then, I just angguk-angguk, berat tu belakang kira! Mak, bogoshippo! Uddane kak ko diko. Allah... saya rindukan semua tentangnya. Tahun ni, genap usia mak 37 tahun. 37 tahun? Ya, mak kahwin usia 15 tahun dan saya lahir ketika dia di usia itu. Mak selalu kata anaknya da besar, dia tak sedar saya da sebesar

memori#bogoshipo#rindu

Assalamualaikum w.b.t Saya tidak mampu untuk menafikannya lagi. Saya rindukan dia. Dia dan memori lalu. Ada teman berkata, adakalanya yang dirindukan itu bukanlah seseorang,  tetapi memori tersebut. Tapi bagi saya, keduanya. Meskipun dia berubah, tetap saya rindukannya. Terlalu ingin saya hampirinya, dengan apa jua sekalipun kondisinya. Tidak perlu jiwa keanakan, aksi nakal dan bicara manis. Cukup dia. Ya, cukup dia ada di sisi dan saya ada di sisinya. Sewaktu bersama melalui hari-hari awal remaja, saya selalu bertanya apa agaknya pengakhiran kisah kami. Sampailah waktu dan jarak melenyapkan semuanya. Tiada yang tinggal melainkan dia. Bukan kenangan bersama. Apa lagi memori indah. Ya, saya hanya bisa mengingat kembali andai membaca bait-bait berukir jawi dan roman di buku lama. Mungkin, dakwat itu juga akan pudar seiring masa yang berlalu. Apa yang tinggal nanti hanya memori tanpa pembuktian. Jadi, selagi saya masih mampu mengingat dengan siapa saya pernah mencipta kenangan maka

#icc# 2

Assalamualaikum w.b.t Nampaknya sejak akhir-akhir ni, kesihatan saya terganggu. Mungkin saya kurang hargai ni'mat sihat, Asal sihat lupa akan sakit. Allahumma,  ampuni hambaMu ini. Sedikit masa yang ada, ingin saya kongsikan perkongsian pensyarah subjek icc saya, Dr Nerawi berkenaan sebuah pertubuhan (gabungan 54 pertubuhan sebenarnya) yang telah menyediakan laporan mengenai isu2 hak asasi manusia di Malaysia. Waktu itu, Dr menyentuh isu religious freedom, di mana pertubuhan ini meminta agar mana-mana rakyat diberi kebebasan untuk menganut mana-mana agama. Ibu bapa tidak berhak untuk menentukan atau menetapkan agama yang patut dianuti anak mereka. Meaning to say, there is no more istilah 'Islam' state in our mykad! Can u imagine that?  Saya jadi 'seram' mendengar kata-kata Dr...ye la, beberapa tahun akan datang cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa bukan sedikit. I am one of them, maybe, inshaAllah. Di dalam satu hadith tercatat, 'setiap anak dilahirka

kawan# ep batu caves Uia

Assalamualaikum w.b.t Aku tinggal di Mahallah Sumayyah. Mahallah tu merujuk kepada asrama. Sebelum ni, aku pernah tinggal sementara di Mahallah Maryam, sebulan. Kemudian, bermulalah kehidupanku menuruni dan mendaki tangga yang bilangannya lebih seratus anak tangga tu. Mahallah Sumayyah belakang Mahallah Nusaibah. Mula-mula dulu, dalam surat tawaran, aku mahallah Nusaibah tetapi bertukar ke Mahallah Maryam beberapa minggu sebelum berangkat ke UIA. Penat. Itulah yang selalu ku rungutkan. Tapi sebaik melepasi tangga tu, blok kami tidaklah jauh sangat. Berbaloi juga daripada lalu dekat kuliyyah undang2 (aikol) atau kuliyyah ekonomi (kenms). Walaupun tiada tangga gah seperti tangga batu caves tu, tapi still, banyak tangga juga. Dan, aku tak pernah kira berapa banyak. Di sini, aku nak kongsikan beberapa (padahal 2 saja pun) episod yang ku kira menyentuh hati. Ehhhh. Ntah, bukan, ada lagi istilah lain. Anyway... Sebulan lalu, sekembali dari kelas ipc, aku balik sendirian sebab Noreen

icc# kesantunan berbahasa

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, selesai sudah pembentangan kertas kerja icc @ intercultural communication. Topik kajian atas pilihan kami sendiri iaitu kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar tempatan dan antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa. Kami kecilkan skop kami dalam aspek penolakan. Sebelum tu, saya ingin mohon maaf atas kekurangan diri, di mana saya tidak dapat berkongsikan hasil kajian kami kepada umum-kertas kerja maksud saya. Namun begitu tetap juga ingin saya kongsikan serba sedikit hasil yang kami peroleh. Berbanding dengan rakan-rakan lain di luar sana, kalian berpeluang untuk hidup dalam suasana masyarakat non-Malay dan Malay. Saya di sini, saya lebih terdedah dalam komuniti Islam tempatan dan antarabangsa. Perbandingan budaya yang sering kami hadapi adalah antara budaya Malaysia dan juga selain Malaysia. Dalam kata yang mudah, apabila kita berbicara soal budaya kesantunan berbahasa, secara automatik, apa yang akan terpancul di minda, orang Mala

aku, dia dan kiosk.

Assalamualaikum w.b.t Sekadar perkongsian... Selepas menunaikan solat Zohor, laju kaki ku melangkah ke cafe Sumayyah. Meskipun hujung minggu, lauk-pauk masih tidak luak. Usai membuat bayaran di kaunter, aku pun menghala ke kiosk. Close. Tertera di balik cermin pintu dan pagar besi kiosk. Senyum. Sejak dua bulan lalu, beginilah situasinya. Dengar-dengar, cukup bulan ni, gulung tikar, tukar tender baru katanya. Ahh..kiosk Nusaibah kan ada! Santai aku menuruni tangga satu persatu ke Mahallah Nusaibah, aku bertembung dengan seorang sister. Di tanggannya, plastik merah berisikan tapau putih (sepertiku, cuma aku datang dari arah cafe Sumayyah). 'Beli makanan di Nusaibah, ni'. Monologku. Konklusinya mudah, sister ni hendak ke kiosk Sumayyah. Tatkala mata kami menyapa, mulutku cuma menghadiahkan senyum bermesejkan 'kiosk sini tak buka'. Sinis? Entahlah. Tidak lama kemudian, dia menyertaiku menuruni tangga dan kami berpisah saat aku menuju ke Mahallah Nusaibah dan

interpersonal communication# drama

Assalamualaikum w.b.t Tugasan kedua kami bagi subjek Interpersonal Communication (IPC) adalah mempersembahkan sebuah drama yang bertemakan cerita dongeng. Selepas melalui proses undi dan pertukaran...akhirnya kami diamanahkan dengan tajuk 'snow white'. Dr Riza minta kami twist sedikit, tetapi kumpulan kami membuat rombakan besar-besaran sehingga kelihatan drama yang dipersembakan adalah hak milik kami, produksi kami. Okey, melalut. Pada 26 Oktober 2013, bertempat di Adm Lt5, kami merupakan kumpulan terakhir yang membuat persembahan. Maaf sekali, tidak dapat berkongsikan gambar daripada kumpulan lain yang turut beraksi, bahkan gambar kumpulan kami sendiri tidak ter'tangkap', mujur juga ada yang tolong rakam persembahan, jika tidak, kami tiada memoir bersama dikemudian hari. Maklum, selepas ini mungkin sebulan, setahun, atau selepas graduasi, kami lupa. Bukan sengaja tapi itulah had memori manusia. Kami bertujuh sahaja, berlapan termasuk senior se'h

aku dan note 8

Assalamualaikum w.b.t Tajuk tu... saya tidaklah sekreatif mana, jadi baca pun sudah tahu apa point utama post kali ini. Semester ini, alhamdulillah berpeluang memiliki note 8, hak milik yang sederhana hemat saya. Saya juga pelajar biasa, ada kemahuan. Tetapi keterbatasan antara keperluan dan pembaziran atau mungkin juga keinginan dan nafsu. Maka dari situlah lahir ilham untuk memanfaatkan duit biasiswa hasil cukai rakyat marhaen dengan membeli note 8 ini. Apabila dalam kalangan rakan lama dan baru mendapat tahu saya merupakan pelajar biasiswa, ada dalam kalangan mereka yang cepat meneka, note 8 ini hasilnya. Ya, saya tidak pernah menidakkan. Untuk mendapatkannya, saya harus menabung, menyimpan dan berjimat cermat selama satu sem, atau mungkin semenjak 2 sem yang lalu lagi. Note 8 ini menyimpan nota-nota saya semester ini, semenjak hari pertama khidmatnya. Kekok? Riak? Kekok mungkin untuk pertama kalinya, kerana jemari saya sendiri mulanya dingin menyentuh pen tersebut. Riak, t

bapa sakit # tangis

Assalamualaikum w.b.t Ujian ini bukan pertama kalinya dalam keluarga kecil kami. Bermula dengan pemergian adik Ilmi yang cuma tidak sampai 7 tahun penuh bersama kami, disusuli dengan kanker mak dan kini bapa pula menghidap kanker. Rentetannya, kematangan berevolusi. Maka, tangis yang dulunya beku kini mengalir laju daripada tiada kepada ada, segan jadinya biasa. Itulah aku. Sewaktu mak dahulu, aku belum mengerti, bagiku, Allah Tahu, usia kecilku tidak betah mandiri.Yakin sahaja selalu begitu. Kini, saatku terisi degup kencang, apa khabar yang bakal menyapa pendengaranku? Sebelum menyambut panggilan mak, aku akan menarik nafas, menenangkan diri dan menjawab setenang yang mungkin. Walhal, suaraku sering bergetaran. Adakalanya aku gagal mengawal emosi, maka ku biarkan sahaja pecah suara tangis itu. Takut akan kehilangan. Ya, aku takut. Selepas pemergian arwah adik, aku cuma memiliki mak dan bapa. Tanpa mereka, aku tidak tahu...ya aku tidak tahu...(menarik nafas dalam-dalam). Su

Bapa sakit#masa

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. Semakin berat kaki terasa melangkah. Mencari apa mungkin esok masih ada sinar? Apa mungkin masih bisa mengukir kenangan bersama? Sebenarnya, siapa pun akan pergi saat panggilanNya menyapa, cumanya hati manusia, apabila di uji begini baru mengerti. Menghitung, berapa banyak lagi masa tersisa untuk gemilang dunia dan akhirat. Hari ini, suaranya sudah lemah. Tangis kita bersambut. 'Pak, tabahlah'. Aku, berat hati, sayu hati... saat harus gagahkan diri di pendengarannya juga tidak mampu! Hati kata jangan menangis, tapi air mata tetap mengalir. Harus bagaimana lagi... Masa yang diberikan kami bersama belum separuh pun dipenuhi kisah duka ini, aku sudah bertanya, 'sampai bila harus begini?' Masa ini saat jauh daripadanya aku bertanya 'kenapa saat ini?'. Masa aku perlu di sisinya berkongsi sakit secara zahirnya, setidak-tidaknya ada aku di situ, anak tunggalnya. Mak nasihat analoginya, seorang rakan mereka kemba

untitled

Assalamualaikum w.b.t. Pernahkah kalian berhadapan dengan situasi di mana kalian tidak yakin untuk melaluinya? Tidak sedikit pun ruang keyakinan menyelinap melainkan getaran tangan yang kesejukan? Atau dengan merendahkan ego ini untuk mengatakan, kalian gementar,,, ketakutan? Aku...aku berada di situasi itu. Tatkala aku beranggapan aku cerdik, kebodohan terpancar. Hendak kata kurang cerdik, agak sopan pula padahal aku benar2 tidak ingat. Ego...ya, egoku menggunung tinggi. Sebab itulah jatuh sekali, baru dicuit sedikit dengan ujianNya, aku sudah melatah...meroyan...menangis bah... Hijjera, get up! Dulu, aku pernah jatuh jauh ke bawah sana. Tapi tetap juga memanjat ke atas. Kenapa sekarang, kenapa sekarang, aku tidak betah di bawah? Padahal bawah itulah titik permulaaan ku. Aku berasal dari bawah. Aku pejuang orang-orang bawahan. Ya, aku sudah bongkak. Baru naik sikit sudah lupa usul. Tidak tahu bersyukur. Usaha yang sedikit di ulung, agung...lupa.. terlupa... suatu masa d

Bapa sakit

Assalamualaikum w.b.t. Suatu yang menyedihkan tatkala insan yang kita sayang ditimpa ujian. Ujian untuk kita juga. Tatkala kita harus fokus pada pengajian, hati kadang tidak bisa tidak untuk terbahagi. Fokus. Tidak mungkin. Kadang jadi insan tamak, "ya Allah, berikan masa yang sesuai. Tunggu sampai saatnya aku benar-benar sedia." Soalnya sampai bila? Ujian itu tarbiah. Kami bertiga saling mentarbiah. Saat ibu harus ditenangkan, diberikan kekuatan, kerana dialah sumber inspirasi kami. Saat harus menggantikan tugas bapa, mentadbir perihal keluarga. Bapa, tegasnya sebelum ini bertukar kulit jiwa keanakan, saat harus berperang dengan kekuatan mental dan fizikalnya. Terpancar ketidakinginannya, ketakutan dan kelemahan. Baru aku faham. Aku bukan anak-anak kecil lagi. Terima kasih mak dan bapa atas kepercayaan ini. Saat adu, sakit dan  penat mereka bukan lagi rahsia. Ya, didikan mandiri kata mak. Kami saling mentarbiah. Sesaat aku bisa bertukar daripada seorang teman

tiada air

Assalamualaikum w.b.t Dua hari yang lalu, bumi Uia dikhabarkan bakal mengalami keputusan air sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan. Dinyatakan cuma di antara pukul 9malam sehingga 5 pagi (pada malam 4 November-subuh 5 November). Hakikatnya, masalah ini berlarutan hingga ke detik ini. Tetapi, alhamdulillah, blok saya yang terletak di Mahallah Sumayyah merupakan antara yang terendah kedudukannya, maka ketiadaan air cuma beberapa jam semalam. SEMALAM MALAM. 5 November malam. Dikatakan ia berikutan tekanan air yang rendah. Maka, sebelum menjelang subuh, warga blok H Sumayyah sudah mendapat ni'mat air tersebut. Walaubagaimana pun, masih ada blok yang masih kering. Ada yang merantau ke tempat kami. Mandi dan menjalankan bisnes lain-lain. Teringat kisah sewaktu tinggal di asrama dulu. Ada ketikanya kami terpaksa mengangkat air yang agak jauh juga jaraknya dengan kediaman kami. Ada ketikanya kami akan menyimpan air pada waktu malam kerana risau kalau-kalau paginya tidak bera

History#1

"...how shameful it would be if a man claims to have knowledge and wisdom but on being asked about those prophets of Allah,... he should simply repeat their names without knowing details of their lives and personalities."-al-Maqrizi But, when we are being asked about selebrities, idols, or what so ever we called them, as long as their are famous, its look like we know them better. Some much about them! During our childhood, our parents told us about sirah, but now, the new generation does not get the beautiful of story. Is it true we can not do something for them? Are they will drive safely to found the correct story? Are they even concern about it? We can not tell everybody, but make sure our child get it later. At least! InshaAllah.

hijrah diri sesi 1

Assalamualaikum w.b.t. Macam mana ya mahu mulakan...hmmm... hijrah memang payah. Bukan, saya tidak maksudkan diri saya, Hijjera, tetapi penghijrahan saya. Walaupun hakikatnya saya sedikit 'payah'. Setelah berusia di sini, saya sedar banyak benda yang saya perlu hijrahkan. Alhamdulillah, saya lakukan, sikit demi sedikit.  Tetapi, saya mungkin terlalu muda di arena ini membuatkan Iman yang seciput di usik. Saya suka tengok drama, semasa peperiksaan dulu, saya lebih memilih drama berbanding buku, walaupun dalam hati saya sayangkan buku-buku saya. Saya pernah sanggup membelanjakan duit untuk membeli cd drama yang berepisod panjang, atau berjaga untuk memuatturun drama yang juga ratusan episod. Dan saya sedar, semua itu melaghakan. Sekarang? Saya cuba yang tebaik untuk mengelaknya, malah seminggu, mungkin berminggu-minggu, saya tidak mengikuti perkembangan drama terbaru. Sungguh, jiwa saya untuk itu sudah pudar. Tapinya, nyata, yang terpampang di depan mata kaku, beku. Saya t

Eid ul-adha

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh Ini merupakan kali ke-3 saya ber"eidul adha" di perantauan. Mungkin agak keterlaluan, tetapi hakikatnya inilah raya terbaik sepanjang perantauan. Alhamdulillah. Apabila ujian dipandang dari sudut positif, di situ kan kita temui kebahagiaan. Melalui detik yang sama merupakan guru terbaik untuk mengajarkan kesabaran. Ia dipanggil pengalaman. Tanpa sedih itu mati jiwa, terlalu sedih itu berputus asa. Kedua-duanya kita lalui. Tidak mungkin cuma satu. Kerana kita perlukan keduanya untuk terus HIDUP. Cuma, kitalah pengendalinya. Mungkin jadikannya hari dalam sejarah, coret di diari, lapor di laman muka buku, tulis dalam blog, atau mungkin kita pendam di qalbu.  Saat kita berhadapan dengan sesuatu, sama ada terduga atau tanpa diduga, semuanya ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak HASILNYA hari ini, esok siapa yang tahu?  Yakinlah ada sesuatu yang manis menanti setelah kepahitan ini.  

puisi tanpa tajuk

Jiwa ini tersakiti saat pedulimu sedikit. Di mana hangat kasih yang dulunya dicemburui. Semakin lama, tiada apa yang menggembirakan kita masa yang ada singkat tetapi kita biarkan ia dekat aku salah, kamu juga salah kita terlalu mengejar dunia mewah mewah itu cinta. padahal, cinta itu cukup Walau kita tiga cuma Saat kita diuji dengan kehilangan, Ternyata kita punya kesabaran, tidak pada keinginan berbeza yang membuat kita saling menjauh. Sakit itu perit Saat harus mengekormu dan aku dihadapanmu tanpa emosi Aku masih menutur sayang dan kamu pasti dengan rasa azali tidak akan pernah pudar. kenapa tidak kita runtuhkan tembok pemisah ini? cinta kurnia Ilahi teruntuk kita tiada siapa boleh nafikan.

Balik kampung

Assalamualaikum w.b.t. Sudah siap packing barang? Bah, selamat bercuti saya ucapkan. Seperti 2 tahun lepas, saya tidak pernah pulang berhari raya Haji di kampung. Agak sulit untuk dinyatakan. Sebab? "Eh, dia balik. Awak tak balik?" "Seminggu, kot..." "Ala, tak belajar pun..." Ya, kalian fikir saya tidak fikirkan semua tu sebelum ni? Semua pernyataan, persoalan, dan sebagainya, sudah lama bersarang di aqal waras saya. Sekiranya kalian rasa sedih, saya pun sedih. Saya tidak mengatakan saya ini betul, kalian salah. Cara ini saja yang betul, cara kalian salah. Tidak. Jauh sekali meminta kalian untuk berada di tempat saya. Kerana setiap insan ada cara dan jalan penyelesaiannya sendiri. Sekali lagi, tiada siapa yang salah atau betul, cuma cara kita berbeza. Satu hal yang terkesan, kondisi begini telah saya capai tempoh matangnya, tetapi tidak bagi orang sekeliling saya. Saya dimatangkan dengan soalan begini dan ternyata jiwa saya tidak berevolusi. Cuma

Dunia semester 1 2013/2014

Assalamu'alaikum w.b.t. Tidak seperti yang lalu, semester ini agak menyiksakan apabila terpaksa berdampingan selalu dengan tugasan. Asalkan ada waktu terluang, perhatian tertumpu pada kertas2 yang tergendala atau research yang tidak bertajuk. Terlalu cepat masa berlalu sampaikan untuk berkasih-sayang dengan buku-buku nota tidak pernah berkesempatan. Mungkin ada ruang tetapi dipenuhi dengan berkasih-sayang dengan kawan sebilik, kawan-kawan,..oh ya ada seorang sahabat lagi yang belum saya temui semester ini. Jangan kata akan tercipta sejarah satu sem tidak jumpa. Padahal satu kuliah je pun....cik Nang, I miss U. Hahahq muntah Masnah baca. Minggu ni berpenghujung dengan cuti semester pertengahan.  Seperti selalu,  saya akan beraya di perantauan. Banyak tugasan yang perlu disiapkan.  Mudah-mudahan terlaksana tanpa tangguh-tangguh. Sambil menunggu jadual seterusnya, sempat lagi saya taip-taip di laman ini.  Anyway, mungkin, jika berkesempatan dan mendapat persetujuan ramai, saya aka

Salah faham

Assalamu'alaikum w.b.t Salah faham? Setiap individu pasti punya pengalaman sebegini. Sama ada kita sebagai objek mahupun subjek kepada situasi tersebut. Paling saya tidak lupakan semasa berada di tingkatan 4, tidak silap saya. Selaku yang tertuju mungkin tertuduh. Ah, pasti. Malah perkara yang dipertikaikan sampai kepada saya. Marah? Berkecil hati? Haruslah. Setidaknya saya masih punya rasional untuk tidak menyerang. Setidaknya saya tidak menumpahkan air mata petanda simpati. Saya cuma pelik. Akibat kata seorang murabbi yang serba boleh, status seseorang pelajar boleh berubah. Itulah maruah. Maruah saya tidak terletak di tangan murabbi. Tapi, Allah yang Maha Tahu. Meskipun satu sekolah bergosip, atau mungkin kisahnya menjadi story telling temurun, seumpama cerita horror asrama, saya tidak endah. Dia yang Maha Melihat. Persepsi, tanggapan, tekaan, rekaan? Apa sahajalah, mungkin lebih baik disimpan dalam fail yang unhidden, biar kita saja yang tahu. Rantaiannya kelak infiniti. S

Lawatan ke Kg Orang Asli Gombak

Assalamualaikum w.b.t        Pada 5 Oktober yang lalu, saya dan dua orang lagi sahabat, Noreen dan Aida, berkesempatan untuk melawat perkampungan orang asli di kawasan Gombak. Actually, bukanlah "melawat" dalam erti yang sebenar kerana kami cuma meluangkan masa dalam sejam dua sahaja. Walaupun dua kali berulang-alik kerana menghulurkan sedikit buah tangan sebelum pulang ke kampus.        Tujuan lawatan kami ini adalah mengumpulkan data untuk tugasan sociology sambil-sambil mengintai peluang kalau-kalau dapat dijadikan bahan kajian subjek Interculture Comm pula. Tetapi rezeki kami terhad untuk sociology sahaja kerana menurut Tok Batin di perkampungan tersebut, Tok Hussin (maaf kalau tersalah nama, sudah beberapa minggu berlalu,anyway, nanti saya confirmkan dengan Noreen yang sedang bercuti) bahawa budaya tradisional khususnya aspek permainan kaum orang asli ini sudah lama tidak diaplikasikan. Maksudnya, di perkampungan tersebut, bukan sahaja dalam kalangan anak-anak mud

Tanggungjawab

Assalamualaikum w.b.t. Beberapa minggu ni, saya sibuk dengan tugasan, lebih sibuk duga saya berbanding yang lalu-lalu. Mungkin, bukannya tugasan yang bertambah, tetapi rasa tanggungjawab yang ada. Bagi saya, tahun pertama boleh lagi merengek-rengek, mengeluh, dan bersambil lewa, itu waktu untuk mengenal, berjinak-jinak dan belajar dengan dunia seorang mahasiswi. Boleh dimaafkan. Sekarang ini, sudah menjadi mahasitua di universiti, sudah masanya untuk 'enjoy'. Tidak sabar buat kajian dan tidak sabar untuk berkongsi hasilnya. Adakalanya, saat emosi gagal dibendung, saya menyalahkan diri sendiri. Kenapa perlu saya menyalahkan orang lain? Ini bukan salah sesiapa melainkan saya tidak mendidik diri saya untuk bersabar dengan kerenah ahli kumpulan. Itu tanggungjawab saya untuk memahami. Mungkin, saban semester berhadapan dengan benda yang sama, jiwa saya sudah muak. Saya bukanlah best student tspi impian untuk menjadi di antara mereka itu ada. Bukankah mencuba untuk menjadi yang te

#Aktiviti 1- IWFF

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t. Akhirnya dapat juga pegang laptop. Alhamdulillah. Bermula jumaat lalu, saya memenuhi hari-hari saya dengan menghadiri program bersempena IWFF yang terdiri daripada workshop , forum, wathching , dan award ceremony . Terus-terang, saya hadir kerana attendance . Tetapi,persepsi itu berakhir tatkala masuk ke ' dunia yang asing itu dalam hidup saya '. How to make short film ?   Suatu ketika dahulu, di awal belasan tahun, saya berjinak-jinak dengan dunia penulisan.  Sebentar sahaja. Kemudian story itu tidak berpenghujung. Mungkin, cuma di dorong pengaruh novelis, atau mungkin sahaja usikan keremajaan. Alhamdulillah, syarahan daripada Syed Zulkifli telah menyedarkan saya kenapa saat itu story saya tiada ending . Walaupun masih dalam usia yang muda, setidak-tidaknya story itu punya penamat.  STORY = Protogonis + antagonis + dramatic core + dramatic action Cuma point ini sahaja, saya sudah tengok kegelapan dunia penulisa

#ujian & positif

Assalamu'alaikum w.b.t Hidup ini terlalu indah untuk disiakan. Sejak kita dilahirkan kita tidak punya banyak masa untuk saling mencintai. Jadi, Kenapa mesti yang buruk-buruk belaka dikejari? Enjoy your life! Kita diciptakan dengan cinta Pencipta yang Agung. Dimana kita punya matlamat, destinasi akhir. Ujian di dunia adalah suatu 'teguran dan cuitan' manja daripada Tuhan. Setiap orang ada masalah. Tidak ada yang tidak punya masalah. Apabila ditujukan ujian itu ke arah kita, bermakna kita mampu. Allah yang ciptakan kita, Dia Maha Tahu semuanya. Setiap yang berlaku ke atas kita, ada hikmahnya. Jadi, perlukah kita siakan masa yang ada dengan mengeluh? Jadi kita cuma dapat separuh cinta! Sayangnya. Kerana tidak kenal diri kita siapa, tidak yakin pada diri, kerja kita cuma mengeluh. Jadi berhenti mengeluh, Hijjera. Kerana kita tidak tahu berapa panjang tali hidup yang kita ada. Hanya yang tahu menghargai hidup di dunia bisa mendapatkan kebahagiaan d

InshaAllah 'versi Melayu'

بسم الله الرحمن الرحيم It's been a long time. Saya rindu pada laman ini. Pada kamu. Ya, baik secara kebetulan atau sengaja keberadaannya di sini. Saya rindu untuk berkongsi sesuatu. InshaAllah, hal yang berguna hendaknya. Semester baru sudah berlalu seminggu lalu. Namun, bahang kemalasan dan cuti masih menyengat. Saya ringkaskan, saya cuma mengambil 18.5 credit hours (sudah banyak tu, bagi saya) untuk semester ini. Ada harapan dan angan yang terselit. Moga termakbul. Untuk kamu juga. Harapan dan angan kamu. Amin. Meskipun semester baru bermula, bermacam-macam tugas sudah diamanahkan. Bila disebut satu-satu, pening kepala hendak mengurusnya. Tapi, beginilah. Still , duduk-duduk sambung angan-angan. Atau mungkin, membasahkan muka dengan drama melankolik korea. Tak pun gelak guling-guling dek running man . Pejam celik, pejam celik, tarikh submit tugas pun tiba. Maka timbullah trend 'mata panda'. lol Seorang teman saya, meminta tolong untuk dihantarkan pesanan rinka

Sabah#cuti 1

Assalamualaikum. Alhamdulillah pada 11 Jun 2013, saya selamat tiba di lapangan terbang Sandakan. Agak penat setelah semalaman berjaga dan duduk di kerusi balai ketibaan LCCT. Bersendirian...tanpa lambaian sesiapa pun. Itupun mujur saat mahu check-in terlihat kelibat seorang teman dari Sarawak, Nora. Sempat jugalah bertanyakan tempat scan barang di mana. Almaklum sebelum ini sahabatku Suhi yang tolong tunjukkan dan buatkan. Hendak dijadikan pengajaran, saya telah didenda sebanyak Rm 140 (wang yang saya bajetkan untuk bayar b.band sebenarnya). Ini adalah kali pertama saya bawa balik barang terlebih limit. Mungkin botol-botol herbalife tu mengambil peranan. Lagi satu, sebelum masuk boarding gate...errr betul ka juga tu, belilah siap2 air dan makanan. Air mineral yang berharga rm 0.80 di Uia, di sini berharga rm 2.00 dan ke atas. Kalau di Sabah rm 0.60. Nampak di situ bezanya. Disebabkan semalaman saya tidak minum dan menjamah apa pun, maka saya lebih berkeinginan untuk minum air miner

After Exam

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah, semua kertas peperiksaan untuk semester ini sudah abis. Tiba masa untuk mengatur rencana cuti yang tiga bulan itu! Perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu saat ini adalah mengemas. Ya, mengemas barang yang tidak terkemas selama hampir sebulan,barangkali? Harapan untuk kemas FINAL kataku. Ruang masa ada beberapa hari lagi sebelum terbang ke Sabah, pastinya, sudah ku kira-kirakan dengan melawat-lawat kedai mobile phone untuk dilangsaikan perkara baucer. Sambil-sambil membeli cendera hati untuk orang tercinta. Arghhh...rindu. Ndak dapat dibilang. Menjadi satu-satunya permata keluarga, ada yang tidak termiliki oleh orang lain. Menjadi satu-satunya yang selalu dinanti! Padahal dulu aku selalu mengeluh, satu-satunya dimarahi! Teman. Pulangku nanti bersendiri. Mungkin. Masih mencari dan mungkin akan merayu pada sahabatku Suharti, biar keberangkatanku nanti tidak sayu. Tiada yang melambai. Meskipun menjadi yang

sabar menanti

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. Sekian lama sabar menanti, akhirnya backpack yang diberi nama backpack 'park shin hye' ini sudah selamat sampai ke tangan saya. Alhamdulillah. Agak lama jugalah menunggu. Sebelum mid-term lagi. simple..itu yg saya cari. nampak 'ketahanannya'. Saya beli bukan sebab pengaruh drama 'heartstrings' ya, tapi masa mencari backpack tu, warna biru yang ada stail begini saja. Ada juga warna lain backpack Lee Hyun Woo dalam drama To the beautiful you. Agak simple. Tetapi, suka saya tegaskan, tiada pengaruh drama ya. Kita beralih kepada cerita imtihan...saya ada tiga lagi kertas yang bakal berakhir pada 7 Jun nanti. InshaAllah. Dugaan peperiksaan yang paling berat sepanjang 5 semester. Duga saya. Orang selalu mencari peluang kemudahan, kesenangan atau apa saja, tetapi bagi yang memilikinya, itu adalah dugaan, Ujian. Saya ada tengok sekali imbas, sambil-sambil download, cerita 2011 kalau saya tidak silap, A thou

#rindu termiliki#

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamu'alaikum w.b.t. rindu yang sudah lama terkubur bangkit diseru lagu senyummu, lakumu, semuanya adamu, aku jatuh. rindu ini hebat  aku bisa lupa apa yang ku ingat bukan salahmu dan bukan salah siapa pun aku yang mudah jatuh untuk sekian satu hidup sehari seumpama seumur hidup terpenjara dalam bayang palsumu dapatkah lagi ku kembali pada hidup yang ku usahakan berulang kali?   senyummu, lakumu, semuanya adamu, aku sudah tidak mampu semakin disimpan semakin menjauh pada dirimu yang tidak tercapai pada bulan yang ku curangi. akhirnya, tiada satu ku miliki. senyummu...lakumu...semuanya adamu... rindu ini cukup sampai di sini. kerana asing. diriku tak kumiliki rindu ini dimiliki pemilikmu, pemilikku, Dia maha Pemilik.   ( lagu,figura dan semua tentangmu, cuma aku yang igau.mungkin)#KangJun#1994 #